Saturday, 27 September 2014

[Video] PAS dah tahu dapat 3 kerusi? & PAS perlu perluas pemahaman Islam, kata Dr Dzulkefly

Ahad, 28 september 2014


Pengarah Pusat Kajian PAS, Dr Dzulkefly Ahmad menafikan dakwaan PAS Selangor bahawa mereka tidak dimaklumkan mengenai keputusan Menteri Besar Azmin Ali untuk mengurangkan satu kerusi exco milik parti itu.

PAS perlu perluas pemahaman Islam, kata Dr Dzulkefly 
OLEH LEE SHI-IAN
Published: 27 September 2014 | Updated: 28 September 2014 7:38 AM
Tidak akan kurang Islam PAS walaupun melangkaui sempadan pemahaman Islam, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2014.
Tidak akan kurang Islam PAS walaupun melangkaui sempadan pemahaman Islam, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2014. 

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata PAS tidak akan dianggap sebagai sebuah parti yang kurang Islamik jika mereka melangkaui sempadan dan fokus untuk membawa mengenai pemahaman Islam yang lebih luas.
Beliau berkata, kelompok Islamis terlalu bimbang dan terkongkong dalam kuasa serta politik di mana mereka gagal untuk menyampaikannya dengan jelas.
"Saya yakin dengan mesej dan penyampaian yang jelas, parti pasti akan dapat memberi pemahaman yang jelas dan mendapat sokongan baik.
"Penyampaian tidak semestinya mengenai kuasa dan politik, tetapi mengenai sivil dan aspek pembangunan Islam, seperti membantu mereka yang tertindas dan menangani rasuah,” katanya.
Dzulkefly berkata, rakyat perlu memahami mengenai perjuangan dan matlamat yang mereka cuba sampaikan.
"Jika PAS mahu fokus kepada membawa pemahaman lebih luas mengenai Islam, mereka tidak akan dianggap parti kurang Islamik," katanya.
Dzulkefly berkata, Al-Quran menyatakan kekayaan negara tidak seharusnya berada dalam tangan golongan elit saja dan mereka yang kaya raya.
"Al-Quran mengajar mengenai pembahagian yang sama rata, tetapi rakyat tidak pernah dengar mengenai perkara ini daripada kumpulan Islamis kerana mereka bercakap mengenai hal lain,” katanya.
Katanya, kebanyakan kesilapan berpunca daripada diri mereka sendiri tetapi ia masih tidak terlalu lewat untuk memperbaikinya.
"Islam sudah tercalar untuk sekian lama hasil kesilapan kita sendiri, tetapi ini tidak bermakna ia sudah terlewat untuk memperbaiki persepsi mengenai agama.
"Al-Quran tidak dijelaskan secara betul dan ia berpunca daripada kesilapan kita. Tetapi isu urus tadbir dan kesaksamaan secara jelas dinyatakan dalam Al-Quran,” katanya.
Beliau memberi contoh tokoh politik Tunisia Rashid al-Ghannouchi, salah seorang tokoh pemikir Islam.
"Rashid menganjurkan penstrukturan kehidupan ekonomi yang asasnya lebih saksama, mengakhiri sistem politik satu parti dan penerimaan politik pluralismea serta demokrasi," katanya.
"Rashid menulis secara menyeluruh mengenai Islam dan kemodenan, demokrasi dan sekularisme, hubungan Barat dan Timur, hak asasi manusia dan kumpulan sivil,” katanya.
Dzulkefly berkata, sudah sampai masanya untuk PAS berubah menjadi lebih progresif bagi membantu Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya. – 27 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-perlu-perluas-pemahaman-islam-kata-dr-dzulkefly#sthash.D9tcGP1W.dpuf

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena