Friday 25 January 2019

[Video PEDAS! Tun Mahathir Sindir Najib di PRK Cameron Highlands] 60 tahun Umno PINGGIRKAN orang Pas...Ini hari pemimpin Pas, SURUH UNDI Umno! Gilak ka BOSSKU & KSM bintang kebesaran paling saya minati - Dr M

Jumaat, 25 Januari 2019
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Reaksi pengikut setia Pas bila secara terang-terangan disuruh undi UmnoBN.

'KSM bintang kebesaran paling saya minati' - Dr M

“Bintang Kebesaran yang paling saya minati ialah KSM, Kerja Sampai Mati,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil berseloroh.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, yang melakar sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kali kedua pada 10 Mei lepas susulan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14, berkata selagi ada hayat, beliau akan terus cuba memperbetulkan keadaan dalam negara.
Beliau menegaskan khidmatnya untuk negara bukan kerana duit, sebaliknya kerana sayang kepada negara.
"Ini negara kita, kita dilahir di sini, dibesar di sini, berkahwin di sini, dapat anak di sini dan anak kita dapat banyak manfaat daripada negara ini.
"Tak sayangkah kita kepada negara kita ini?" katanya di hadapan ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands di Sungai Koyan, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu dan calon PH bagi PRK berkenaan M Manogaran.
Dr Mahathir pertama kali dilantik menjadi perdana menteri keempat pada 1981 sewaktu berumur 56 tahun sebelum meletakkan jawatan pada 2003, setelah menerajui tampuk pimpinan negara selama 22 tahun.
Berumur 93 tahun, Dr Mahathir turut mencipta sejarah apabila menjadi perdana menteri tertua di dunia dengan kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya setelah 15 tahun meletakkan jawatan pada 2003.
-- Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena