Thursday, 18 September 2014

Naib Presiden PKR: Teguran PAS adalah penegasan kukuhkan PR...Macai kembali meracau!

Khamis, 18 September 2014

Teguran PAS adalah penegasan kukuhkan PR kata Naib Presiden PKR

BATU PAHAT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak melihat teguran Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai satu amaran sebaliknya ia adalah penegasan bahawa PAS akan terus beristiqamah dengan Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, penegasan itu sudah tentunya akan membantu hubungan dan kerjasama yang baik dengan Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya hari ini menegaskan akan terus bertahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat selagi tidak melanggar syarat persepakatan yang dipersetujui bersama.

"Saya tidak anggap sebagai amaran, ia adalah penegasan Presiden PAS yang menjawab pelbagai persoalan bahawa PAS akan terus beristiqamah dengan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Malah katanya, ramai yang ternanti-nanti penegasan ini kerana ia membantu dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat apatah lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

"Penegasan ini sudah dijangka kerana ketika ini ada timbul beberapa pertikaian beberapa isu, sepatutnya presiden parti yang harus mengemukakan pandangan dan penyelesaian," katanya.

Turut bersama dalam perasmian Muktamar ini ialah Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa wakil PKR di peringkat negeri dan cabang.

Muktamar PAS Pusat kali ke-60 yang bermula pada ini dihadiri hampir 5,000 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara, tema yang di pilih pada kali ini adalah Terus Beristiqamah.

1 ulasan:

  1. Tema muktamar "Terus Beristiqamah" ..tepat dan padat !!

    Istiqamah bersama sama penyembah berhala untuk menjatuhkan kerajaan melayu umno, hanya sebagai keldai dan baghal tunggangan..

    Hingga ke hari ini, apa yg jelas dan nyata ialah lebai lebai PAS masih berada dibawah pengaruh KETUM Al Juburit hasil dari kerja kuat parasit yg kian membiak hingga ke peringkat cawangan. Memang wajar ketum dan Kit Siang tidak hadir ke persidangan lembu lembu pawah mereka, maka terhangguk hangguklah segala keldai dan bahgal yang menjadi perwakilan sebagai tanda rela menyerahkan belakang mereka untuk ditunggang oleh musyrikin penyembah berhala yang mendominasi pakatan mereka.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena