Showing posts with label kangkong. Show all posts
Showing posts with label kangkong. Show all posts

Sunday, 26 January 2014

Kontroversi kangkung - Sehingga kini, Rang Jaminan itu kekal tiada sekatan di internet...

Isnin, 27 Januari 2014
"Sehingga kini, Rang Jaminan itu kekal untuk memastikan tidak terdapat sekatan di internet," tambah sumber itu lagi.

Kabinet mahu tindakan tegas terhadap lawak kangkung, tetapi jaminan internet gagalkan

Di kemuncak kontroversi kangkung minggu lepas beberapa menteri menggesa agar tindakan tegas diambil untuk menghentikan komen negatif di alam siber terhadap perdana menteri, akan tetapi Rang Jaminan Malaysia untuk internet menghentikan mereka.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa menteri berhujah, Putrajaya mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat lawak di internet terhadap komen Datuk Seri Najib Razak kerana mengatakan orang ramai seharusnya bersyukur apabila harga sayur turun dan tidak hanya menyalahkan kerajaan apabila berlaku kenaikan harga barang.


"Sesetengah menteri mahukan tindakan terhadap mereka yang membuat lawak akan tetapi tiada undang-undang yang boleh menghalang perbuatan tersebut," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

"Menteri-menteri berkenaan diberitahu Rang Jaminan Malaysia untuk Multimedia Super Corridor (MSC) menghalang penapisan," tambah beliau.

"Lebih baik suruh sahaja kerajaan tutup Facebook, Twitter dan media sosial lain kalau nak hentikan lawak dan jenaka daripada tersebar," kata sumber itu lagi.

Difahamkan, menteri-menteri berkenaan berhenti berhujah apabila dicabar menandatangani keputusan Kabinet secara kolektif untuk menggantung jaminan dibuat perdana menteri pada 1998, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sehingga kini, Rang Jaminan itu kekal untuk memastikan tidak terdapat sekatan di internet," tambah sumber itu lagi.

Terdapat spekulasi elemen dalam kerajaan mencuba untuk menyekat laporan BBC dalam isu kangkung apabila sesetengah pengguna internet Malaysia mengadu gagal untuk mengakses laporan BBC tersebut, sehingga timbulnya pertuduhan berlakunya sekatan internet.

Pengguna internet jalur lebar Telekom Malaysia mengatakan mereka mengalami kesukaran membaca laporan “#BBCtrending: Be careful what you say about spinach” dan video YouTube ucapan Najib yang diremix.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyelia industri komunikasi di negara ini menafikan menyekat akses laporan itu walaupun mempunyai kuasa melakukannya terhadap kandungan dibantah seperti pornografi mengikut Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 hanya membenarkan sekatan terhadap laman sesawang sekiranya benar-benar perlu dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan.

Pada 2009, The Malaysian Insider melaporkan Putrajaya mengkaji kemungkinan meletakkan penapis untuk menghalang kandungan yang tidak sesuai menerusi laman sesawang, sebagaimana dilakukan China dengan menghasilkan perisian khas “Green Dam”.

Alasan untuk melakukan sekatan adalah untuk mempertahankan keharmonian kaum dalam negara. Akan tetapi, penapis internet itu tidak pernah dipasang.

Akan tetapi Dr Mahathir mengakui Jun lalu melakukan kesilapan semasa masih berkuasa kerana memberi jaminan tidak akan menyekat internet, ia ekoran keputusan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang menyaksikan pembangkang menang lebih banyak kerusi.

Menurut bekas perdana menteri itu, beliau kini terpaksa menimbang semula keputusannya selepas memberikan kebebasan penuh internet semasa mengetuai MSC pada 1996.

“Ketika saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika sama ada kami akan menyekat internet.

“Saya beritahu dia tidak, kami akan jadi sangat bebas… tapi kini saya terpaksa berfikir dua kali,” katanya.

Najib pernah berikrar sebelum ini beliau tidak akan melakukan sekatan internet dan juga meminda undang-undang penerbitan yang sebelum ini memerlukan pembaharuan permit setiap tahun. – tmi
Read More

Saturday, 18 January 2014

Pemimpin PR menyelar kenyataan Tg Adnan - Lebih bodoh minta rakyat puji kerana kangkung!

Ahad, 19 Januari 2014

Lebih bodoh minta rakyat puji kerana kangkung, kata pemimpin Pakatan

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyelar kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk, Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang mengatakan bodoh kepada pihak yang masih memainkan isu kangkung kerana tidak memahami apa yang sebenarnya mahu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pihak yang memperbodohkan diri sendiri adalah mereka yang menggunakan kangkung untuk mendapat pujian rakyat namun apa yang diterima adalah sebaliknya iaitu ejekan dan cemuhan rakyat , kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dari DAP.

“Tengku Adnan perlu menasihatkan presidennya supaya menggunakan contoh lebih wajar dan tidak memijak perasaan rakyat. Pihak yang memperbodohkan diri sendiri adalah mereka yang menggunakan kangkung untuk mendapat pujian rakyat.

“Pihak yang perlu dinasihatkan bukannya rakyat tetapi perdana menteri sendiri. Kalau bijak beliau tidak akan diejek dan diperlekehkan rakyat. Perumpamaan kangkung mudah difahami rakyat sebab itulah diperlekehkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tengku Adnan semalam berkata, pihak yang terus memainkan isu kangkung sebagai bodoh, tidak mengetahui maksud di sebaliknya dan menjauhi budaya ketimuran.

Katanya, apa yang dimaksudkan Najib adalah kangkung sejenis sayuran yang murah dan boleh ditanam di merata tempat.

"Saya sudah beritahu mereka ini bodoh. Main isu kangkung ini bodoh. Dia tidak tahu konotasi maksudnya kerana kangkung ni jenis sayuran yang murah dan boleh ditanam di merata-rata.

"Apa yang Najib persoalkan adalah mengapa (sayuran) ini pun boleh turun naik (harganya) tetapi mereka ini bodoh tidak ikut (budaya) ketimuran. Ikut cara Barat memburuk-burukkan dan memfitnah," katanya selepas merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul Masyarakat Acheh Malaysia di Kuala Lumpur.

Pua berkata, apa yang mengundang perasaan tidak puas hati rakyat adalah Najib menjadikan kangkung sebagai modal untuk memuji diri sendiri.

Katanya, kerajaan seharusnya melihat dalam kaca mata yang lebih luas seperti kenaikan harga RON95 dan diesel, pemotongan subsidi gula dan kenaikan tarif elektrik.

“Kita tidak salahkan kangkung turun harga tetapi bila sayur itu turun harga, kerajaan nak ambil kredit barang lain seperti minyak dan gula yang naik harga akibat dasar kerajaan. Apa perasaan rakyat? Tentu marah.

“Apa yang menyebabkan rakyat tidak puas hati adalah beliau menggunakan kangkung sebagai contoh memuji kerajaan sendiri. Perdana menteri harus berfikir semula. Jika Umno terus salahkan rakyat, rakyat akan menjadi lebih marah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang dari PKR, berkata bukan rakyat yang mula memainkan isu kangkung sehingga mengundang kemarahan Tengku Adnan sebaliknya perdana menteri sendiri tidak sensitif memahami kesengsaraan rakyat.

Katanya, contoh yang diberikan Najib selaku Menteri Kewangan tidak masuk akal menyebabkan rakyat berasa malu mempunyai pemimpin berfikiran sedemikian.

“Bukan rakyat yang mainkan isu kangkung. Rakyat marah sebab perdana menteri tidak sensitif memahami kesengsaraan hidup rakyat bawahan. Ini yang menjadikan orang marah. Contoh dibawa Barisan Nasional (BN) itu tidak masuk akal menunjukkan sikap yang agak bodoh. Sebab itulah rakyat malu ada pemimpin seperti itu.

“Sekarang ini penyokong BN pula mainkan isu perkauman. Apa kena-mengena mempertahankan maruah Melayu? Mereka yang memerli Najib ada Melayu, Cina dan India. Tiada kena mengena dengan kaum. Mereka malu dengan BN yang buat kenyataan begitu bodoh sekali,” katanya.

Semalam Bernama melaporkan lebih 3,000 peserta menyertai perhimpunan mengecam tindakan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk pada Rabu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata perhimpunan itu bertujuan membantah tindakan menghina Najib dan merupakan amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan menghina Melayu dan agama Islam.

Chua berkata, mereka yang tidak berpendidikan tinggi sekali pun tahu apa yang dikatakan Najib satu jenaka dan tidak perlu dikaitkan dengan pembangkang.

Katanya, apa yang perlu disedari kerajaan adalah harga barangan yang naik sejak kebelakangan ini adalah disebabkan tindakan kerajaan memotong subsidi dan menaikkan cukai.
“Orang yang tidak berpendidikan tinggi pun tahu ini satu perumpamaan jenaka. Itu reaksi besar di kalangan rakyat. Tiada kena-mengena dengan pembangkang pun. Memang tidak sesuai Najib sebagai menteri kewangan menggunakan isu ini.

“Perumpamaan tidak logik menunjukkan beliau tidak faham ekonomi. Harga barang naik sekarang kerana kerajaan memotong subsidi, menaikkan cukai, menaikkan harga minyak dan gula. Mereka yang dorong kenaikan harga sekarang,” katanya.

Sebelum ini, penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan budaya, Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil kerajaan bagi mengambil pendekatan berjimat-cermat seperti tidak lagi mengadakan konvensyen besar di hotel dan mengelak menggunakan perkhidmatan penerbangan kelas perniagaan.

Katanya, pemimpin negara juga disaran menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi bagi meninjau sendiri keadaan rakyat sekali gus boleh memeriksa harga barangan di pasar.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kenyataan Tengku Adnan itu seharusnya dipulangkan kepada Najib selaku orang pertama yang mengungkapkannya.

Katanya, kangkung bukanlah barang yang diminta rakyat untuk diturunkan harganya tetapi barangan penting lain seperti harga minyak, petrol dan tarif elektrik.

“Jika Tengku Adnan berkata menyebut kangkung sebagai bodoh. Orang yang pertama menyebutkannya lagi bodoh kerana rakyat bukan minta yang itu diturunkan. Apa yang dibangkitkan rakyat adalah tahap kebodohan itu.

“Pilihan kangkung itu salah kerana beliau tidak memahami apa yang menjadi jeritan rakyat. Bukan kangkung. Hendak banggakan harga kangkung kenapa? Kita minta turunkan kadar tol, tarif elektrik dan lain-lain. Orang yang berniaga kangkung ni dapat berapa sen sangat?” katanya. – tmi
Read More

Monday, 13 January 2014

Najib Bakal Ditendang Keluar...Last 'kangkong' untuk hari ini...

Selasa, 14 Januari 2014
Last untuk hari ni...#pmkangkung
Seharian kangkung jadi viral dalam fb. Tanda terima kasih rakyat kepada kerajaan prihatin.

Isyarat Bughah Dalam Umno.. Najib Bakal Ditendang Keluar

Gesaan Dr Mahathir kembali isyarat pemberontakan dalam Umno, kata Kit Siang Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang (gambar) menyifatkan cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke Putrajaya merupakan isyarat pemberontakan dalam Umno. 

Bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dalam tulisan blognya menyuarakan cadangan supaya Dr Mahathir kembali ke Putrajaya. 

"Cadangan tersebut bukan saya undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. "Tetapi juga adalah isyarat plot dan konspirasi daripada kuasa tindak balas anti-demokratik dalam Umno dan Barisan Nasional untuk memberontak," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada tulisan Zainuddin dalam blognya.

Ahli Parlimen Gelang Patah berkata gesaan tersebut sememangnya sudah dijangka memandangkan pentadbiran Najib dilihat lemah khususnya dlam menangani isu kalimah Allah selain cadangan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula selepas dimansuhkan oleh Najib pada tahun 2012 lalu. "Zainuddin Maidin hanya menguji untuk melihat sama ada rakyat Malaysia bersedia untuk melihat Mahathir kembali ke Putrajaya," kata Lim lagi.

Namun, Lim menegaskan negara tidak perlukan Dr Mahathir kerana langkah tersebut hanya akan menyebabkan Malaysia lebih lagi ketinggalan dalam mencapai status negara maju. "Malaysia tidak perlukan Mahathir kembali ke Putrajaya atau polisi Mahathir dikembalikan dimana telah menyebabkan berjuta bakat negara yang baik hilang begitu sahaja," tegas Lim lagi.

Penasihat DAP tersebut juga berkata Mahathir harus bertanggungjawab kerana kegagalan menggunanakan sumber manusia dan asli yang dimiliki untuk membangunkan Malaysia hingga mengakibatkan rasuah berleluasa, salah guna kuasa, kronisme dan juga sistem kehakiman negara tercalar. "Kembalikan Mahathir adalah jalan penyelesaian paling buruk untuk negara," ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Dr Mahathir yang mengetuai negara dari 1981 hingga 2003 mencadangkan kepada Putrajaya untuk mengembalikan ISA bagi mengawal kumpulan “minority ekstremis”, yang didakwanya menjejaskan kestabilan negara. "Untuk ekstremis seperti kumpulan itu, kita perlu ISA," kata Dr Mahathir kepada wartawan pada Khamis selepas menjadi tetamu dalam rancangan Hello On Two di RTM2.

Cadangannya itu mendapat sokongan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berharap ISA diperkenalkan semula selepas dimansuhkan, dua tahun lalu.

 "Ya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) mencukupi, tetapi apa salahnya dengan ISA? "Kedua-dua undang-undang itu sesuai untuk sebab berlainan. Sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang, saya mengalu-alukan undang-undang yang boleh membantu saya mengekalkan keselamatan dalam negara dan ketenteraman awam," katanya.

Sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu, terdapat penyokong Dr Mahathir, termasuk veteran Umno dan blogger yang mendesak supaya bekas perdana menteri itu kembali kerana masih ramai ingat kepimpinan Dr Mahathir yang tegas dalam membuat keputusan sehingga memimpin kepada kerajaan lebih kuat.

Menjelang 2014, ketegangan berlaku lagi berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sementara kumpulan Islam bertegas perkataan Allah itu adalah eksklusif untuk Islam. 
Pjblogspot
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena