Monday 27 January 2014

Khalid "tidak terkejut"...Tukar MB Selangor!

Isnin, 27 Januari 2014

Khalid: Tukar MB mesti muafakat bersama

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pelantikan menteri besar di negeri itu perlu mendapat konsensus daripada tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat seterusnya mendapat perkenan sultan.

"Tak ada. Proses pelantikan MB perlu mendapat konsensus ketiga-tiga parti (dalam Pakatan Rakyat). Calon menteri besar dipilih dan dipersetujui ketiga-tiga parti.

"Mereka juga akan memberitahu kepada Tuanku Sultan dan perkenan Sultan. Jadi banyak tatacaranya," katanya bagi menjawab soalan pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditanya sama ada peletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh sebagai usaha menyingkirkan beliau sebagai menteri besar.

Ditanya sama ada ura-ura Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar bertanding di DUN Kajang dalam pilihan raya kecil dan menggantikan beliau, Khalid berkata:

"Kita belum ada perbincangan lagi (mengenainya). Perkara itu akan ditentukan oleh biro politik (PKR)," katanya sambil menjelaskan bahawa beliau "tidak terkejut" dengan usaha menggantikannya kerana sebelum ini ada "ura-ura" mengenainya.

Ditanya sama ada beliau bersetuju untuk melepaskan jawatan sekiranya PAS dan DAP bersetuju beliau berbuat demikian, Khalid berkata:

"Ia boleh dilakukan dengan ketiga-tiga parti duduk bersama. Kena ada perbincangan. Tapi sekarang tidak ada lagi". (MK)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena