Thursday 23 January 2014

Video Ketua Penolong Pengawai Daerah Dipukul Samseng Depan Polis ...

Jumaat, 24 Jamuari 2014
Ahli pertubuhan seperti PERKASA dan UMNO berada di kawasan kejadian

Published on Jan 23, 2014
George Town, 22 Jan 2014 ~ Dalam kejadian jam 10.15, seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera ringan di kepala dan leher dipercayai terkena tumbukan apabila lebih 80 penduduk dan pemilik gerai menghalang anggota penguatkuasa memasuki kawasan itu untuk merobohkan gerai penjaja di sepanjang kiri dan kanan bahu jalan berkenaan.

Pada hari kejadian, Abu Hassan serta anggotanya menjalankan tugas penguatkuasaan ke atas 14 buah struktur kosong berupa gerai haram yang sedang dibina serta yang baru dibina.

Mangsa diserang sampai bajunya terkoyak di depan kira-kira 35 anggota polis.

Ekoran insiden itu satu sidang media telah diadakan, Mohd. Rashid berkata, pihak tertentu cuba menggambarkan bahawa Kerajaan Negeri hanya merobohkan gerai Melayu sahaja.

Walhal, jelas beliau, aduan berwajib yang diterima PBT sebenarnya daripada orang tempatan Melayu sendiri.

"Kerajaan Negeri tidak akan tunduk kepada kumpulan jenayah jahat ini, tetapi juga akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab rasmi kerajaan kami untuk memelihara serta menjamin keselamatan dan ketenteraman awam," ujar Mohd. Rashid.

"Kerajaan Negeri menghargai jaminan Ketua Polis Negara, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam mesyuarat pagi ini bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang memukul Encik Abu Hassan (Abu Hassan)," ujar Mohd.Rashid.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri meminta tindakan diambil di bawah Seksyen 186 dan 332 Kanun Keseksaan ke atas individu terbabit.

Take Note !!! : Siapa lagi akan selamat kalau seorang pegawai kanan boleh dipukul secara terbuka di depan anggota polis... Ini tak pernah berlaku di Malaysia.... Dan semua pihak diminta supaya tidak terperangkap oleh tindakan agresif kumpulan itu yang cuba memainkan isu perkauman dengan mengadakan tindakan provokasi lain pula seperti mereka...

Pegawai Kanan Kerajaan Dipukul Samseng Depan Polis

Guan Eng kecam kes pukul pegawai kerajaan, mesyuarat tergempar esok

GEORGE TOWN, 23 JANUARI: Satu mesyuarat tergempar membabitkan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) mengenai insiden Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Abu Hassan Omar dipukul individu tertentu di Teluk Bahang, dua hari lalu akan diadakan di Pejabat Ketua Menteri kira-kira jam 3.00 petang esok.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, insiden seorang pegawai kanan dipukul secfara terbuka di depan anggota polis tidak pernah berlaku di Malaysia.

Setiausaha Agung DAP itu berkata demikian pada sidang media di KOMTAR, tengahari tadim yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Prof P Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) dan Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan).

Justeru itu, Guan Eng menasihatkan semua pihak supaya tidak terperangkap dengan tindakan agresif kumpulan berkenaan.

“Jangan terperangkap dengan jerat mereka yang mengadakan tindakan provokasi lain pula seperti mereka,” ujarnya.

Sebelum itu, Mohd Rashid berkata, kerajaan negeri mengecam tindakan ganas sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab di mana ahli pertubuhan seperti PERKASA dan UMNO berada di kawasan kejadian.

Kecaman itu turut dipanjangkan pada Majlis Perundingan dan Keselamatan Negeri yang membabitkan semua ketua pasukan keselamatan, pegawai daerah serta pihak berkuasa tempatan (PBT) pagi tadi.

“Kerajaan negeri menghargai jaminan Ketua Polis Negeri, Senior Deputi Komisioner Datuk Abdul Rahim Hanafi pada mesyuarat pagi ini bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang memukul Abu Hassan,” ujar Mohd Rashid.

Menurut beliau, kerajaan negeri meminta tindakan diambil mengikut Seksyen 186 dan 332 Kanun Keseksaan ke atas individu terbabit.

Pada hari kejadian, Abu Hassan serta anggotanya menjalankan tugas penguatkuasaan terhadap 14 struktur gerai haram yang sedang dibina dan yang baru dibina.

Mangsa diserang sampai bajunya terkoyak di depan kira-kira 35 anggota polis.

Berikutan insiden itu, Mohd Rashid berkata, pihak tertentu cuba menggambarkan bahawa kerajaan negeri hanya merobohkan gerai Melayu. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena