Tuesday, 23 September 2014

[Video] Exco PAS Rela Dipecat & Majlis Kesyukuran Menyambut YAB Dato' MB S'gor...

Selasa, 23 September 2014

Sudah-sudahlah ungkit kisah silam - Suhaizan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Walaupun krisis Menteri Besar Selangor sudah berada di penghujung, namun bagi Suhaizan Kaiat mahu menjawab sedikit apa yang disebut Lim Guan Eng semalam berhubung kekesalan pihaknya kerana kononnya empat exco PAS dalam kerajaan negeri adalah pengkhianat. 

"Semua pihak termasuk DAP perlu melihat dalam kerangka besar," tulis Ketua Pemuda PAS Malaysia itu menerusi facebook.

Beliau menegaskan, betapa hebat pengorbanan empat exco itu yang terpaksa lakukan demi memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus berfungsi agar ruang pembubaran Dun tidak berlaku. 

Empat Exco daripada PAS ialah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa) dan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan).

Suhaizan amat yakin keempat-empat exco itu masih ada semangat setiakawan, namun untuk maslahah yang lebih besar PAS terpaksa mengarahkan mereka terus kekal. 

"Hasilnya hari ini kita menyaksikan proses pertukaran MB yang lancar tanpa risiko pembubaran Dun.

"Sudah-sudahlah mengungkit kisah silam. Semua pihak mempunyai kesilapan masing-masing. Terus mara ke hadapan dalam suasana muafakat yang utuh," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 23/9/2014





Majlis Kesyukuran Menyambut YAB Dato' Menteri Besar Selangor di Kediaman Bonda Hajjah Che Tom, No. 1E, Jalan Seladang, Kampung Kelang Gate Bharu, 53100 Hulu Kelang, Selangor

KLANG: Bekas Exco Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa mereka bersedia sekiranya nama mereka digugurkan daripada senarai Exco di bawah pentadbiran baru.

Dr.Ahmad Yunus Hairi turut menjelaskan bahawa ianya terpulang kepada keputusan Menteri Besar (MB) yang baru iaitu Mohamad Azmin Ali.

“Saya bersedia, biar MB yang baru menentukan siapa yang layak untuk bekerjasama dengan beliau,” ujarnya.

Yunus turut menjelaskan bahawa beliau berharap krisis pentadbiran kerajaan negeri akan selesai dibawah Azmin.

“Pelantikan Azmin sebagai MB pastinya akan menjernihkan suasana. Rakyat tidak mahu lagi pemimpin-pemimpin bertelagah dengan sesiapa lagi,” ujarnya.

Seorang lagi bekas Exco, Sallehen Mukhyi menyatakan bahawa beliau akan gembira jika namanya dilucutkan daripada senarai Exco.

“Saya percaya semua ADUN PAS layak menjadi Exco. Saya juga tidak melihat sebarang masalah jika nama saya dilucutkan daripada senarai Exco,” ujarnya .

Sallehen turut menafikan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menggelar empat orang Exco PAS telah menjadi pengkhianat di dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana terus kekal dibawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Keputusan untuk menggantikan Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail juga tidak mendapat konsensus semua parti di dalam PR.

Beliau turut memberitahu bahawa Lim tidak faham Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Sebagai Exco, kami boleh menjalankan tugas kami seperti biasa dengan minima hanya empat orang Exco sehingga MB baru dilantik.

“Tuduhan yang dibuat oleh Lim dipengaruhi unsur politik,” ujarnya.

Sallehen turut menyatakan Lim terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana DAP mempertahankan PKR dalam usaha DAP untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dengan mendapat bantuan daripada Ahli Parlimen PKR.

Yunus dan Sallehen menyatakan PAS menerima pelantikan Azmin dan akan memberikan sokongan kepada MB baru yang telah dipilih Sultan.

BLM

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena