Thursday, 18 September 2014

Nampak tak! Mat Sabu ngam dengan TG Hj Hadi..."berdua-duaan lagi" Macai kembali hilang akal!

Khamis, 18 September 2014

Muktamar: Mat Sabu ngam dengan Hadi


hadisabu

Mat Sabu juga turut menafikan ada tindakan protes terhadapnya.

BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan yang beliau bertelagah dengan Timbalannya Mohamad Sabu.

Ini kerana sebelum ini media melaporkan Mohamad Sabu atau Mat Sabu telah banyak mengeluarkan pandangan yang bercanggah dengan Hadi.

Namun hari ini Hadi menafikan yang beliau ada perselisihan dengan Mat Sabu.
Mat Sabu juga turut menafikan ketika dalam sidang media itu semasa duduk bersebelahan Hadi.

“Macam mana tak ngam, saya elok saja duduk sebelah dia, berdua-duaan lagi,” katanya.
Sebelum ini, kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar ketika Mat Sabu menyampaikan ucapan perasmiannya.

Mereka memakai jaket warna hitam bertulis ‘Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulama.’ Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.
Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Selangor. Mereka bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja Mat Sabu memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.

Beberapa di antara mereka yang keluar itu enggan memberi komen. Sungguhpun begitu, lebih 700 perwakilan Pemuda lain yang hadir tidak terpengaruh dengan tindakan kumpulan itu sebaliknya memberikan tumpuan kepada ucapan beliau.

Dalam sidang media kemudiannya, Mat Sabu menafikan tindakan kumpulan itu sebagai tanda protes terhadap ucapannya dan beliau mengakui “tidak nampak” perbuatan mereka itu.

‘Mungkin pergi solat’, beliau bagaimanapun menganggap mungkin tindakan kumpulan itu keluar untuk menunaikan solat dan kemudiannya akan masuk kembali dewan persidangan itu. “Tak ada (protes)…Saya tak nampak, mungkin orang pergi sembahyang dan sebagainya dan masuk kembali, biasalah itu,” katanya yang mengganggap “biasa” apabila kumpulan itu memakai vest seumpama itu.

Kenyataan Mat Sabu itu turut dipersetujui oleh Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang hadir dalam sidang media itu. “Saya rasa begitulah, sebab waktu sudah lewat, ada yang pergi sembahyang,” katanya.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena