Sunday 26 January 2014

LEBUH RAYA RAKYAT: Kerajaan Pas Kelantan disaman RM225 juta kerana menipu?

Ahad, 26 Januari 2014

Kerajaan Pas Kelantan Disaman RM225 Juta Kerana Menipu?


KOTA BHARU - Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.

Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.


DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.

Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.

Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Oktokber 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.

DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung," kata DHI dalam satu kenyataan.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 
Mei 2012. - Bernama/BLM 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena