Friday, 24 January 2014

Terkini!!! Besut paling sejuk...Macam Ada Ais Bawah Tilam

Jumaat, 24 Januari 2014

Photo: Terengganu : Paling sejuk dalam sejarah...

Besut paling sejuk.. 

Tempat anda memang sejuk ke? mcm Cameron Highland?


-001-

Macam Ada Ais Bawah Tilam: Beberapa Bandar Dan Daerah Malaysia Alami Cuaca Sejuk

Cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mencatatkan rekod suhu terendah iaitu 19 darjah Celsius di sekitar Besut, pagi semalam.

Foto
Jenuwa menunjukkan data suhu yang dicatatkan di Sabah.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Jenuwa Husin berkata, selain itu, Kuala Krai, Kelantan, turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur.

Menurutnya, penurunan suhu itu amat berbeza dengan suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini iaitu 23 darjah Celcius di dua kawasan itu. Perubahan iklim mendadak di daerah Jertih membuatkan beberapa penduduk di sini terpaksa memakai pakaian tebal.

Lebih memburukkan keadaan akibat perubahan suhu itu beberapa penduduk turut diserang demam apabila suhu kurang daripada 25 darjah Celsius pada waktu malam dan 28 darjah Celsius tengah hari tadi.

Seorang peniaga, Siti Mariam Husin, 54, berkata, sejak perubahan suhu seminggu lalu, dia kini terpaksa memakai pakaian dua lapis dan stokin setiap kali keluar rumah waktu pagi.

Menurutnya, dia dan dua anaknya, Nur Hidayah Hashim, 23, dan Nur Hazira Hashim, 28, terpaksa mandi menggunakan air panas untuk menghangatkan badan pada waktu pagi selain mengalami kesukaran untuk tidur malam.

“Adakalanya saya rasa seperti ada ais di bawah tilam dan untuk menghangatkan badan saya terpaksa guna lebih selimut.

“Pada mulanya saya ingatkan saya sahaja yang merasa perubahan suhu tetapi selepas mendengar perbualan beberapa penduduk di sini barulah saya sedar yang suhu di kawasan kampung semakin sejuk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beris Pak Abu, dekat sini, petang ini.

Sementara itu, Nur Hazira berkata, dia diserang demam dan sakit kepala sejak berlakunya perubahan suhu seminggu lalu.

Menurutnya, gejala sama turut menimpa beberapa pelanggan kedai ibunya yang memberitahu mereka juga diserang demam panas dan sakit kepala.

Malah katanya, permintaan terhadap minuman berais juga turun mendadak kerana pelanggan meminta air panas ketika memesan minuman di kedainya.

“Dulu ibu terpaksa membuka kipas apabila waktu tengah hari namun kini terpaksa menutup alat elektrik itu kerana suhu cuaca terlalu sejuk.

Semetara itu, Perlis kini sekali lagi merekodkan perubahan suhu yang agak berbeza daripada biasa walaupun pernah dikenali sebagai negeri yang mencatatkan suhu paling panas iaitu 40.1 darjah Celsius pada tahun 1998

Menjelang hujung minggu ini, suhu di sekitar negeri ini dijangkakan boleh turun sehingga 21 atau 20 darjah Celsius pada waktu malam, tidak seperti suhu biasa iaitu 36 darjah Celsius pada waktu siang dan 24 darjah Celsius pada waktu malam

Berdasarkan ramalan cuaca JMM, suhu sepanjang minggu di kebanyakan kawasan di negeri ini adalah 33 darjah celsius pada waktu siang dan 24 darjah celsius pada waktu malam.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional JMM, Muhammad Helmi Abdullah, berkata, walaupun ramalan menunjukkan suhu waktu malam di Perlis adalah 24 darjah celsius, beliau tidak menolak jika suhu berkenaan boleh turun sehingga 20 darjah celsius.

“Catatan suhu yang agak rendah daripada kebiasaan ini sebenarnya disebabkan musim Monsun Timur Laut yang turut membawa tiupan angin sejuk dari kawasan sejuk seperti di China dan Siberia.

“Jadi, penurunan suhu boleh dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu tiupan angin dan juga kepulan awan,” katanya

Menurutnya, jika tiupan angin lebih kuat dan kepulan awan tidak tebal atau banyak pada waktu malam, suhu akan menjadi lebih rendah dan ia adalah perkara normal.

“Pada awal Januari lalu stesen meteorologi Chuping pernah mencatatkan suhu sehingga 19.8 darjah Celsius.

“Rekod suhu terendah yang pernah direkodkan dari stesen berkenaan adalah 17.8 darjah celsius pada 26 Februari 1998. Selepas minggu ini, suhu dijangka kembali meningkat bermula awal Februari,” katanya yang percaya suhu di sini tidak akan turun kurang daripada 20 darjah celcius pada minggu akan datang,” katanya.

Muhammad Helmi berkata, catatan suhu yang rendah kerana musim Monsun Timur Laut ini bukan hanya dialami di Perlis tapi juga negeri di sebelah pantai timur semenanjung.

Disebabkan perubahan suhu yang agak mendadak ini juga, Muhammad Helmi menasihatkan orang ramai supaya memakai pakaian yang bersesuaian jika perlu melakukan aktiviti luar pada waktu malam. -HM




Perlis Dijangka Akan Menjadi Tempat Paling Sejuk Di Malaysia


Perlis yang terletak di utara Semenanjung sekali lagi berdepan cuaca luar biasa.

Berlainan tahun lalu yang menyaksikan kepanasan melampau melanda Perlis, kini penduduk berdepan 'musim dingin' pada sebelah malam.

Kesejukan luar biasa itu dijangka berlarutan sehingga Tahun Baru Cina sekali gus membolehkan penduduk negeri itu merasai cuaca tanah tinggi buat sementara waktu.

Untuk tempoh dua minggu akan datang, Perlis dijangka mencatatkan suhu antara 24 darjah celsius hingga 34 darjah celsius.

Menurut laporan kaji cuaca, Perlis mungkin mengalami hari paling sejuk pada Sabtu ini (25 Januari) apabila Kangar dijangka mencatat suhu paling rendah 20 darjah celsius.

Jurucakap Jabatan Meteorologi pula memberitahu bahawa Perlis sedang mengalami musim berangin dan keadaan itu akan mempengaruhi 'rasa sejuk' penduduk negeri tersebut.

Untuk maklumat, Perlis sebelum ini turut mengalami cuaca luar biasa pada tahun lalu apabila mencatatkan suhu tinggi yang mencecah 36 darjah celsius pada April, Mei dan Jun.

Pada masa itu, terdapat penduduk Perlis yang bertindak 'memasak' telur separuh masak dengan cara meletakkan telur ayam dalam kereta.

Pada 9 April 1998 pula, Perlis berjaya mencipta rekod paling panas apabila mencatatkan suhu 40.1 darjah celsius sekali gus mendapat jolokan negeri ketuhar.

Tanpa disangkakan pada tahun ini, cuaca negeri itu tiba-tiba berubah sejuk sehingga ramai penduduknya terpaksa memakai pakaian tambahan ketika keluar rumah pada waktu malam.

Sumber: Roapers


Suhu sejuk hujung bulan ini fenomena biasa - JMM

Perubahan suhu di beberapa tempat sejak kebelakangan ini membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa ianya berlaku termasuk di Pantai Timur dan Utara Semenanjung.

Fenomena suhu sejuk ini turut dikongsi oleh pengguna Facebook yang menyifatkan ianya agak pelik memandangkan suhu panas kebiasaanya terasa pada awal tahun.

Malah menurut mereka terpaksa menggunakan pakaian tambahan pada waktu pagi dan malam kerana suhu dikatakan sejuk seperti berada kawasan tanah tinggi Cameron Highland dan Genting Highland.

Apa lagi dengan tersebarnya berita beberapa tempat yang tidak pernah ada salji, sebaliknya berlaku pada akhir tahun 2013 baru-baru ini seperti di Vietnam, Indonesia dan Mesir.

Begitu juga beberapa tempat yang menghadapi salji yang luar biasa seperti di Syria dan Amerika Syarikat.

Keadaan ini dijelaskan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) yang menyatakan bahawa fenomena ini bukan kali pertama berlaku dan ianya disebabkan oleh angin sejuk dari Timur Laut Monsun.

"Suhu turun naik dari semasa ke semasa dan semasa monsun Timur Laut, rakaman minimum itu biasa dan telah berlaku banyak kali sepanjang musim ini," kata JMM sebagaimana dipetik daripada The Star Online.

Dalam pada itu, laporan mendakwa bahawa Perlis juga mengalami suhu sebegitu, namun JMM telah berkata bahawa suhu itu adalah normal.

Pada 25 Januari ini, menurut laporan kaji cuaca, Perlis mungkin mengalami hari paling sejuk dari biasa apabila Kangar dijangka mencatat suhu paling rendah iaitu 20 darjah celsius.

Jurucakap Jabatan Meteorologi pula memberitahu bahawa Perlis sedang mengalami musim berangin dan keadaan itu akan mempengaruhi ‘rasa sejuk’ penduduk negeri tersebut.

Kesejukan luar biasa itu dijangka berlarutan sehingga Tahun Baru Cina sekaligus membolehkan penduduk negeri itu merasai cuaca tanah tinggi buat sementara waktu.

Berlainan tahun lalu yang menyaksikan kepanasan melampau melanda Perlis, kini penduduk berdepan ‘musim dingin’ pada sebelah malam.

JMM melaporkan bahawa dari 18 hingga 21 Januari, suhu purata bagi Kuantan adalah 22.1 ° C, Kuala Krai 21.8 ° C, Batu Embun 22.1 ° C dan Kota Bharu 23 ° C manakala daerah Utara seperti Alor Setar, Kedah dan Chuping, Perlis mencatatkan 22.4 ° C dan 23.3 ° C masing-masing.
- HD

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena