Tuesday 22 January 2019

[Video Translator in Altantuya family's suit passes defence challenge & MALU APA ISTERIKU! Nama Anak Kita 'Mohd Bossku' (Umar Al-Faqeh)] Pemimpin Pas: Umno pun nak mati dah! Umno: Drpd sumbang kpd Pas, baik bantu Umno! Penterjemah kes Altantuya dapat kelulusan mahkamah. Tungguuuuu...

Selasa, 22 Januari 2019

Foto Kami Viral.
'Daripada sumbang kepada PAS, baik bantu UMNO'
Irwan Muhammad Zain, Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 05, 2019 13:24 MYT
Drpd sumbang kpd Pas, baik bantu Umno
KUALA LUMPUR: Ahli UMNO yang mahu membantu PAS mengumpul dana bayaran kos guaman kes saman Sarawak Report diseru agar membantu kewangan parti sendiri yang kini dibekukan akaunnya.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Wangsa Maju, Rafi Awang Kechik dalam posting di akaun Facebooknya berkata jumlah RM331,000 yang diperlukan PAS terlalu kecil untuk dikutip derma, sebaliknya beberapa pemimpin parti itu boleh menyumbang bagi menampung kos tersebut.

"Kalau setakat RM331,000 itu, Haji Hadi, Nik Abduh, Mohd Amar, Takiyudin, Khairudin At-takiri, Nik Zawawi dan ramai lagi pemimpin PAS yang kaya boleh pakat 'tong-tong' (berkongsi) sikit... seorang pun lebih daripada itu boleh dapat.

"Baik ahli UMNO yang bersungguh nak bantu buat kutipan derma itu tolong bantu parti sendiri kerana akaun UMNO sampai hari ini kerajaan beku dan baru-baru ini pun ada pemimpin PAS kata UMNO pun nak mati dah.

"Baik selamat parti sendirilah," tulis Raffi.

Baru-baru ini, Naib Presiden PAS Idris Ahmad membuat rayuan umum untuk mengutip dana bagi menampung kos saman Sarawak Report di United Kingdom (UK).

Pada April 2017, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung tulisan pada Ogos 2016 yang mendakwa pimpinan parti itu menerima dana RM90 juta yang masuk ke akaun mereka.
Astro Awani.

Penterjemah kes saman keluarga Altantuya dapat kelulusan mahkamah

Penterjemah yang diupah bagi membantu saman sivil RM100 juta keluarga Altantuya Shaariibuu mendapat kelulusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Peguam mewakili Razak Baginda dan kerajaan sebelum ini mempertikai kelayakan Enkhjin Batbilig sebagai penterjemah.
Enkhjin, 31, tidak terlatih secara rasmi sebagai penterjemah atau mempunyai pengalaman dalam membuat terjemahan berhubung isu perundangan.
Bagaimanapun, warga Mongolia itu yang mempunyai terlatih dalam bidang perakaunan berkata dia pernah menjadi penterjemah untuk dia syarikat Mongolia secara rasmi dan tidak rasmi, dan pernah menterjemah laporan kewangan.
Enkhjin juga menjelaskan bahawa dia mengambil pengajiannya termasuk dalam Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dalam bahasa Inggeris di Sunway University.
Sementara itu, pihak pembelaan pula mempertikaikan integriti Enkhjin yang telah meluangkan dua jam bersama keluarga Altantuya dan peguamnya semalam.
Enkhjin bagaimanapun berkata dia tidak membuat sebarang interaksi dengan palintif selain membaca kenyataan kesaksian mereka.
Dia juga berkata peguam plaintif dari firma Karpal Singh & Co hanya memberi taklimat ringkas kepadanya berhubung istilah perundangan dan prosedur menghakimi mahkamah.
Plaintif diwakili peguam Ramkarpal Singh menyifatkan dakwaan pihak pembelaan serius tapi 'basi'.
Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan Enkhjin layak sebagai penterjemah.
Vazeer juga menetapkan bahawa perjumpaan Enkhjin dengan plaintif dan peguam plaintif tidak mempengaruhi integriti Enkhjin.
Hakim mengarahkan Enkhjin untuk memasukkan terjemahan bahasa Mongolia bagi perkataan Inggeris dalam kepada kenyataan kesaksian plaintif yang boleh diteliti oleh pihak pembelaan.
Perbicaraan bersambung esok, dengan ayah Altantuya, Setev Shaariibuu dijangka memberi keterangan.
Razak yang merupakan bekas kekasih Altantuta diwakili Manjit Singh Dhilon, sementara timbalan pendakwa raya Norina Bahadun mewakili kerajaan.
Dua individu lain yang dinamakan dalam saman itu ialah bekas komando polis Azilah Hadri dan SIrul Azhar Umar yang tidak diwakili peguam.
Setev dan dua anaknya memfailkan saman sivil itu pada 2007, setahun selepas kematian Altantuya.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena