Sunday 19 January 2014

Sentimen Perkauman: Laporan polis atas tindakan provokasi berbahaya UMNO di Seberang Jaya...

Ahad, 19 Januari 2014
 Tindakan provokasi berbahaya UMNO
Photo: Kenyataan bersama Zairil Khir Johari & Steven Sim Chee Keong

George Town, 19 Januari 2014

Laporan polis atas tindakan provokasi UMNO di Seberang Jaya

Kami telah membuat laporan polis atas provokasi yang berbahaya oleh pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang yang mengetuai demonstrasi di hadapan Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya pada 18 Januari 2014.

Antara provokasi yang dilakukan termasuk membawa sepanduk yang berbaur fitnah dan hasutan seperti “DAP musuh Islam” dan “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi… Mahu lagi kaa?” serta ucapan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama oleh pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang seperti Ahli Parlimen Kepala Batas Dato’ Reezal Merican, Setiausaha UMNO Pulau Pinang Dato’ Musa Sheikh Fadzir, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Rahim serta mantan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Sheikh Hussein Mydin.

Tindak-tanduk mereka merupakan perbuatan yang sungguh tidak bertanggungjawab, berunsur hasutan dan bertujuan untuk mencetuskan ketegangan kaum serta huru-hara dalam kalangan masyarakat berbilang kaum kita.

Pada masa yang sama, kenyataan-kenyataan mengenai DAP yang tertera dalam sepanduk serta ucapan mereka adalah langsung tidak benar dan merupakan dakwaan yang tidak berasas sama sekali.

Gara-gara gagal mentadbir ekonomi, terpaksa bersandiwara

Provokasi kaum dan agama serta ugutan Mei 13 yang sering digunakan oleh UMNO ini adalah gara-gara kegagalan kerajaan UMNO-Barisan Nasional untuk mentadbir ekonomi sehingga rakyat terpaksa mengikat perut menghadapi kenaikan barangan yang mendadak.

Justeru, taktik kekecohan dan perkauman digunakan untuk mengalih perhatian daripada perkara yang lebih genting seperti hal ehwal ekonomi, kepincangan pentadbiran kerajaan dan gejala rasuah. Pun begitu, rakyat pada masa kini tidak mudah diperbodohkan, dan tidak akan termakan dengan sandiwara UMNO.

Pemimpin UMNO bukan maksum

Pada masa yang sama, kami juga menyeru agar UMNO jangan bertindak seolah-olah pemimpin mereka adalah maksum dan umpama firaun yang tidak boleh dikritik. Kegagalan Perdana Menteri dalam mentadbir negara dan kenyataan beliau mengenai isu “kangkung” menunjukkan bahawa beliau langsung tidak memahami kesusahan rakyat.

Dalam sebuah demokrasi, kerajaan yang dipilih rakyat harus bersedia untuk menghadapi kritikan rakyat, khususnya apabila ternyata gagal membela rakyat. Oleh itu, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib serta kuncu-kuncunya dalam UMNO harus berhadapan dengan realiti dan tidak menyalahkan orang lain serta menggunakan taktik fitnah, hasutan dan ugutan perkauman demi mengalih perhatian daripada kegagalan mereka.

Steven Sim Chee Keong

Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Zairil Khir Johari

Ahli Parlimen Bukit Bendera

Kenyataan bersama Zairil Khir Johari & Steven Sim Chee Keong

Saya Benci Harga Barang Naik!

1 comments:

sooo said...

DATUK YIP KUM FOOK (Peguam) kaya kerana menipu dan menipu wang Kuil(SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE) atau harta kuil..ini adalah karma yang sangat buruk dan dia akan menderita dan dia akan masuk neraka apabila dia mati, tiada siapa yang mengasihaninya.

Kami sangat tahu, dia membeli sijil peguam dari institut undang-undang untuk bermain politik(MCA), sebelum menjadi peguam, dia berniaga seperti perabot di Taman Daya, Kepong..dan dia adalah pemandu lori untuk menghantar perabot.

Kini beliau(dia) sangat terkenal di internet kerana ramai yang komen dan post, juga merungut segalanya...ini sangat memalukan dan jelik bagi masyarakat Buddha dan Cina di Malaysia.

Kami harap, dia boleh benar-benar tahu dia silap dan kami harap boleh menutup pejabat peguamnya tidak lama lagi, kerana semua orang tahu tentang dia(anda)

Oleh Uncle Chong, Taman Ehsan…Kepong

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena