Wednesday, 29 January 2014

PRK untuk tukar MB Selangor ...Usah bising 1997 UMNO pernah buat!

Rabu, 29 Januari 2014
Tiga Bekas Menteri Besar Selangor...

PRK untuk tukar MB Selangor pernah dibuat BN tahun 1997...Apa nak kesah!

Mengadakan pilihan raya kecil untuk menggantikan khidmat menteri besar telah dilakukan sebelum ini di Selangor.Ia telah ditetapkan pada tahun 1997 apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk (kini Tan Sri) Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memilih beliau selepas Muhammad terpaksa meletak jawatan berikutan dua pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.

Abu Hassan, yang menjadi timbalan ketua perhubungan Umno Selangor, meletak jawatannya dari Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding kerusi DUN Permatang, melalui pertukaran secara langsung dengan kerusi yang disandang Datuk Jamaluddin Adnan.



Permatang adalah dalam kawasan Parlimen Kuala Selangor. 

Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi, Permatang dan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya kecil yang diadakan pada 29 Mei 2007.

Abu Hassan kemudiannya mengangkat sumpah pada 6 Jun 1997.

Beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada tahun 2000 atas sebab-sebab kesihatan dan keluarga.

Peletakan jawatan beliau berlaku selepas cakap-cakap mengenai skandal yang didakwa melibatkan saudaranya.

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang, ia akan menjadi kali kedua pilihan raya kecil diadakan untuk beliau memegang jawatan dalam parti.

Isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 dan pilihan raya kecil telah diadakan pada 26 Ogos.

Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang pada masa itu.

Anwar menang dan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 28 Ogos dan mengambil alih kedudukan Ketua Pembangkang.
Posted by Kedah Lanie

2 comments:

mryap said...

JH Yip Management Sdn Bhd
Suite 3.43, Kompleks Desa, Jalan Kepong,, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, 51200 Phone:03-6274 5352

Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK

sooo said...

DATUK YIP KUM FOOK (Peguam) kaya kerana menipu dan menipu wang Kuil(SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE) atau harta kuil..ini adalah karma yang sangat buruk dan dia akan menderita dan dia akan masuk neraka apabila dia mati, tiada siapa yang mengasihaninya.

Kami sangat tahu, dia membeli sijil peguam dari institut undang-undang untuk bermain politik(MCA), sebelum menjadi peguam, dia berniaga seperti perabot di Taman Daya, Kepong..dan dia adalah pemandu lori untuk menghantar perabot.

Kini beliau(dia) sangat terkenal di internet kerana ramai yang komen dan post, juga merungut segalanya...ini sangat memalukan dan jelik bagi masyarakat Buddha dan Cina di Malaysia.

Kami harap, dia boleh benar-benar tahu dia silap dan kami harap boleh menutup pejabat peguamnya tidak lama lagi, kerana semua orang tahu tentang dia(anda)

Oleh Uncle Chong, Taman Ehsan…Kepong

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena