Showing posts with label boros. Show all posts
Showing posts with label boros. Show all posts

Sunday, 16 November 2014

Najib yang SURPLUS, BOROS, & TIRIS! Cai tahu ker apa itu SURPLUS & DEFISIT?

Isnin, 17 Noember 2014
Photo: Kepala & pinggul yg mana paling mulia yg wajib ditutupi auratnya ???.. Di kepala atau di pinggulnya ???

Adakah si suaminya tidak pernah menasihati & menegurnya si isteri agar keutamaan menutup aurat di kepala lebih utama di sisi Islam berbanding di pinggul ???

HANYA ISLAM WASATIYYAH SAHAJA berbuat sedemikian demi keayuan, nilai kemodenan & kesederhanaan Islam Wasatiyyah terserlah..

TAHNIAH buat pendokong & penyokong UMNO (y)
Kepala & pinggul yg mana paling mulia yg wajib ditutupi auratnya ???.. Di kepala atau di pinggulnya ???

Adakah si suaminya tidak pernah menasihati & menegurnya si isteri agar keutamaan menutup aurat di kepala lebih utama di sisi Islam berbanding di pinggul ???

HANYA ISLAM WASATIYYAH SAHAJA berbuat sedemikian demi keayuan, nilai kemodenan & kesederhanaan Islam Wasatiyyah terserlah..

TAHNIAH buat pendokong & penyokong UMNO 

Photo: MESTI BACA!!!

Bila perempuan berhadapan satu situasi cemas apa perlu dilakukan...

☛☛☛ SITUASI 1☚☚☚
Sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam. 
dia sorang diri, tiba-tiba ada sorang laki tak dikenali nak naik sama. apa nak buat?
☛Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat. 

☛☛☛ SITUASI 2☚☚☚
Ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu sorang je kat rumah. Apa nak buat???
☛Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!

☛☛☛SITUASI 3☚☚☚
Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. apa nak buat?
☛Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!

☛☛☛SITUASI 4☚☚☚
Katakanlah kann.. baru sampai di JB dari KL. waktu tu dah malam. call boypren tak angkat.. famili takde kereta nak amek.. so terpakse ler naik teksi. tengok muka drebar teksi tu semacam jek. teksi lain takde dah. apa nak buat?
☛Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat. 

☛☛☛SITUASI 5☚☚☚
Oklah. dah amek no plate teksi, nama pemandu pun dah catat. buat-buat call famili pun dah. tapi dreba teksi tu buat hal jugak! die tukar direction ke arah lain. nak masuk jalan hutan kot! apa nak buat? ketaq dah ni 
☛Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku. Sekian

p/s : Sebaik-baik perlindungan bagi wanita adalah memakai pakaian yang sopan menutup Aurat dan elakkan diri dari berjalan di kawasan sunyi seorang diri. dan paling penting... DOA setelah anda berusaha!

#Minta_Wanita_Terdekat_Anda_Baca

- Tompo -
Photo: Salah satu sifat yang ada pada Najib yg buatkan Rosmah suka padanya... BOROS & TIRIS !!!

KENAPA Najib Razak tidak pernah langsung mencapai taraf pengurusan kewangan SURPLUS sebagaimana DS Anwar Ibrahim ??? Adakah kerana Rosmah itu lebih ayu & anggun berbanding DS Wan Azizah ???

p/s: Cai tahu ker apa itu SURPLUS & DEFISIT ??? atau tahu liwat & dubur Saiful saja >:o .. Nak komen biarlah molek2 :)
Salah satu sifat yang ada pada Najib yg buatkan Rosmah suka padanya... BOROS & TIRIS !!!

KENAPA Najib Razak tidak pernah langsung mencapai taraf pengurusan kewangan SURPLUS sebagaimana DS Anwar Ibrahim ??? Adakah kerana Rosmah itu lebih ayu & anggun berbanding DS Wan Azizah ???

p/s: Cai tahu ker apa itu SURPLUS & DEFISIT ??? atau tahu liwat & dubur Saiful saja  .. Nak komen biarlah molek2 
Photo: Sepanjang Najib Razak jd PM, SELAMA 5 TAHUN, 'minyak orang miskin RON95' SUDAH 5 KALI KENAIKAN HARGA MINYAK BERTURUT2.. TAK PERNAHNYA TURUN..

YANG PERNAH TURUN hanyalah 'minyak orang kaya RON97' saja.. SIAPA BERBOHONG SEBENARNYA !!!

#suararakyat #TurunkanHargaMinyak
More & LIKE✔ at ☛| Suara Rakyat |☚

Sepanjang Najib Razak jd PM, SELAMA 5 TAHUN, 'minyak orang miskin RON95' SUDAH 5 KALI KENAIKAN HARGA MINYAK BERTURUT2.. TAK PERNAHNYA TURUN..

YANG PERNAH TURUN hanyalah 'minyak orang kaya RON97' saja.. SIAPA BERBOHONG SEBENARNYA !!!

#suararakyat #TurunkanHargaMinyak
More & LIKE✔ at ☛| Suara Rakyat |☚
Photo: Sama-sama kita renungkan...

Cuba bertanya 'mereka' di sekeliling ANDA..
Adakah 'mereka' itu tergolong yang 5 ini ???

p/s: Hati2 ada yang kene terajang >:o

Sama-sama kita renungkan...

Cuba bertanya 'mereka' di sekeliling ANDA..
Adakah 'mereka' itu tergolong yang 5 ini ???

p/s: Hati2 ada yang kene terajang
Read More

Saturday, 18 January 2014

Pemimpin PR menyelar kenyataan Tg Adnan - Lebih bodoh minta rakyat puji kerana kangkung!

Ahad, 19 Januari 2014

Lebih bodoh minta rakyat puji kerana kangkung, kata pemimpin Pakatan

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyelar kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk, Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang mengatakan bodoh kepada pihak yang masih memainkan isu kangkung kerana tidak memahami apa yang sebenarnya mahu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pihak yang memperbodohkan diri sendiri adalah mereka yang menggunakan kangkung untuk mendapat pujian rakyat namun apa yang diterima adalah sebaliknya iaitu ejekan dan cemuhan rakyat , kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dari DAP.

“Tengku Adnan perlu menasihatkan presidennya supaya menggunakan contoh lebih wajar dan tidak memijak perasaan rakyat. Pihak yang memperbodohkan diri sendiri adalah mereka yang menggunakan kangkung untuk mendapat pujian rakyat.

“Pihak yang perlu dinasihatkan bukannya rakyat tetapi perdana menteri sendiri. Kalau bijak beliau tidak akan diejek dan diperlekehkan rakyat. Perumpamaan kangkung mudah difahami rakyat sebab itulah diperlekehkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tengku Adnan semalam berkata, pihak yang terus memainkan isu kangkung sebagai bodoh, tidak mengetahui maksud di sebaliknya dan menjauhi budaya ketimuran.

Katanya, apa yang dimaksudkan Najib adalah kangkung sejenis sayuran yang murah dan boleh ditanam di merata tempat.

"Saya sudah beritahu mereka ini bodoh. Main isu kangkung ini bodoh. Dia tidak tahu konotasi maksudnya kerana kangkung ni jenis sayuran yang murah dan boleh ditanam di merata-rata.

"Apa yang Najib persoalkan adalah mengapa (sayuran) ini pun boleh turun naik (harganya) tetapi mereka ini bodoh tidak ikut (budaya) ketimuran. Ikut cara Barat memburuk-burukkan dan memfitnah," katanya selepas merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul Masyarakat Acheh Malaysia di Kuala Lumpur.

Pua berkata, apa yang mengundang perasaan tidak puas hati rakyat adalah Najib menjadikan kangkung sebagai modal untuk memuji diri sendiri.

Katanya, kerajaan seharusnya melihat dalam kaca mata yang lebih luas seperti kenaikan harga RON95 dan diesel, pemotongan subsidi gula dan kenaikan tarif elektrik.

“Kita tidak salahkan kangkung turun harga tetapi bila sayur itu turun harga, kerajaan nak ambil kredit barang lain seperti minyak dan gula yang naik harga akibat dasar kerajaan. Apa perasaan rakyat? Tentu marah.

“Apa yang menyebabkan rakyat tidak puas hati adalah beliau menggunakan kangkung sebagai contoh memuji kerajaan sendiri. Perdana menteri harus berfikir semula. Jika Umno terus salahkan rakyat, rakyat akan menjadi lebih marah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang dari PKR, berkata bukan rakyat yang mula memainkan isu kangkung sehingga mengundang kemarahan Tengku Adnan sebaliknya perdana menteri sendiri tidak sensitif memahami kesengsaraan rakyat.

Katanya, contoh yang diberikan Najib selaku Menteri Kewangan tidak masuk akal menyebabkan rakyat berasa malu mempunyai pemimpin berfikiran sedemikian.

“Bukan rakyat yang mainkan isu kangkung. Rakyat marah sebab perdana menteri tidak sensitif memahami kesengsaraan hidup rakyat bawahan. Ini yang menjadikan orang marah. Contoh dibawa Barisan Nasional (BN) itu tidak masuk akal menunjukkan sikap yang agak bodoh. Sebab itulah rakyat malu ada pemimpin seperti itu.

“Sekarang ini penyokong BN pula mainkan isu perkauman. Apa kena-mengena mempertahankan maruah Melayu? Mereka yang memerli Najib ada Melayu, Cina dan India. Tiada kena mengena dengan kaum. Mereka malu dengan BN yang buat kenyataan begitu bodoh sekali,” katanya.

Semalam Bernama melaporkan lebih 3,000 peserta menyertai perhimpunan mengecam tindakan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk pada Rabu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata perhimpunan itu bertujuan membantah tindakan menghina Najib dan merupakan amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan menghina Melayu dan agama Islam.

Chua berkata, mereka yang tidak berpendidikan tinggi sekali pun tahu apa yang dikatakan Najib satu jenaka dan tidak perlu dikaitkan dengan pembangkang.

Katanya, apa yang perlu disedari kerajaan adalah harga barangan yang naik sejak kebelakangan ini adalah disebabkan tindakan kerajaan memotong subsidi dan menaikkan cukai.
“Orang yang tidak berpendidikan tinggi pun tahu ini satu perumpamaan jenaka. Itu reaksi besar di kalangan rakyat. Tiada kena-mengena dengan pembangkang pun. Memang tidak sesuai Najib sebagai menteri kewangan menggunakan isu ini.

“Perumpamaan tidak logik menunjukkan beliau tidak faham ekonomi. Harga barang naik sekarang kerana kerajaan memotong subsidi, menaikkan cukai, menaikkan harga minyak dan gula. Mereka yang dorong kenaikan harga sekarang,” katanya.

Sebelum ini, penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan budaya, Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil kerajaan bagi mengambil pendekatan berjimat-cermat seperti tidak lagi mengadakan konvensyen besar di hotel dan mengelak menggunakan perkhidmatan penerbangan kelas perniagaan.

Katanya, pemimpin negara juga disaran menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi bagi meninjau sendiri keadaan rakyat sekali gus boleh memeriksa harga barangan di pasar.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kenyataan Tengku Adnan itu seharusnya dipulangkan kepada Najib selaku orang pertama yang mengungkapkannya.

Katanya, kangkung bukanlah barang yang diminta rakyat untuk diturunkan harganya tetapi barangan penting lain seperti harga minyak, petrol dan tarif elektrik.

“Jika Tengku Adnan berkata menyebut kangkung sebagai bodoh. Orang yang pertama menyebutkannya lagi bodoh kerana rakyat bukan minta yang itu diturunkan. Apa yang dibangkitkan rakyat adalah tahap kebodohan itu.

“Pilihan kangkung itu salah kerana beliau tidak memahami apa yang menjadi jeritan rakyat. Bukan kangkung. Hendak banggakan harga kangkung kenapa? Kita minta turunkan kadar tol, tarif elektrik dan lain-lain. Orang yang berniaga kangkung ni dapat berapa sen sangat?” katanya. – tmi
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena