Wednesday 23 January 2019

[Video Najib Menaruh HARAPAN & Sekadar Di Pinggiran] 'Kesian BOSSKU' Najib meluah rasa sedihnya dibuang oleh rakyat 9 MEI 2018! Ini sebab mengapa PAS tak berhenti fitnah DAP.

Khamis, 24 Januari 2019

Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
Kesian bossku.
Najib Razak meluah rasa sedihnya dibuang oleh rakyat 9 MEI 2018 daripada Putrajaya. 
Dia masih tidak move on Bossku sebab kalah PRU-14. 
Jadi dia terpaksa buat come back sebagai artis Malaysia dengan single lagu terbaru yang bertajuk,

AKU DIBUANG ISTERI, AKU DIBUANG RAKYAT.
Kepada Najib Razak,
Kau memang penghibur sombor satu Malaysia bossku.
Bahagia hidup kami sejak kau jadi artis paling lawak.
Hahhahahahha!
Hati² membaca posting caifitnah.
Foto Otai BERSIH.
Apabila sudah kalah dan terbangsat maka cara pembangkang ialah membuat sebanyak mungkin fitnah untuk rakyat menjadi lebih gusar.

Ini sebab mengapa PAS tak berhenti fitnah DAP

Hanya kerana enggan menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), DAP telah dituduh sebagai kononnya menentang agama Islam dan orang Melayu.
Hadi berdendam terhadap DAP sehingga sanggup mendekati UMNO, yang terpalit dengan pelbagai skandal dan tuduhan di mahkamah serta ditentang habisan-habisan oleh PAS sebelum ini, khususnya penyokong akar umbinya.
“Oleh kerana DAP enggan menyokong Hadi sebagai calon Perdana Menteri, DAP dituduh dengan pelbagai tohmahan antaranya anti-Melayu dan anti-Islam,” kata veteran DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan.
“Hadi mungkin lupa sewaktu zaman kegemilangan Pakatan Rakyat, beliau berkata adalah haram untuk memberi undi kepada UMNO dan oleh itu menjadi tugas setiap ahli dan penyokong PAS untuk mengundi DAP.”
Jelas Kit Siang, Hadi menerusi kepimpinan PAS ada menemui beliau untuk membincangkan semula berkenaan soal calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU13 atas sebab menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sesuai untuk jawatan itu.
“Pemimpin PAS agak licik apabila tidak secara langsung mencadangkan Hadi supaya menjadi calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat, sebaliknya mencadangkan veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.
“Apabila pemimpin DAP menentang dan bertegas bahawa Anwar harus menjadi calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat dan kami tidak mencalonkan Hadi sebagai calon Perdana Menteri, pemimpin PAS berhenti bercakap mengenai perkara itu kerana tahu DAP tidak akan menyokong Hadi sebagai calon Perdana Menteri dan cadangan untuk menggantikan Anwar sebagai calon Perdana Menteri tidak diteruskan,” ujarnya.
Selepas Pakatan Rakyat bubar, PAS di bawah kendalian Hadi dilihat mesra dengan UMNO dan Najib, meskipun bekas Perdana Menteri itu terbabit dengan skandal 1MDB dan dihadapkan dengan 39 pertuduhan di mahkamah. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena