'Lawak Mega' malam minggu...
Anwar ajak BN, rakyat capai konsensus nasional
Demi mencapai konsensus nasional Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak BN untuk berdialog, antaranya bagi mengatasi unsur menggugat perpaduan, kebencian antara agama, masalah tadbir urus negara, ketelusan dan isu kebertanggungjawaban.
Anwar berkata sejak mutakhir ini beberapa keadaan dan kejadian yang mengakibatkan silaturahim antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama menjadi semakin renggang dan boleh membawa kemusnahan.
"Kita tidak boleh leka. Ini kerana kita sedang menyaksikan tindakan beberapa pihak yang sedang berusaha sedaya upaya untuk membawa negara ke ambang kemusnahan.
"Kita sebenarnya belum menyaksikan usaha sebegini rupa semenjak kejadian-kejadian yang berlaku sebelum tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.
"Suara-suara kebencian dan kemarahan, suara-suara berprasangka buruk dan penuh syak wasangka, dan suara-suara kemusnahan dan kebobrokan yang cuba menghancurkan leburkan keharmonian, kerjasama dan persefahaman yang telah kita bina dari runtuhan tragedi ini," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit dan bersuara sekaligus menghormati mereka dengan penuh rasa hormat, timbang rasa dan kepercayaan.

"Kita perlu mengubah hala tuju kita dari arah polarisasi yang menjadi-jadi menuju penyepaduan yang lebih jitu. Kita perlu hentikan semangat perkauman yang keterlaluan, hentikan budaya menghasut persengketaan dan kebencian terhadap penganut agama, dan merapatkan silaturahim sesama kita dalam semangat perpaduan.
"Para pemimpin dari kedua-dua belah pihak perlu mengetepikan isu kepartian dan menunjukkan seamngat kepimpinan sejati untuk meleraikan ketegangan ini dan berusaha memperbaiki keadaan.
"Maka telah tiba waktunya untuk kita semua mencapai satu konsensus nasional terhadap isu-isu yang teramat penting ini yang mendatangkan impak terhadap identiti kita sebagai sebuah bangsa dan negara,"katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan perutusan khas untuk rakyat Malaysia bertajuk "Ke Arah Sebuah Konsesnsus Nasional"di Subang Jaya hari ini.
Henti persoal kedudukan Islam
Anwar berkata semua pihak perlu berhenti mempersoal kedudukan utama Islam sebagai agama bagi persekutuan dan mesti menolak tanggapan Islam "sedang terancam".
"Kita mesti menolak tanggapan bahawa wujudnya satu konspirasi jahat untuk merubah status Islam sebagai agama bagi persekutuan kepada satu agama yang lain.
"Pada masa yang sama kita perlu mengakui hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan terpakai buat semua agama lain di tanah air kita.
"Kita adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai komuniti agama. Dari sudut ini, penganut agama Buddha, Taoisme, Kristian, Hindu, Sikh dan penganut-penganut agama etnik lain perlu diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama mereka sebagaimana yang mereka pilih," katanya.
Dalam ucapannya juga, beliau menyeru supaya bekerjasama bagi masalah tadbir urus, ketelusan, dan kebertanggungjawaban di peringkat pusat dan negeri dalam menghapuskan barah rasuah.
Dengan menyifatkan kenaikan harga barang tidak mengenal batas kepartian, Anwar menyeru semua pihak berganding bahu meningkatkan kebajikan rakyat sekaligus mencari jalan penyelesaian.
"Daripada kita mengutuk isu-isu keselamatan negara berdasarkan khayalan kita, marilah kita membantu pasukan polis untuk membanteras jenayah dan dengan langsungnya membuat tempat tinggal kita, sekolah-sekolah kita malah pusat membeli belah kita lebih selamat.
"Adalah menjadi tanggungjawab moral kita, khususnya di kalangan kita yang telah dipilih untuk mewakili rakyat, untuk melangkaui batas kepartian dan berganjak menuju suatu konsensus nasional demi membawa Malaysia ke hadapan," katanya.

Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment