Monday 15 September 2014

[Video] 'BUNOHAN' Jika korang berani, Jemputlah ke kampongku...Jadi TARUHAN di Pengkalan Kubor!

Isnin, 15 September 2014





FILEM “BUNOHAN” DARI MALAYSIA MENANG ANUGERAH NETPAC DI TAIPEI GOLDEN HORSE FILM PERAYAAN
Filem drama-aksi Malaysia berjudul BUNOHAN, yang telah pun membuat gelombang di arena antarabangsa, menerima Anugerah NETPAC di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011. Pengarah Dain Said menerima anugerah tersebut bagi pihak produksi. Tahniah kepada semua pelakon dan krew produksi yang menjayakan filem ini.
Juri NETPAC memuji filem tersebut kerana mereka mendapati BUNOHAN filem menggunakan cara yang paling kreatif dan unik disamping menggunakan bahasa sinematik dan menangani pelbagai isu kontemporari Asia. Anugerah NETPAC (Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) dianugerahkan bagi menggalakkan pawagam-pawagam di Asia mengenengahkan filem-filem yang luar biasa dan berhasrat untuk mencungkil bakat-bakat baru.
Seorang kanak-kanak berbasikal melintasi papan tanda kampung "Bunohan" ketika tinjauan fotoBernama di Pengkalan Kubor, hari ini. - Foto Bernama
Seorang kanak-kanak berbasikal melintasi papan tanda kampung "Bunohan" ketika tinjauan fotoBernama di Pengkalan Kubor, hari ini. - Foto Bernama

Bunohan jadi tarikan PRK Pengkalan Kubor
TUMPAT - Melihat sahaja perkataan 'Bunohan', pasti ramai yang membayangkan tajuk sebuah filem tempatan yang memenangi anugerah filem terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-25 pada tahun lalu.
   
Filem genre drama aksi arahan Dain Said itu menampilkan pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Nam Ron yang mengisahkan konflik hubungan tiga beradik di Kampung Bunohan yang berakhir dengan pertelingkahan dan pembunuhan.
   
Bunohan diambil daripada nama sebuah kampung di Tumpat, Kelantan iaitu Kampung Bunohan yang terletak kira-kira 30 km dari Kota Baharu.
   
Kampung tersebut dikatakan dinamakan Bunohan sempena peristiwa pembunuhan yang berlaku di kampung itu berpuluh-puluh tahun dahulu dan kisah tersebut tersebar di internet dan menjadi lebih popular selepas filem Bunohan ditayangkan.
   
Kini, Bunohan yang sunyi sepi itu bertukar menjadi kampung yang sibuk dengan khemah-khemah dan dihiasi dengan bendera dan poster calon Barisan Nasional (BN) dan PAS kerana penduduknya terlibat sebagai pengundi dalam PRK Dun Pengkalan Kubor.

Kampung Bunohan menjadi laluan utama dari selatan Thailand ke Kota Baharu dan sebaliknya.


Bunohan mempunyai 1,433 pengundi berdaftar bagi PRK Dun Pengkalan Kubor ini dan 99.09 peratus daripadanya adalah pengundi Melayu.

Menurut seorang penduduk kampung tersebut Awang Said, 57, kisah asal-usul nama kampung Bunohan itu tidak kena mengena dengan kisah seperti dalam filem Bunohan itu.
   
Awang yang dilahirkan dan tinggal di kampung itu sehingga sekarang, berkata menurut cerita penduduk sejak zaman dahulu, nama Bunohan sebenarnya diambil sempena dengan bahagian lukah atau perangkap ikan yang disebut bunohan dalam ejaan lama

Katanya, terdapat sebatang sungai dalam kampung ini yang dahulunya menjadi sumber rezeki bagi penduduk untuk menangkap ikan.
   
Mereka telah mencipta sejenis perangkap yang berjaya menangkap ikan dengan banyaknya hasil 'bunohan' ciptaan itu dan kerana kebijaksanaan penduduk kampung itu mencipta bunohan, maka kampung itu disebut sebagai Kampung Bunohan.
   
Awang berkata sejak filem Bunohan ditayangkan, ramai yang bertanyakan mengenai Kampung Bunohan namun sebenarnya cerita dalam filem berkenaan adalah rekaan pengarahnya dan hanya 'meminjam' nama Bunohan kerana keunikan pada nama itu.

SH.

Pilihan Raya Kecil (PRK): Serba sedikit tentang Pengkalan Kubor

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar dari BN pada 20 Ogos lepas akibat kanser hati.
  
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Sept ini sebagai tarikh pengundian.

Mari kita ambil tahu serba sedikit tentang Pengkalan Kubor.





Pengkalan Kubor ialah sebuah Bandar Sempadan dan Daerah di dalam Jajahan Tumpat . Terletak di Utara Negeri Kelantan Bersempadan dengan Negara Thailand Tak Bai, Narathiwat sebelah barat dan utara (Kuala Tabal) 'Pengkalan' bermaksud tempat kapal , sampan , bot , feri atau tongkang berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. 'Kubor' ialah tempat orang mati ditanam.

Menurut cerita penduduk setempat, Pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubor orang Melayu satu ketika dahulu. Daerah Pengkalan Kubor meliputi lapan mukim Penghulu iaitu Mukim Tanjong [12 buah kampung], Mukim Ketil [2 buah kampung], Mukim Tebing [6 buah kampung], Mukim Geting [12 buah kampung], Mukim Simpangan [ 5 buah kampung], Mukim Bendang Pak Yong [13 buah kampung] , Mukim Jubakar Darat [ 2 buah kampung] dan Mukim Jejulok[ 2 buah kampung]. Daerah Pengkalan Kubor yang bersempadan dengan Negara Thailand ialah sepanjang 14 KM bermula dari Kuala Tabal hingga ke Kg. Kuala Jambu, Tumpat.

Keluasan Daerah Pengkalan Kubor ialah 29.6 km persegi.

PENCALONAN/NOMINATION-KELANTAN
N01: PENGKALAN KUBOR: 24,039

1. WAN ROSDI WAN IBRAHIM - PAS 
2. MAT RAZI MAT AIL - BN
3. IZAT BUKHARY ISMAIL BUKHARY - BEBAS

(2013: DATUK NOOR ZAHIDI OMAR: BN : Maj: 1,736)


Pengkalan Kubor mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik banyak pengunjung ke sini. Kawasan bebas cukai ini sebesar padang bola sepak. Ia terletak di tepi muara sungai. Namun kawasan bebas cukai di Rantau Panjang lebih besar , meriah dan lebih murah. Jarak dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang kira-kira 30 KM sahaja.


Dun Pengkalan Kubor merupakan sebuah Kerusi Dun yang yang terletak di dalam Parlimen Tumpat,Kelantan,Malaysia,Dan Adun Pengkalan Kubor kini iaitu YB Datuk Noor Zahidi Bin Omar dari BN. - Sumber Wikipedia.

Kerajaan Rakyat

Kerajaan Rakyat

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena