Thursday 16 January 2014

MISSING: Pelajar 1st year FSS hilang 4 hari Siti Najwa ditemui mati di tasik UNIMAS...

Jumaat, 17 Januari 2014

Punca Siti Najwa Atikah mati di Tasik UNIMAS - Penempuan mayat Siti Najwa Atikah di dalam sungai berdekatan sebuah kolej kediaman UNIMAS pada petang Rabu menimbulkan persoalan orang ramai tentang punca kematiannya.

Jika semalam, pihak polis mengesahkan kematian Siti Najwa Atikah dipercayai ada kaitan dengan kes bunuh, lain pula kenyataan mereka hari ini yang mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.

Meskipun diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang punca kematian pelajar jurusan sains sosial itu sehingga mendapat keputusan penuh bedah siasat dari hospital.

Admin ucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga terus tabah dengan dugaan berat yang terpaksa dilalui mereka.

Sumber

Best regards,
ANa Ahmad

4 Hari Hilang Pelajar UNIMAS Ditemui Mati Terapung Dalam Parit!!


KOTA SAMARAHAN 14 Jan. - Tanda tanya mengenai kehilangan seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sejak 11 hari lalu, akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui terapung dalam parit di kawasan universiti berkenaan di sini hari ini.

Mayat, Siti Najwa Atikah Azhar, 19, pelajar semester pertama dari Fakulti Sains Sosial ditemui terapung oleh penduduk kampung yang terlibat dalam operasi mencari mangsa pada pukul 6 petang ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Lee Chong Chern berkata, mangsa yang berasal dari Pulau Pinang dilaporkan hilang sejak 4 Januari lalu.

Beliau berkata, laporan kehilangan mangsa bagaimanapun hanya dibuat oleh pihak universiti pada 5 Januari lalu selepas mangsa didapati tidak hadir menduduki peperiksaan.

"Selain pihak universiti, ibu mangsa turut membuat satu laporan polis di Pulau Pinang kelmarin selepas anaknya tidak pulang ke rumah pada cuti semester. Wanita itu datang ke Kuching semalam untuk menyertai operasi mencari mangsa, " katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Chong Chern, semasa ditemui, mayat mangsa dalam keadaan sudah reput tetapi lengkap berpakaian.

Ujar beliau, pihaknya juga belum dapat mengenal pasti sama ada kematian mangsa mempunyai unsur jenayah atau kemalangan sehinggalah laporan bedah siasat diperoleh.

Ketika mangsa dilaporkan hilang berlaku hujan lebat dan paras air dalam parit tersebut adalah tinggi.

Sementara itu, rakan serumah mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Farah ketika dihubungi memberitahu, dia menyedari kehilangan Siti Najwa Atikah apabila rakannya itu tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu.

Katanya, dia ada bertanya kepada beberapa rakan serumahnya yang lain mengenai mangsa tetapi mereka juga tidak tahu ke mana Siti Najwa Atikah menghilangkan diri.

Tambah Farah, dia mengenali mangsa sejak pertengahan tahun lalu ketika sama-sama mendiami rumah yang mempunyai lima bilik di kolej tersebut.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140115/je_03/Pelajar-Unimas-ditemui-mati-terapung-dalam-parit#ixzz2qUSU06YV 

Pemuda PAS ucap takziah, tingkat keselamatan pelajar

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sarawak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Siti Najwa Atikah Azhar, pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang dari kampus universiti itu.

"Kami turut sama-sama berdoa agar roh beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan mengharapkan keluarga Siti Najwa bersabar dengan dugaan yang menimpa ini," ujar ketuanya, M Arifiriazul Paijo (gambar) dalam satu kenyataan.

Kes itu merupakan kejadian kedua melibatkan pelajar IPT di Sarawak, justeru Pemuda PAS negeri mengharapkan agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menjalankan siasatan menyeluruh bagi yang melibatkan pelajar IPT itu agar pembelaan sewajarnya dapat dilakukan.

Katanya, oleh kerana dalam kes pembunuhan pertama pelajar IPT di Miri beberapa minggu lepas, masih belum ada tangkapan dilakukan oleh pihak PDRM, diharapkan siasatan dapat diselesaikan dengan segara kerana ia juga melibatkan keselamatan penduduk setempat.
 "Pemuda PAS Sarawak menyarankan kepada IPT-IPT yang beroperasi di Sarawak dapat meningkatkan langkah-langkah keselamatan bagi menjaga keselamatan penuntut-penuntut di IPT masing-masing," ujarnya.

Beliau berkata, antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah pemantuan terhadap kediaman-kediaman penuntut terutama yang berada di kolej kediaman universiti dan kediaman luar yang berdekatan dengan universiti.

Tambahnya, rondaan-rondaan oleh pihak keselamatan universiti dengan kerjasama PDRM perlu dikerapkan agar para penuntut di IPT akan berasa lebih selamat bukan sahaja daripada gangguan luar malah daripada anasir-anasir tidak sihat masuk ke dalam kampus.


     

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena