Tuesday, 23 September 2014

Azmin: Jawatan timbalan MB S'gor tidak akan diwujudkan

Selasa, 23 September 2014



Exco Pas terima Azmin sebagai Menteri Besar 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi menerima pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beliau berkata, semuanya sudah berakhir dan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menyelesaikan kemelut itu secara baik serta muafakat.

Ditemui wartawan selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar di Istana Alam Shah di sini, katanya, semua pihak harus menerima pelantikan Mohamed Azmin dan masing-masing boleh menjalankan tugasan memberi perhatian kepada rakyat selepas ini.

Kemelut politik bermula dengan formula 'Langkah Kajang' yang dicipta PKR selepas kemenangan Presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lalu.

'Langkah Kajang' menghendaki Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatan itu untuk digantikan dengan Dr. Wan Azizah.

Namun, Abdul Khalid enggan berbuat demikian, sebaliknya meminta parti itu memberinya peluang memegang jawatan Menteri Besar sehingga tamat tempoh penggal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) pada 2018.

Bagaimanapun, keengganan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Dr. Wan Azizah memaksa Lembaga Disiplin Keadilan mengenakan tindakan memecat keahlian seumur hidupnya dalam parti.

Berikutan itu, beliau yang mendapat sokongan empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatannya sebagai Menteri Besar sehingga Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan calon baru sama ada dari Pas, PKR mahupun DAP. - MalaysiaGazette

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena