Thursday 24 January 2019

[Video LIVE: Dr M turun padang kempen bersama pemimpin PH di hari terakhir kempen PRK Cameron Highlands] 'Buat apa undi BN, pemimpin mereka pun keluar parti'.

Jumaat, 25 Januari 2019

'Buat apa undi BN, pemimpin mereka pun keluar parti'


Dalam kunjungannya ke kubu kuat BN hari ini, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad merayu pengundi di Felda Sungai Koyan membuang undi untuk calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran esok.
Bercakap di kawasan majoriti Melayu itu, beliau berkata tiada gunanya memberikan undi kepada BN sedangkan ramai pemimpin mereka baru-baru ini keluar parti dan memilih untuk menyertai PH.
"BN ditolak buat kali pertama (selepas PRU14) sebab dipimpin oleh seorang penyangak sebab itu, kita buang Najib (Razak) dari jawatan perdana menteri, beliau kena buang oleh parti sendiri.
"Ramai orang parti Umno jumpa saya termasuk Mohamad Hasan, Ahmad Zahid Hamidi jumpa juga nak kerjasama.
"Ramai berduyun-duyun nak masuk Bersatu, nak masuk PH. Orang sudah tidak percaya lagi kepada Umno, Umno tidak ada apa-apa lagi. Saya yakin Umno tidak ada masa depan lagi, jadi buat apa pilih mereka," katanya.


Beliau berkata demikian pada ucapannya di ceramah "Membangun Bersama Harapan" hari ini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena