Friday 31 January 2014

Anwar boleh hadir Persidangan Raja-Raja Melayu...

Sabtu, 1 Februari 2014

 belantan.blogspot.com 

Sebagai MB Selangor Anwar Boleh Hadir Persidangan Raja raja Melayu:Rafizi

Menurut Rafizi, "Walaupun kita hormat Tan Sri Khalid (menteri besar Selangor) dan kita hormat kebolehannya mentadbir tapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa Tan Sri Khalid bukan seorang ahli politik yang berkemahiran dan berpengalaman untuk berhadapan politik perkauman dan agama Umno ini," katanya.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan pengumuman untuk meletakkan Anwar bertanding dilakukan dengan persetujuan penuh Pakatan Rakyat walaupun pada mulanya ia mengejutkan beberapa pimpinan kanan kerajaan, bekas menteri besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. 


Jelasnya, rundingan untuk menyokong langkah itu dibuat secara rahsia dan pada masa sama, PKR juga "tidak menguruskan" bagaimana kerahsiaan itu dikomunikasikan sesama pimpinan parti masing-masing.

"Cantiknya langkah taktikal ini adalah kerana ia 'mengejutkan' dan ya, ia mengejutkan ramai orang kerana cara persetujuan itu diolah," katanya. 


Menurut Rafizi, persetujuan PAS diperolehi pada 24 Januari menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali sementara persetujuan DAP pula diperolehi pada hari Isnin, 27 Januari sebelum pengumuman itu dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim pada 29 Januari.

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang turut menjadi ahli panel, menyokong sepenuhnya langkah itu yang akan membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.

Menurutnya, Anwar akan boleh turut serta dalam persidangan Raja-Raja Melayu selaku menteri besar Selangor dan bercakap mewakili 52 peratus pengundi yang memilih Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Kalau Lim Guan Eng yang bercakap tentang kalimah Allah dan Tanah Melayu, siapa sahaja yang akan ambil peduli.

"Tetapi kalau Anwar Ibrahim yang bercakap tentangnya, ia strategi yang berbeza sama sekali," katanya. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena