Monday, 22 September 2014

Iskandar (PAS) Dapat Jawatan MB...dakwa Rafizi

Isnin, 22 September 2014

Rafizi Dakwa Iskandar (PAS) Dapat Jawatan MB.


 
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyaksikan Worldwide Holdings Selangor Master 2014 bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor pada Ahad. Ia mungkin menjadi salah satu daripada tugas rasmi Abdul Khalid sebelum beliau mengundurkan diri daripada memegang jawatan itu. 

LUMPUR – Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi ...


PETALING JAYA: HARI ini Menteri Besar Selangor yang baharu akan menerima surat watikah atau surat perlantikan jawatan itu. Tetapi nama yang dipilih masih menjadi teka-teki Istana berahsia mengenai identiti yang menjadi pilihan antara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada minggu lalu.
 
Demikian Lapor mStar.

Dilaporkan juga Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa Iskandar dari PAS yang akan mendapat jawatan itu.
 
Walaupun begitu, Timbalan Presiden PKR dan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dianggap sebagai calon yang diberikan keutamaan berikutan kepimpinan PAS mengakui bahawa jawatan menteri besar adalah milik PKR. Difahamkan Sultan telah membuat keputusan selepas "menemuduga" Azmin, Adun Chempaka, Iskandar Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan.

Iskandar dan Dr Ahmad Yunus dari PAS, dan kedua-duanya juga merupakan exco kerajaan negeri. Berbeza dengan beberapa laporan, Sultan tidak perlu mengadakan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor untuk membuat keputusan dan semuanya dikatakan telah dilaksanakan.

Tiada pengumuman rasmi mengenai siapa yang telah dipilih di kalangan tiga calon berkenaan meskipun terdapat laporan yang menyatakan istana akan membuat pengumumannya hari ini. Majlis angkat sumpah bagi menteri besar baharu bakal berlangsung pada pagi Selasa, yang diharapkan dapat mengakhiri kemelut perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat bagi mengisi kerusi tersebut.

Perkembangan pada minggu lalu jelas menunjukkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dipertimbangkan oleh istana sebagai calon menteri besar baharu. 
 
Sementara Dewan Ulama Pas pula mencadangkan supaya partinya menerima keputusan Istana Selangor jika calon parti itu dipilih menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Cadangan Dewan Ulama itu disuarakan oleh Naib Ketuanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed pada sesi penggulungan pada Muktamar Pas ke-60 di Parit Raja.

"Jika diberi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kita terima, jika diberi pada Pas, kita terima. Kenapa hendak bermusuh dengan Istana pula," kata beliau.
 
Pada Ahad, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim muncul bersama Sultan bagi acara akhir Kejohanan Golf Selangor Masters yang dilihat menjadi tugas dan kemunculan rasminya sebagai menteri besar bersama baginda sebelum beliau mengundurkan diri daripada memegang jawatan itu. Sultan Selangor mencemar duli pada majlis itu bagi menyampaikan trofi pada kejohanan itu di Kelab Golf Seri Selangor. (IH)

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena