Friday, 26 September 2014

Lagi! Bahaya Ketuhar Gelombang Mikro: Kesan ke atas Kesihatan Manusia...

Jumaat, 26 September 2014


Oleh
        Dr. Rosdiadee Nordin
        UKM
Pengenalan

Tenaga elektrik ulang-alik mampu menukarkan gelombang radio pendek pada frekuensi 2.45 GHz kepada tenaga. Proses ini dikenali sebagai pemanasan gelombang mikro, di mana pada spectrum frekuensi tersebut, kuasa pemanasan menglibatkan proses pengujaan molekul-molekul berpolar yang menjanakan getaran yang sangat pantas pada molekul-molekul makanan pada suhu yang tinggi. Konsep ini telah diadaptasi untuk memudahkan penyediaan makanan di dapur melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro. Ketuhar gelombang mikro telah dicipta oleh pihak Nazi sewaktu Perang Dunia Kedua. Dikenali sebagai radiomissor ketika itu, ketuhar gelombang mikro tersebut diperkenalkan untuk tujuan sokongan operasi bergerak serta mengatasi masalah sumber bahan api, terutamanya pada musim sejuk. Setelah pihak Nazi ditumbangkan oleh paksi bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS), beberapa dokumen penyelidikan saintifik mengenai ketuhar tersebut jatuh ke tangan AS dan semenjak daripada itu, ketuhar gelombang mikro secara agresifnya dipasarkan kepada pengguna. Namun, kebanyakan daripada pengguna tidak menyedari bahawa terdapat beberapa keburukkan penggunaan ketuhar gelombang mikro. 


        Terdapat beberapa kajian saintifik telah dilakukan ke atas kesan-kesan negatif daripada makanan hasil masakan ketuhar gelombang mikro. Food and Drug Association (FDA) telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengawalselia pembuatan ketuhar gelombang mikro sejak tahun 1971. Rencana ini memrbincangkan mengenai kesan-kesan daripada penggunaan ketuhar gelombang mikro ke atas kesihatan manusia. Berikut adalah beberapa soalan-soalan lazim dan jawapan-jawapan yang berkaitan untuk dijadikan panduan oleh pengguna 



Adakah ketuhar gelombang mikro menyumbang kepada kehilangan nutrisi makanan?
Secara asasnya, sebarang sumber tenaga haba yang digunakan untuk tujuan memasak akan memusnahkan nutrisi ataupun zat sesuatu makanan. Faktor-faktor utama yang menyebabkan kehilangan nutrisi di dalam makanan bergantung beberapa faktor seperti jumlah air yang digunakan untuk memasak, tempoh dan suhu makanan yang dimasak. Tempoh memasak yang singkat dengan tahap air yang minimum pada suhu yang rendah mampu mengekalkan nutrisi sesuatu makanan. Untuk vitamin larut dalam air, seperti Vitamin C dan Thiamine, penggunaan ketuhar gelombang mikro adalah lebih baik berbanding dengan kaedah pendidihan atau pengukusan. Ini adalah kerana gelombang mikro meminimakan penggunaan air untuk makanan yang dipanaskan, secara tidak langsung mengekalkan vitamin vitamin larut air di dalam makanan tersebut. Dua orang penyelidik, iaitu Blancdari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan Hertel (University Institute for Biochemistry)telah membuktikan bahawa memasak dengan menggunakan gelombang mikro pada kadar begitu ketara akan menurunkan nutrisi makanan. 

        Keputusan yang diambil daripada sampel darah lapan individu terlibat di dalam kajian menunjukkan bahawa selepas makan makanan ketuhar gelombang mikro, tahap hemoglobin dan nisbah high density lipoprotein(HDL), lebih dikenali sebagai ‘kolesterol baik’ dan low density lipoprotein (LDL), pula dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’ mengalami penurunan. Limfosit (sel-sel darah putih) juga menunjukkan penurunan untuk jangka masa pendek. Kesan ini secara tidak langsung menyebabkan kelemahan kepada sistem ketahanan badan. Sumberprotein daripada daging turut didapati mengalami penyusutan nilai, di mana gelombang mikro memusnahkan khasiat nucleoproteins yang ada di dalam daging. Ini menyebabkan sampel daging mengalami kerosakkan, di mana proses penguraian struktur protein berlaku dengan begitu cepat ke atas semua sampel daging yang diuji. Sebagai tambahan, gelombang mikro hanya mampu menembusi makanan sedalam 1 hingga 1 ½ inci sahaja melalui proses pengaliran haba. Oleh itu, untuk makanan bersaiz besar, sebagai contoh, seekor ayam, apabila mengalami proses pemanasan gelombang mikro didapati masih membawa bakteria seperti salmonella yang boleh menyumbang kepada keracunanan makanan. Ini ialah kerana proses pemanasan didapati tidak berlaku secara seragam ke atas sampel ayam tersebut, terutamanya di bahagian dalaman oleh kerana gelombang mikro gagal menembusi kawasan dalaman sampel. 


Adakah sayur-sayuran akan kehilangan nutrisi apabila dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro? 


Sayur-sayuran adalah sumber makanan yang kaya dengan antioksidan. Antioksidan merupakan agen utama untuk tujuan pencegahan daripada penyakit kanser. Peratusan antioksidan yang hilang disebabkan oleh gelombang mikro bergantung kepada jenis sayur-sayuran yang dimasak. Penyelidik dari Universiti Complutense Madriddari Sepanyol telah menjalankan penyelidikan mengenai kehilangan peratusan antioksidan pada 20 jenis sampel sayur-sayuran sebelum dan selepas mereka dimasak dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Keputusan menunjukkan bahawa kubis bunga (cauliflowers) mengandungi peratusan kehilangan antioksidan yang tertinggi selepas melalui proses pemanasan gelombang mikro. Walaubagaimanapun, beberapa sayur-sayuran lain seperti lobak merah, saderi (celery) dan kacang hijau tidak memunjukkan penurunan kandungan antioksidan yang begitu ketara, manakala sayuran dikenali sebagai artichokes merupakan satu-satunya sayuran yang mampu memelihara tahap antioksidan yang tinggi selepas melalui proses gelombang mikro. Satu lagi kajian yang diterbitkan olehJournal of Science of Food and Agriculturepada bulan November 2003, telah membuktikan bahawa sayuran brokoli yang dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro mengalami sehingga 97% kehilangan kandungan antioksidan berbanding hanya 11% kehilangan jika brokoli tersebut melalui proses pengukusan.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena