Thursday, 30 January 2014

Gong Xi Fa Cai!" Untuk Menghadapi "Tahun Harga Barang Naik".- Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia

Jumaat, 31 Februari 2014
Photo: Gong Xi Fa Cai!" Untuk Menghadapi "Tahun Harga Barang Naik".

"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian adalah orang yang paling bertaqwa di sisi Allah. "

[maksud dari Surah al-Hujurat:13].

Dewan Pemuda PAS Malaysia amat berbesar hati dengan kesempatan yang ada bagi meraikan rakan-rakan kita dari masyarakat Tiong Hua yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Di dalam keresahan berdepan kenaikan kos sara hidup dan kebuntuan pemerintah yang telah menjadikan 2014 sebagai tahun harga Barang Naik, kita semua berkongsi harapan seraya ucapan "Gong Xi Fa Cai" yang sering diucapkan agar kerja keras kita tertebus dengan kekayaan dan kemakmuran. 

Dan sebagaimana tradisi, sambutan ini juga adalah peluang untuk ahli keluarga besar berkumpul bagi merapatkan hubungan yang mungkin terpisah atas tuntutan kehidupan. Maka ada wajarnya kemurnian tradisi tersebut dilihat dari sisi pandang kepelbagaian kaum di Malaysia dengan perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina ini menjadi tika penting bagi semua pihak kembali sebagai sebuah "keluarga besar". 

Meskipun diasak kepentingan politik sempit yang memperbesar-besarkan perbezaan, ahli-ahli keluarga besar ini tidak harus mudah disinggung dan kekal yakin dengan iltizam tokoh-tokoh pengasas kenegaraan bahawa bersekutu bertambah mutu yang seterusnya boleh menjana penghasilan kekayaan dan kemakmuran Malaysia. 

Dikala PAS menggiatkan usaha pembaharuan dan dakwah, nilai-nilai penting yang begitu sinonim dengan masyarakat Cina seperti kecelikan politik, keusahawanan dan sokongan setiakawan yang diibaratkan seperti ‘jaringan buluh' amat wajar diteladani oleh Pemuda PAS khususnya. 

Maka di dalam suasana sambutan perayaan ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengambil peluang tersebut bagi mempertegaskan komitmen PAS untuk menjadi gerakan yang lebih inklusif dan berharap masyarakat Cina di negara ini terus bersama PAS dan Pakatan Rakyat sebagai sekutu penting ke arah menjadikan Malaysia negara yang lebih baik. 

Bagi mereka yang mengambil peluang dari cuti panjang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, semoga berhati-hati di jalanraya. Kami Pemuda PAS mendoakan keselamatan kepada semua dengan pengharapan tulus agar sambutan cuti ini menjadi kenangan gembira yang mendamaikan.

Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuai Le.

Ingatan ikhlas dari,

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia
Gong Xi Fa Cai!" Untuk Menghadapi "Tahun Harga Barang Naik".

"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal. Sesungguhnyaorang yang paling mulia diantara kalian adalah orang yang paling bertaqwa di sisi Allah. "

[maksud dari Surah al-Hujurat:13].

Dewan Pemuda PAS Malaysia amat berbesar hati dengan kesempatan yang ada bagi meraikan rakan-rakan kita dari masyarakat Tiong Hua yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Di dalam keresahan berdepan kenaikan kos sara hidup dan kebuntuan pemerintah yang telah menjadikan 2014 sebagai tahun harga Barang Naik, kita semua berkongsi harapan seraya ucapan "Gong Xi Fa Cai" yang sering diucapkan agar kerja keras kita tertebus dengan kekayaan dan kemakmuran.

Dan sebagaimana tradisi, sambutan ini juga adalah peluang untuk ahli keluarga besar berkumpul bagi merapatkan hubungan yang mungkin terpisah atas tuntutan kehidupan. Maka ada wajarnya kemurnian tradisi tersebut dilihat dari sisi pandang kepelbagaian kaum di Malaysia dengan perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina ini menjadi tika penting bagi semua pihak kembali sebagai sebuah "keluarga besar".

Meskipun diasak kepentingan politik sempit yang memperbesar-besarkan perbezaan, ahli-ahli keluarga besar ini tidak harus mudah disinggung dan kekal yakin dengan iltizam tokoh-tokoh pengasas kenegaraan bahawa bersekutu bertambah mutu yang seterusnya boleh menjana penghasilan kekayaan dan kemakmuran Malaysia.

Dikala PAS menggiatkan usaha pembaharuan dan dakwah, nilai-nilai penting yang begitu sinonim dengan masyarakat Cina seperti kecelikan politik, keusahawanan dan sokongan setiakawan yang diibaratkan seperti ‘jaringan buluh' amat wajar diteladani oleh Pemuda PAS khususnya.

Maka di dalam suasana sambutan perayaan ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengambil peluang tersebut bagi mempertegaskan komitmen PAS untuk menjadi gerakan yang lebih inklusif dan berharap masyarakat Cina di negara ini terus bersama PAS dan Pakatan Rakyat sebagai sekutu penting ke arah menjadikan Malaysia negara yang lebih baik.

Bagi mereka yang mengambil peluang dari cuti panjang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, semoga berhati-hati di jalanraya. Kami Pemuda PAS mendoakan keselamatan kepada semua dengan pengharapan tulus agar sambutan cuti ini menjadi kenangan gembira yang mendamaikan.

Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuai Le.

Ingatan ikhlas dari,

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia

Published on Feb 2, 2013
你们好,这个短片是由我们吉兰丹一班摄影爱好者义务为吉兰丹州回教党州务大臣聂阿兹拍­摄的2013年农历新年的贺岁短片。

我们都是一群无党派之人,我们之所以义务就是为了尽丹州子民一分力量,把吉兰丹正确讯­息传达到每个角落。

短片中我们融入了丹州的景色跟一些著名的地方性标志,演员们都是华裔的市议员跟村长们­。

对了,片中还有一点不能不提的是片中前半段的取景都是在谢铨来市议员的房子里。从他的­房子可以让我们看到一位民联议员的生活是那么的朴素,简单。

片里的演员还有他自己的儿子跟太太,基本上都不算是拍戏了,我们尽其量也不过是把他们­的日常生活用相机的记录下来而已!

拍摄之间,聂阿兹的身子也不是很舒服,不过他还是尽量的配合以及展现他一贯和蔼可亲的­笑容,哪怕我们都NG了好几十次!

吉兰丹道北寺庙,大大小小超过数百间,丹州政府不但时常给予拨款,甚至出席庙宇活动。­拍摄的庙地点就在坐佛与行佛。

我们希望能借用你们的面子书把聂阿兹拜年的诚意跟我们丹州漂亮的景色给介绍出来给全马­各地的人民看,谢谢!新年快乐,万象更新!

Salam sejahtera, rakaman video ini merupakan hasil rakaman kami, sekumpulan perakam video tempatan dengan tujuan menyampaikan ucapan "SELAMAT TAHUN BARU CINA 2013" daripada Menteri Besar Kelantan, YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Dalam rakaman ini, diperkenalkan pemandangan yang indah dan tempat tersohor di negeri Kelantan. Manakala watak-wataknya terdiri daripada Menteri Besar negeri Kelantan, YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, ADUN Kelantan YB Hj. Anuar Tan bin Abdullah, ADUN YB Dato Hj Abdul Fattah Hj Mohamood, dua orang Ahli Majlis dan juga penghulu-penghulu tempatan yang amat disanjung tinggi.

Pada permulaan rakaman adalah di ambil di rumah kepunyaan Ahli Majlis, Chia Chuan Lai itu sendiri. Ternyata sekali rumah kediaman beliau amat biasa, sama seperti rakyat biasa, tidak begitu mewah tetapi agak selesa. Begitulah rupanya gaya hidup mudah salah seorang Ahli Majlis Pakatan Rakyat Malaysia.

Anak dan isteri Chia Chuan Lai turut memegang watak dalam skrip tersebut. Sebenarnya, rakaman ini bukanlah sebuah lakonan. Mereka hanya memainkan semula peranan mereka pada hari sebelum Tahun Baru Cina (Sa Cap Meh) yang telah berlalu tahun-tahun lepas.

Walaupun kurang sihat sebelum rakaman berlangsung, Menteri Besar negeri Kelantan, YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, masih mempertahankan dirinya untuk menyempurnakan rakaman tersebut dengan senyuman ikhlas mesra semasa menyampaikan ucapan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada rakyat beliau.

Justeru, harapan kami, agar tuan/puan dapat sebarkan rakaman ini ke seluruh Malaysia supaya lebih ramai orang menerima ucapan ikhlas daripada Menteri Besar negeri Kelantan, YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Semoga Kelantan akan menjadi sohor dengan pemandangannya yang indah nian.

SELAMAT TAHUN BARU CINA. SELAMAT TAHUN "ULALA". TAHUN BARU, AZAM BARU, IMPIAN BARU, HARAPAN BARU DAN WAWASAN BARU.

TERIMA KASIH.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena