Friday, 19 September 2014

Kontroversi "Keluar Dewan" ketika perasmian...ini bukan sikap Pemuda PAS

Sabtu, 20 September 2014



Keluar ketika perasmian bukan sikap Pemuda PAS

MUHAMMAD FAIZAL 

BATU PAHAT: Pemuda PAS Malaysia hari ini menegaskan tindakan segelintir perwakilan yang keluar dewan sewaktu Timbalan Presiden PAS berucap perasmian muktamar tahunan dewan itu ke-55 bukan sikap Pemuda yang sebenarnya.

Perwakilan Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS turut menegaskan jika setiap ahli tidak berpuashati dengan kepimpinan ia perlu mengikut landasan yang sebenarnya.

"Ada perwakilan kata yang keluar dewan itu adalah sikap Pemuda PAS, itu tidak benar sama sekali. Pemuda PAS tidak mempunyai sikap tersebut kita menghormati pemimpin.

"Kita yang pilih pemimpin kenapa kita hendak pertikaikannya, kalau tak berpuashati tahun depan pemilihan jadi kita boleh ambik keputusan untuk tidak memilih pemimpin yang kita tidak sukai," ucap beliau pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat petang ini.

Beliau menambah, Pemuda PAS Malaysia juga tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan bersedia menerima teguran daripada pimpinan tertinggi.

Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia itu turut mempersoalkan peranan Jawatankuasa Displin serta tindakan yang diambil terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor.

"Kita nak tahu apa peranan Jawatankuasa Disiplin, apa keputusan yang telah diambil, wujud atau tidak.

"Kelewatan membuat keputusan menyebabkan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada kedua-dua mereka, saya bukannya menyokong tetapi kita ingin tahu peranan jawatankuasa tersebut," ucap beliau.

Beliau turut menyarankan agar PAS Pusat menubuhkan satu Jawatankuasa Krisis Pengurusan bagi menyelesaikan krisis dalam PAS.

Katanya, jawatankuasa ini berfungsi sebagai badan penyelesaian kepada kekecohan yang berlaku serta memastikan kemelut tersebut tidak akan berulang lagi. - HARAKAHDAILY 19/9/2014

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena