Thursday, 24 January 2019

[Video PAS iri hati, pernah runding sertai kita...tak nak] SIAPA ARAH Bunuh Altantuya? Jangan Lupa BOSSKU! DAP sokong kalau Fadzil Noor atau Nik Aziz jadi PM menanti, BUKAN Hadi! Kluk klek kluk klek.

Jumaat, 25 Januari 2019
Image may contain: 1 person, text
Image may contain: phone
TS.

DAP sokong kalau Fadzil Noor atau Nik Aziz jadi PM menanti, bukan Hadi

Secara halus dan licik, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menafikan sesuatu yang saya sendiri tidak pernah sebut.
Menerusi kemas kini di Facebook, Hadi berkata:
“Seingat saya PAS tidak pernah mencalonkan diri untuk menjadi Perdana Menteri, atau menggelarkan diri sebagai Perdana Menteri Menanti.
“Mungkin Saudara Lim lebih kuat ingatannya, atau lebih tinggi andaiannya.”
Apa yang saya katakan semalam adalah mengenai sebab mengapa Hadi dan pemimpin PAS lain sering mengeluarkan kenyataan fitnah kononnya DAP anti-Melayu dan anti-Islam kerana DAP enggan menyokong Hadi sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 2013.
Langkah untuk Hadi menjadi calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat pada PRU13 merupakan suatu operasi yang halus dan licik, tanpa merujuk kepada mana-mana nama.
Ini apa yang saya katakan semalam:
“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Hadi menerusi kepimpinan PAS menemui saya untuk berbincang soal Perdana Menteri menanti, atas alasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan tokoh yang sesuai.
“Pemimpin PAS mengambil langkah yang agak bijak dengan tidak menamakan sendiri Hadi selaku calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat, dan secara diplomatik mencadangkan calon Perdana Menteri yang sesuai adalah veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.
“Apabila pemimpin DAP menentang dan tetap dengan pendirian kami bahawa Anwar perlu terus menjadi calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat, dan kami tidak membuat sebarang cadangan supaya Hadi dipertimbangkan untuk menjadi calon Perdana Menteri, pemimpin PAS tahu bahawa DAP tidak akan menyokong Hadi sebagai Perdana Menteri menanti dan cadangan untuk menggantikan Anwar sebagai calon Perdana Menteri tidak diteruskan.”
Saya bersetuju dengan Hadi. PAS tidak pernah mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri pada PRU13 atau Hadi ada mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri menanti.
Mengapa?
Ini kerana pemimpin PAS pada masa itu mahu mencuba-cuba untuk menggantikan Anwar sebagai Perdana Menteri menanti, dan mendapati DAP sangat konsisten dengan pendirian kami bahawa Perdana Menteri menanti adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebarang usaha untuk mencadangkan nama Hadi untuk menggantikan Anwar tidak akan mendapat sokongan daripada DAP mahupun PKR.
Hadi tidak pernah menafikan bahawa sebelum PRU13, pemimpin PAS ada bertemu dengan pemimpin DAP untuk berbincang soal Perdana Menteri menanti atas alasan Anwar tidak sesuai?
Saya tidak tahu mengapa Anwar dan Hadi tidak sebulu, sedangkan Anwar dan Presiden PAS terdahulu iaitu Fadzil Noor atau bekas Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat mempunyai hubungan yang baik.
Kita harus melihat sejarah hubungan antara Hadi dan Anwar, namun ini bukan urusan saya dan saya tidak berniat untuk masuk campur dalam perkara itu, saya hanya akan menyentuh perkara yang memberikan kesan kepada perkembangan politik negara dan ketika itu, Pakatan Rakyat.
Hadi mempunyai kecacatan perwatakan yang begitu serius sebagai pemimpin politik Malaysia, tidak seperti Fadzil Noor atau Nik Aziz.
Ini sebabnya mengapa DAP boleh menerima Fadzil Noor dan Nik Aziz sebagai Perdana Menteri menanti untuk Malaysia, tetapi tidak Hadi Awang.
Hadi sendiri patut tahu sebabnya. Ini adalah soal kepercayaan – pemimpin DAP boleh memperpercayai janji Fadzil Noor dan Nik Aziz tetapi bukan Hadi Awang. – Roketkini.com
*Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Brinchang pada Rabu, 23 Januari 2019

1 comments:

PokAmid said...

Masih ok ke otak dan pemikiran Hadi skrg?
Kihkihkih

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena