Monday, 27 January 2014

BERITA TERKINI!!! PKR kosongkan kerusi DUN Kajang, beri laluan Anwar jadi MB

Isnin, 27 Januari 2014

Beri laluan Anwar jadi MB

Post Pic

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh akan mengosongkan kerusinya bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru jika menang.

Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan sudah menerima surat perletakan jawatan daripada Lee sebentar tadi.
Lee memenangi kerusi Kajang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu dengan mendapat majoriti 6,824 undi.
Beliau yang memperoleh 19,571 undi menewaskan calon BN Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi sementara empat calon lain hilang deposit. 

Terdahulu Ketua Pembangkang dijangka menjadi Menteri Besar Selangor baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang  bersetuju untuk meletakkan jawatan, lapor The Star Online hari ini.

Khalid dipercayai akan mengumumkan keputusannya Rabu ini dan perbincangan dalam PKR kini bertumpu untuk mengatur pilihanraya kecil peringkat DUN bagi membolehkan Anwar dinobat sebagai MB.
Difahamkan DAP dan PAS – sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat - sudah bersetuju dengan keputusan Anwar untuk menggugurkan Khalid selepas pertikaian berpanjangan beliau dengan pemimpin-pemimpin PKR negeri terutama sekali Azmin Ali.

Khalid, yang mendapat kecaman hebat daripada partinya berikutan kegagalannya mengendalikan isu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan mengikat perjanjian dengan Putrajaya untuk pensturukturan semula industri air negeri itu, bersetuju melepaskan jawatannya selepas pertemuan dengan Anwar semalam.AP
Berita lanjut menyusul.
Posted by PASPB 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena