Saturday 18 January 2014

Pemimpin PR menyelar kenyataan Tg Adnan - Lebih bodoh minta rakyat puji kerana kangkung!

Ahad, 19 Januari 2014

Lebih bodoh minta rakyat puji kerana kangkung, kata pemimpin Pakatan

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyelar kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk, Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang mengatakan bodoh kepada pihak yang masih memainkan isu kangkung kerana tidak memahami apa yang sebenarnya mahu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pihak yang memperbodohkan diri sendiri adalah mereka yang menggunakan kangkung untuk mendapat pujian rakyat namun apa yang diterima adalah sebaliknya iaitu ejekan dan cemuhan rakyat , kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dari DAP.

“Tengku Adnan perlu menasihatkan presidennya supaya menggunakan contoh lebih wajar dan tidak memijak perasaan rakyat. Pihak yang memperbodohkan diri sendiri adalah mereka yang menggunakan kangkung untuk mendapat pujian rakyat.

“Pihak yang perlu dinasihatkan bukannya rakyat tetapi perdana menteri sendiri. Kalau bijak beliau tidak akan diejek dan diperlekehkan rakyat. Perumpamaan kangkung mudah difahami rakyat sebab itulah diperlekehkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tengku Adnan semalam berkata, pihak yang terus memainkan isu kangkung sebagai bodoh, tidak mengetahui maksud di sebaliknya dan menjauhi budaya ketimuran.

Katanya, apa yang dimaksudkan Najib adalah kangkung sejenis sayuran yang murah dan boleh ditanam di merata tempat.

"Saya sudah beritahu mereka ini bodoh. Main isu kangkung ini bodoh. Dia tidak tahu konotasi maksudnya kerana kangkung ni jenis sayuran yang murah dan boleh ditanam di merata-rata.

"Apa yang Najib persoalkan adalah mengapa (sayuran) ini pun boleh turun naik (harganya) tetapi mereka ini bodoh tidak ikut (budaya) ketimuran. Ikut cara Barat memburuk-burukkan dan memfitnah," katanya selepas merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul Masyarakat Acheh Malaysia di Kuala Lumpur.

Pua berkata, apa yang mengundang perasaan tidak puas hati rakyat adalah Najib menjadikan kangkung sebagai modal untuk memuji diri sendiri.

Katanya, kerajaan seharusnya melihat dalam kaca mata yang lebih luas seperti kenaikan harga RON95 dan diesel, pemotongan subsidi gula dan kenaikan tarif elektrik.

“Kita tidak salahkan kangkung turun harga tetapi bila sayur itu turun harga, kerajaan nak ambil kredit barang lain seperti minyak dan gula yang naik harga akibat dasar kerajaan. Apa perasaan rakyat? Tentu marah.

“Apa yang menyebabkan rakyat tidak puas hati adalah beliau menggunakan kangkung sebagai contoh memuji kerajaan sendiri. Perdana menteri harus berfikir semula. Jika Umno terus salahkan rakyat, rakyat akan menjadi lebih marah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang dari PKR, berkata bukan rakyat yang mula memainkan isu kangkung sehingga mengundang kemarahan Tengku Adnan sebaliknya perdana menteri sendiri tidak sensitif memahami kesengsaraan rakyat.

Katanya, contoh yang diberikan Najib selaku Menteri Kewangan tidak masuk akal menyebabkan rakyat berasa malu mempunyai pemimpin berfikiran sedemikian.

“Bukan rakyat yang mainkan isu kangkung. Rakyat marah sebab perdana menteri tidak sensitif memahami kesengsaraan hidup rakyat bawahan. Ini yang menjadikan orang marah. Contoh dibawa Barisan Nasional (BN) itu tidak masuk akal menunjukkan sikap yang agak bodoh. Sebab itulah rakyat malu ada pemimpin seperti itu.

“Sekarang ini penyokong BN pula mainkan isu perkauman. Apa kena-mengena mempertahankan maruah Melayu? Mereka yang memerli Najib ada Melayu, Cina dan India. Tiada kena mengena dengan kaum. Mereka malu dengan BN yang buat kenyataan begitu bodoh sekali,” katanya.

Semalam Bernama melaporkan lebih 3,000 peserta menyertai perhimpunan mengecam tindakan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk pada Rabu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata perhimpunan itu bertujuan membantah tindakan menghina Najib dan merupakan amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan menghina Melayu dan agama Islam.

Chua berkata, mereka yang tidak berpendidikan tinggi sekali pun tahu apa yang dikatakan Najib satu jenaka dan tidak perlu dikaitkan dengan pembangkang.

Katanya, apa yang perlu disedari kerajaan adalah harga barangan yang naik sejak kebelakangan ini adalah disebabkan tindakan kerajaan memotong subsidi dan menaikkan cukai.
“Orang yang tidak berpendidikan tinggi pun tahu ini satu perumpamaan jenaka. Itu reaksi besar di kalangan rakyat. Tiada kena-mengena dengan pembangkang pun. Memang tidak sesuai Najib sebagai menteri kewangan menggunakan isu ini.

“Perumpamaan tidak logik menunjukkan beliau tidak faham ekonomi. Harga barang naik sekarang kerana kerajaan memotong subsidi, menaikkan cukai, menaikkan harga minyak dan gula. Mereka yang dorong kenaikan harga sekarang,” katanya.

Sebelum ini, penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan budaya, Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil kerajaan bagi mengambil pendekatan berjimat-cermat seperti tidak lagi mengadakan konvensyen besar di hotel dan mengelak menggunakan perkhidmatan penerbangan kelas perniagaan.

Katanya, pemimpin negara juga disaran menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi bagi meninjau sendiri keadaan rakyat sekali gus boleh memeriksa harga barangan di pasar.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kenyataan Tengku Adnan itu seharusnya dipulangkan kepada Najib selaku orang pertama yang mengungkapkannya.

Katanya, kangkung bukanlah barang yang diminta rakyat untuk diturunkan harganya tetapi barangan penting lain seperti harga minyak, petrol dan tarif elektrik.

“Jika Tengku Adnan berkata menyebut kangkung sebagai bodoh. Orang yang pertama menyebutkannya lagi bodoh kerana rakyat bukan minta yang itu diturunkan. Apa yang dibangkitkan rakyat adalah tahap kebodohan itu.

“Pilihan kangkung itu salah kerana beliau tidak memahami apa yang menjadi jeritan rakyat. Bukan kangkung. Hendak banggakan harga kangkung kenapa? Kita minta turunkan kadar tol, tarif elektrik dan lain-lain. Orang yang berniaga kangkung ni dapat berapa sen sangat?” katanya. – tmi

1 comments:

sooo said...

DATUK YIP KUM FOOK (Peguam) kaya kerana menipu dan menipu wang Kuil(SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE) atau harta kuil..ini adalah karma yang sangat buruk dan dia akan menderita dan dia akan masuk neraka apabila dia mati, tiada siapa yang mengasihaninya.

Kami sangat tahu, dia membeli sijil peguam dari institut undang-undang untuk bermain politik(MCA), sebelum menjadi peguam, dia berniaga seperti perabot di Taman Daya, Kepong..dan dia adalah pemandu lori untuk menghantar perabot.

Kini beliau(dia) sangat terkenal di internet kerana ramai yang komen dan post, juga merungut segalanya...ini sangat memalukan dan jelik bagi masyarakat Buddha dan Cina di Malaysia.

Kami harap, dia boleh benar-benar tahu dia silap dan kami harap boleh menutup pejabat peguamnya tidak lama lagi, kerana semua orang tahu tentang dia(anda)

Oleh Uncle Chong, Taman Ehsan…Kepong

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena