DAN: Satu lagi dasar tidak capai keperluan sebenar
KUALA LUMPUR: Dasar Automotif Negara (DAN) yang diumumkan baru-baru ini adalah dasar yang sepatutnya datang lebih awal bagi memastikan industri automobil negara dapat dirombak bersesuaian dengan keperluan EEV atau kenderaan bertenaga efektif dan keperluan lain berkaitan dengan kesannya kepada industri, pengeluar dan pengguna.
“Walaupun kita menyambut baik namun ada beberapa perkara yang tidak disebut dalam dasar ini yang ada kaitan dengan penstrukturan semula dasar automotif negara,” tulis Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa di dalam blognya.
Menurutnya, dasar itu masih memperlihatkan flip-flop apabila isu menghapuskan AP (permit import) yang dijadualkan pada 2015 tidak digarap dengan bijak sehingga terbentuk orang tengah yang mengaut keuntungan besar dari harga kereta yang dijual kepada rakyat.
Beliau berkata, AP yang sepatutnya menjana pendapatan jika diapungkan akan memberi keuntungan kepada kerajaan namun selama ini industri automotif negara dicemari dengan penyalahgunaan AP yang merugikan pihak kerajaan dan menguntungkan pihak kroni tertentu.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat menambah, kualiti bahan api tahap Euro 4 mesti dilaksanakan segera seperti yang termaktub dalam DAN 2009.
Tegas beliau, tidak ada gunanya memenuhi kehendak EEV jika jenis bahan api yang ada sekarang iaitu Euro 2 masih digunakan memandangkan tahap penjimatan tenaganya tidak berapa efektif.
Menurutnya, sukar untuk para industri melahirkan kereta bertenaga efisyen di pasaran Malaysia jika bahan apinya masih lagi di tahap Euro 2. Satu mekanisma harga dan subsidi diperlukan dalam DAN untuk memperkenalkan Euro 4.
“Perlu dijelaskan kepada rakyat apakah penurunan harga kereta kerana cukai eksais dihapuskan ataukah ia harga promosi yang dibuat oleh syarikat penjual kereta, lalu rakyat terkeliru antara penurunan sebenar atau penurunan kerana pihak penjual mengadakan promosi,” ujar beliau lagi.
Beliau berkata, bagi pemeriksaan kenderaan secara sukarela, kerajaan harus bersikap terbuka dengan memberi peluang kepada berbagai syarikat syarikat lain dan bukan dimonopoli oleh Puspakom semata-mata.
Tambahnya, tanpa melihat keseluruhan kesan DAN kepada rakyat dan kepada keberkesanan sebenar tenaga dalam industri automotif DAN hanya akan menjadi satu lagi dasar yang tidak mencapai keperluan sebenar.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/25112-dan-satu-lagi-dasar-tidak-capai-keperluan-sebenar
Hebat..!!.Inilah Kereta Porsche Yang Di Cipta Sendiri Oleh Pemuda Ini
Tak semua orang mampu untuk beli sebuah Porsche yang hebat. Tetapi dengan daya kretiviti tidak berpenghujung, lelaki ini mampu mencipta kereta Porsche’nya sendiri. Cipta sendiri?!! Agak-agak macamana ya? Inilah dia, Ferdinand GT3 RS – The World’s Slowest Porsche. Biar gambar berikut menceritakan segalanya.
0 comments:
Post a Comment