Wednesday, 17 September 2014

Harga Siling: BELAJAR LESEN MEMANDU...RM1,150.00! 'Trima Kaceh BN'

Rabu, 17 September 2014

Harga Siling Belajar Lesen Memandu yang perlu dipatuhi oleh semua Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang telah dikuatkuasakan. *tertakluk pada terma & syarat.

Mana-mana Institut Memandu dan Sekolah Memandu yang mengenakan tidak berpatutan boleh laporkan terus ke aduan@jpj.gov.my atau berjumpa terus Pengarah JPJ Negeri dan Pengarah Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat bagi tindakan tegas.

ULASAN OMAK KAU:-
Kalau rasa mahal jangan pandu kereta ... sekadar jadi penumpang sudahlah .. kalau lagi banyak cakap dan songel pergilah berhijrah ke negara yang rasakan murah.

Perlu ingat pendapatan purata seisi rumah kita sekarang ini mengikut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri melepasi RM5,900 sebulan iaitu kira-kira RM6,000 sebulan .. jadi sesuailah tu kan?????

Itu baru harga belajar lesen memandu belum harga barang-barang keperluan harian yang semakin melambung naik walaupun belum dilaksanakan GST .. jadi berterima kasih dan bersyukurlah dengan UMNO/BN.

Kenaikan harga lesen belajar memandu ini bukan niat nak membebankan rakyat pun seperti kata Najib Razak.

APA MACAM OK TAK BODEK OMAK INI?


LELAKI KUDUNG TANPA LESEN MEMANDU YANG SAH TELAH PANDU KERETA SEJAUH 160,000KM SEBELUM DITAHAN.


BEIJING: Seorang lelaki kudung yang memandu lebih 160,000 kilometer menggunakan kaki tanpa lesen memandu yang sah telah ditahan di satu lebuhraya di China, lapor media pada Khamis.

"Sewaktu disiasat, pihak polis telah mendapati lelaki itu mengenakan baju lengan pendek, dengan kakinya mengawal stereng kereta," lapor laman web Jingchuwang.

Lelaki berusia 45 tahun itu dikenali sebagai Guo telah ditahan di sebuah lebuhraya di tengan wilayah Hubei.

"Polis segera meminta lelaki itu keluar daripada kereta dan melihat pemandu itu menggunakan ibu jari kakinya untuk menukar gear sebelum mencabut kunci keretanya juga menggunakan kaki," tambahnya lagi.

"Ia satu kemahiran yang terbaik."

Guo hilang kedua-dua belah tangannya pada usia 7 tahun setelah terkena renjatan elektrik.

Dia belajar menulis, menggosok gigi dan mencuci mukanya dengan kaki dan mengambil masa satu minggu untuk belajar memandu.

Posted by 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena