Wednesday 23 January 2019

[LIVE Debat Perdana PRK Cameron Highlands! Aikk, Mana Ramli Calon BN?] Ahli Pas wajib undi calon Islam dari BN..Masa PRU14 PAS letak calon Datuk Tuan Guru S Kumar ex MIC, Istiqomah lah sangat? O le le Hadi pernah temui kami RAYU SOKONGAN NAK JADI PM - Kit Siang.

Rabu, 23 Januari 2019
Foto Otai BERSIH.
PRK Cameron Highlands PAS buat fatwa haram undi calon bukan Islam, ahli PAS wajib undi calon Islam dari BN. Masa PRU14 fatwa itu tidak berbunyi kerana DUN Tanah Rata Cameron Highlands PAS letak calon Datuk Tuan Guru S Kumar ex MIC. Istiqomah lah sangat.
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
HADI PERNAH TEMUI KAMI RAYU SOKONGAN JADI PM - KIT SIANG
Lim Kit Siang mendakwa Abdul Hadi Awang menerusi kepimpinan Pas bertemunya untuk membincangkan soal perdana menteri pada pilihan raya umum ke-13 lepas, ketika DAP dituduh anti-Islam menuju hari mengundi pilihan raya kecil parlimen Cameron Highlands.
Veteran DAP itu mendakwa pemimpin Pas mahu berbincang mengenai calon perdana menteri gabungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, kerana Anwar Ibrahim dianggap tidak sesuai.
“Pemimpin Pas agak licik kerana tidak mencadangkan Hadi harus menjadi calon perdana menteri, dan secara diplomatik mencadangkan calon yang sesuai adalah veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Apabila pemimpin DAP membantah dan bertegas Anwar harus terus menjadi calon PR, dan kami tidak mencadangkan Hadi sebagai calon, pemimpin Pas mengugurkan subjek itu kerana tahu DAP tidak akan menyokong Hadi sebagai perdana menteri dan cadangan menggantikan Anwar tidak lagi ditimbulkan.”
Lim berkata DAP dituduh anti-Islam dan anti-Melayu kerana partinya enggan menyokong Hadi sebagai perdana menteri.
Beliau bersyukur PR tidak memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya umum pada 2013, kerana negara akan terjerumus ke dalam krisis perlembagaan sekiranya Hadi mahu menjadi “kingmaker” dan menukar sokongan Pas.
“Hadi lupa di masa kegemilangan PR, dia berkata haram mengundi Umno dan setiap ahli dan penyokong Pas wajib mengundi DAP,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena