Ahli Umno Bahagian Pasir Salak berdemonstrasi di PWTC
Petang tadi The Malaysian Insider melaporkan... Ratusan ahli Umno Bahagian Pasir Salak berdemonstrasi di hadapan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mempertahankan isu kalimah Allah.
Menurut Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Salak, Ramli Yusuf berkata mereka akan turut menghantar memorandum sebagai memberi sokongan penuh kepada perdana menteri dalam mempertahankan kalimah Allah daripada terus dipermainkan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain melaungkan slogan "Hidup Umno", "Selamat Melayu", "Selamatkan Islam dan Allah", peserta demonstrasi itu turut menjulang sepanduk yang tertera perkataan "Save Kalimah Allah untuk Umat Islam", "Hapuskan Petualang Negara " juga " Kembalikan ISA", "Kalimah Allah khusus Untuk Agama Islam Bukan Trinity Seperti Tuhan Agama Lain" dan "Melayu Jangan Tak Faham Sejarah".
Memorandum itu dikatakan bakal diserahkan oleh Ketua Umno Bahagian Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno...
Memorandum itu dikatakan bakal diserahkan oleh Ketua Umno Bahagian Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno...
Ini pula ulasan Tun Mahathir pasal demo...
Budaya demonstrasi jalanan yang semakin diangkat golongan tertentu untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka adalah suatu tindakan yang mencabul hak masyarakat majoriti.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini kerana senario semasa menampakkan bahawa tindakan itu hanya membawa suara kumpulan minoriti atau individu tertentu sahaja sehingga menjejaskan kumpulan majoriti, menyebabkan mereka menerima pelbagai tempias negatif.
"Umpamanya bila berlaku demonstrasi, ini mengganggu perniagaan orang lain, ini bermakna kita telah menghapuskan hak orang lain, ini tidak harus dilakukan," katanya pemberita selepas melancarkan Forum Kebangsaan dan Buku "Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam" di Pusat Islam di Kuala Lumpur.
Dr Mahathir turut memberi contoh demonstrasi rakyat di Bangkok, Thailand, yang semakin meruncing sehingga pusat perniagaan lumpuh dan menjejaskan mata pencarian rakyat terutama golongan peniaga.
Beliau turut menegaskan pelaksanaan hak asasi perlu mempunyai keseimbangan kerana keutamaan kepada hak individu dan kumpulan minoriti semata-mata akan memusnahkan keamanan negara.
Dr Mahathir juga menyeru semua pihak agar tidak berpegang kepada fahaman barat yang mementingkan kebebasan dan hak individu serta kumpulan minoriti semata-mata kerana konsep kebebasan ada batasannya.
"Hakikatnya kebebasan mempunyai batasan kerana kepentingan majoriti juga harus dijaga tanpa menekankan keperluan minoriti," katanya. – Bernama
.. Dia kata kat Ahli UMNO yang demo depan PWTC tu ke?
Posted by Anak Sungai Derhaka
Kalau setakat pertahan kalimah aje apa ke he yop oi
ramai tapi macam buih...
Comments (11)
Kuningan· 10 hours ago
Oh takootnya! Apakah mereka tentera panji hitam dari keturunan bani tamin yg dtg dari arah timur utk menyambut kemunculan Imam Mahadi? Tapi lilit kepala warna putih, bukan hitam. Nak tumpang tanya bang, Kalimah Allah sahaja yg kamu pertahankan??? Bagaimana dgn suruhanNya?? Kalau kamu boleh hafal 20 sifat Allah & 99 nama Allah.... Aku ikut kamu.
Rasulullah s.a.w. berpesan "Diakhir zaman nanti, umat manusia menyebut nama Allah mcm sebut nama benda, tumbuhan atau haiwan. Tak ada rasa takut, gerun atau insaf".
Rasulullah s.a.w. berpesan "Diakhir zaman nanti, umat manusia menyebut nama Allah mcm sebut nama benda, tumbuhan atau haiwan. Tak ada rasa takut, gerun atau insaf".
zack· 10 hours ago
"Selamat Islam dan Allah"
Allah perlu ke kita selamatkan? orang surah sembah Zat Yang Maha Berkuasa bukannya perkataan/kalimah Allah tu..
Makain Pelik dengan geng2 jahilni!!!
Allah perlu ke kita selamatkan? orang surah sembah Zat Yang Maha Berkuasa bukannya perkataan/kalimah Allah tu..
Makain Pelik dengan geng2 jahilni!!!
no2ajal· 10 hours ago
2:204. Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penantang yang paling keras.
kalau bagi kertas dengan pensil dan getah pemadam suruh depa tulih kalimah Allah macam mana agaknya. orang Islam pertahan ,amal ajaran Islam n perintah Allah baru betoi. kalau setakat pertahan kalimah aje apa ke he yop oi
ramai tapi macam buih

0 comments:
Post a Comment