Thursday 16 January 2014

Pilihan Anak Muda...Sungai Kangkung... Najib malukan negara di seantero dunia...

Jumaat, 17 Januari 2014

 Pilihan Anak Muda

Kita Bantai Dot Info shared Che'Gu Bard Pilihan Anak Muda'sphoto.



    Kangkung: Najib malukan negara di seantero dunia 
    “Kangkung di tepi paya…”

    Segala puji-pujian bagi kerajaan Umno-BN di bawah kepimpinan Najib Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tersohor sekian alam.

    Walaupun satu dunia sudah heboh memperkatakan perihal kenyataan terdangkal alaf ini dari seorang yang bertaraf ketua kerajaan dan memiliki pula, katanya, ijazah ekonomi perindustrian serta mendakwa membaca ribuan buku, namun rasanya belum terlambat untuk saya turut menumpang semangkuk.

    Saya telahpun menulis perihal ini dalam akhbar bercetak Harakah keluaran akan datang tetapi dari perspektif berbeza dan merujuk komoditi dalam kenyataan Najib sebagai ‘ikan’.

    Saya akui tidak begitu mendengar atau lebih tepat lagi mengambil endah apa yang dikatakan oleh Najib sebagaimana disiarkan Buletin Utama TV3 malam itu. Ini kerana sejak sekian lama, malah sejak beliau mengetuai Pemuda Umno atau lama sebelum itu lagi, saya tidak pernah mengambil apa yang dikatakan oleh beliau secara serius. Bagi saya, kata-kata Najib ibarat gendang kosong – bunyi kuat, isi tiada.

    Secara kebetulan sahaja hidangan maka tengahari saya hari ini adalah kangkung belacan dan ikan selar kecil masak asam pedas. Nak beli asparagus atau ikan tenggiri, itu bukan standard saya dan standard kebanyakan rakyat Malaysia. Kalau pemimpin Umno mungkinlah, tetapi kalau orang Umno yang bekerja biasa-biasa, rasanya sama sahaja.

    Memanglah dua tiga hari ini satu dunia sibuk bercakap pasal kangkung, termasuk oleh akhbar arus perdana antarabangsa. Seorang perpustakawan, merupakan kenalan lama saya dari Ontario, Kanada menulis emel dan bertanya ‘What is happening to the Malaysian PM? Is he sure he is okay?” Saya hanya menjawab email tersebut dengan akronim popular ‘LOL’.

    'LOL' (ketawa kuat) kini bersifat universal dan saya yakin dia faham dan tidak mentafsirkannya sebagai ‘tolol’.

    Sambil menulis artikel ini saya makan nasi dengan kangkung belacan. Memang pedas...

    Pepatah Melayu ada menyebut, "kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga" – maknanya, kalau ilmu ekonomi tak sebanyak mana janganlah nak berlagak pandai jadi Menteri Kewangan.

    Akhirnya dari wacana Blue Ocean Strategy yang diagung-agungkan, macamlah ia idea asal Najib, terus turun martabat menjadi kangkung yang akarnya terendam dalam parit.

    Tidak dapat dinafikan kenyataan Najib cukup mengaibkan rakyat Malaysia. Dunia secara tidak langsung mempersoalkan, "Inikah standard mentaliti Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia?"

    Sebagai rakyat Malaysia kita tentu turut merasa malu yang amat sangat.

    Najib sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan awam. Berasaskan pengalaman lama dalam kerajaan dia sepatutnya tahu kenyataan awam bukan macam cakap di warung tak berlesen tepi jalan. Jika tidak dapat membuktikan kepandaian sekalipun janganlah sampai pengalaman yang ada pun tak dapat dimanfaatkan. Jangan jadikan standard rakyat Malaysia standard warung sahaja.

    Soal kenyataan Najib merendahkan martabat rakyat Malaysia sehingga macam kangkung, atau soal rakyat Malaysia tidak boleh dikangkungkan adalah soal lain. Apa yang penting dalam situasi apa sekalipun, kita tidak mahu seorang Perdana Menteri Kangkung mengetuai negara kita.

    Rasanya sudah sampai waktu dan ketikanya Najib berundur atau diundurkan oleh partinya. Jika tidak, siapa tahu apa lagi lawak jenaka dan kepakpandiran yang bakal keluar dari mulut beliau. - SHIRZAD LIFEBOAT

    sumber [HD]
    Photo: Mohon bantuan derma !!! Jom share.

    0 comments:

    Post a Comment

    Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
    SILA LAYARI
    Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
    PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    Popular Posts

    © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena