Tuesday 28 January 2014

KJ - 'Cikgu Lembu'...Sedapnya mulut!!! Membisu terhadap kes guru yang tumbuk timbalan menteri....

Selasa, 28 Januari 2014

Posted by Anak Sungai Derhaka 

GAMBAR TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN P. KAMALANATHAN YANG KENA TUMBUK OLEH ORANG KUAT PEMUDA UMNO HULU SELANGOR MENERIMA RAWATAN TERSEBAR LUAS DAN LIGAT DI ALAM SIBER.



Inilah dikatakan rakaman gambar Timbalan Menteri Pendidikan II merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan yang kena tumbuk oleh seorang kuat Pemuda UMNO Hulu Selangor semalam gara-gara tidak berpuashati kegagalan beliau menunaikan janji untuk menukar saudara sipenumbuk seorang guru yang mengajar di sekolah Johor berpindah kesekolah di Hulu Selangor sedang menerima rawatan dan pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Kubu Baru.

Laporan polis telah pun dibuat di Balai Polis Bukit Beruntung dan siasatan sedang dijalankan dibawah Sek 323 Kanun Keseksaan.


Posted by 
Khairy Double Standard - "Cikgu Lembu" Disuruh Pecat, Cikgu Tumbuk Menteri Takda Apa-apa!
K

KUALA LUMPUR: ‘Cikgu Lembu’ patut dibuang dari perkhidmatan, bukan dipindah sahaja. 

Itulah pandangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang mengecam tindakan ‘ringan’ yang dikenakan ke atas seorang guru sekolah rendah di Sungkai, Perak, yang mendenda dua muridnya dengan mengepinkan loceng pada baju mereka dan menyuruh mereka memakan rumput. 

Khairy berkata demikian di laman Twitternya, semasa mengemukakan komen tentang guru yang dilaporkan ditukar ke sekolah lain dan akan diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

Khairy juga memberitahu Sinar Harian Online bahawa beliau menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap tenaga pengajar tersebut.

Menurutnya, tindakan menukar tempat perkhidmatan guru itu tidak mencukupi sebaliknya perlu dibuang daripada perkhidmatan tersebut mengikut tatacara yang terdapat dalam suruhanjaya itu.

"Saya minta SPP mengambil tindakan tegas terhadap guru itu, bukan hanya dengan pindahkan guru tersebut, ia tak cukup, sebab ramai orang di luar sana marah dengan tindakan guru itu.

"SPP perlu menggunakan tatacara yang ada termasuk membuang guru tersebut daripada perkhidmatannya," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata hasil siasatan oleh Jabatan Pendidikan Perak mendapati tindakan guru berkenaan memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.

"Hal ini kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khair berkata isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi bimbingan berterusan.

Dalam insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng itu, guru Bahasa Inggeris itu mendenda dua murid tahun empat selepas mereka gagal menyiapkan kerja sekolah.

Tindakan guru lelaki berusia 26 tahun itu menyebabkan ibu kedua-dua murid tersebut membuat laporan di Balai Polis Sungkai, semalam.

Isu itu juga mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga menyaksikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Perak memberi kaunseling kepada murid terbabit bagi mengembalikan semula semangat mereka untuk ke sekolah esok. -astroawani 


Guru minta maaf, kes selesai


Sungkai: Polis menganggap kes hukuman tidak masuk akal terhadap dua murid tahun empat sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina, di sini, yang leher mereka digantung loceng dan diberi makan rumput ketika sesi persekolahan pagi Khamis lalu, selesai selepas semua pihak terbabit berbincang.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu bapa mengenai kes itu sehari selepas kejadian dan siasatan dijalankan sejurus laporan diterima.

“Dalam laporan yang kami terima, ibu seorang murid berkenaan, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, mendakwa anak lelakinya berusia 10 tahun bersama seorang rakan sekelasnya didenda dengan dipakaikan loceng di leher oleh seorang guru Bahasa Inggeris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Ibu murid terbabit turut mendakwa, kedua-dua murid itu juga diberi rumput sambil guru berkenaan mengatakan ‘lembu tak buat kerja rumah mesti kena makan rumput’ dan merakam gambar mereka untuk dimuatnaik ke Facebook,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, hasil laporan diterima di Balai Polis Sungkai itu, ketua balai memanggil semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu, termasuk kedua-dua murid itu.

“Perjumpaan itu turut dihadiri guru besar dan dua wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang, Tapah. Dalam perbincangan itu, guru berkenaan mengaku mengenakan hukuman menggantung loceng di leher, tapi tidak memberi kedua-dua murid itu makan rumput.

“Guru itu mengaku memberi hukuman berkenaan kerana tidak menyiapkan kerja sekolah selama dua minggu, sedangkan murid terbabit berpotensi dalam subjek berkenaan dan dia memohon maaf,” katanya.

Som Sak berkata, ibu bapa dan sekolah kemudian bersetuju menyelesaikan kes itu secara baik serta menyerahkan tindakan lanjut terhadap guru itu kepada PPD.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri Perak Muhamad Roli Hassan ketika dihubungi pula berkata, siasatan mengenai kes itu dijalankan PPD Batang Padang untuk mengambil tindakan sewajarnya, termasuk tindakan tatatertib.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan yang juga Ahli Parlimen di kawasan kejadian berkata, hukuman dikenakan terhadap murid itu adalah tidak wajar.

Menurutnya, semua guru tanpa mengira jenis sekolah perlu lebih berhati-hati ketika mengajar dan mengenakan hukuman terhadap murid.

“Apabila menghukum, guru mesti melihat pantang larang dan sensitiviti masyarakat serta tidak boleh menghukum dengan cara yang akan dilihat sebagai memalukan,” katanya.



Guru mohon maaf secara terbuka kepada Kamalanathan


Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Muhammad Rizuan Suhaimi, yang didakwa menumbuk leher Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan dua minggu lepas, hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Parlimen Hulu Selangor itu.

Beliau dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini juga melahirkan rasa terharu dan terhutang budi kepada Kamalanathan, yang dilaporkan semalam sanggup memaafkannya.

Muhammad Rizuan yang bertugas sebagai guru berkata tindakan Kamalanathan itu membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar dan sanggup mengetepikan soal peribadi untuk keharmonian masyarakat di kawasan yang diwakilinya.

"Kemaafan beliau itu sesungguhnya memberikan nafas baharu kepada saya dan keluarga atas ketelanjuran perbuatan saya terhadap beliau.

“Saya dengan penuh penyesalan dan rendah diri ingin memohon maaf secara terbuka kepada Yang Berhormat P. Kamalanathan," katanya.

Kamalanathan dalam kenyataannya semalam berkata perbuatan Muhammad Rizuan itu merupakan isu peribadi dan satu tindakan emosi yang tidak disengajakan dalam kejadian yang berlaku di pejabat wakil rakyat itu pada 12 Januari lepas.

Muhammad Rizuan dikatakan kecewa dengan timbalan menteri itu yang tidak membantu isterinya yang mengajar di sebuah sekolah di Batu Pahat supaya ditukarkan ke Selangor. – Bernama,


ULASAN GB

Kedua-dua kes guru di atas adalah kes berat. Yang satu denda murid macam lembu disuruh makan rumput, yang kedua tumbuk timbalan menteri sampai dimasukkan ke hospital.

Kedua-dua guru dah meminta maaf kepada pihak yang terlibat.

Yang satu ditukarkan yang satu lagi tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Khairy Jamaluddin pula minta guru yang ditukarkan itu dibuang terus dari perkhidmatan, tetapi membiisu terhadap kes guru yang tumbuk timbalan menteri. Apakah kerana guru yang tumbuk timbalan menteri itu seorang penolong setiausaha Pemuda Umno bahagian menyebabkan Khairy tidak mahu mencadangkan tindakan yang serupa ke atasnya?

Nampaknya beginilah caranya bagaimana UMNO BN memerintah. "Penjenayah" yang terdiri dari kalangan mereka boleh di "kawtim" dan dilepaskan, kalau bukan orang mereka, kalau boleh akan dihenyak kasi mati.

Posted By Greenboc

1 comments:

eddeved said...

seriously man, kau tak tau apa aku rasa sekarang nih! aku bekas cikgu...kena buang kerja dengan SPP tanpa ada sebab atau kes pun! aku tak tumbuk menteri, aku tak belasah murid...malangnya SPP mengadap kepada satu orang TYT Sarawak yang mengarahkan aku dibuang kerja...TYT Sarawak boleh ke arah SPP buang kerja aku? Alasan dia mudah aje, TYT Sarawak nih kata aku gila, bagi dokumen lebih kurang...fitnah aku dengan laporan polis sampai TYT tu boleh dapatkan dokumen sulit (rakaman percakapan) polis beri kat SPP...dan TYT tu ialah bapak mertua aku ha ha ha ha!! bagus SPP nih kan??? bagus sangat!!!

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena