Saturday 26 January 2019

[Video TUN M TAK MAHU NEGARA DITADBIR PENCURI] Kerajaan PH tetap di kuasai oleh kaum Melayu Islam & Keputusan PRK Cameron Highlands tiada luar biasa.

Ahad, 27 Januari 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
Kerajaan PAKATAN HARAPAN Tetap Di Kuasai Oleh Kaum Melayu Islam.!
Kami Viral
Keputusan PRK Cameron Highlands tiada luar biasa.
PH kalah kerana tidak mendapat sokongan padu pengundi Melayu dan Orang Asli.
Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berpendapat kemenangan calon BN, Ramli Mohd. Nor dengan majoriti 3,238 undi bukanlah satu keputusan di luar jangkaan.

Menurutnya, kekalahan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran dengan hanya sekadar mendapat 8,800 undi disebabkan tidak mendapat sokongan masyarakat Melayu, Orang Asli serta penyokong Pas.

“BN menang sebab sokongan padu Melayu/Orang Asli/Pas. Keputusan PRK ini tiada elemen luar biasa, cuma berlaku momentum sokong Melayu apabila Umno-Pas berkahwin (gantung),” ujarnya.
Beliau berkata, kemenangan BN berkaitan dengan sumbangan Pas yang dikerah untuk berbuat demikian.

“Calon BN hanya menambah 1,731 undi sedangkan undi Pas sebanyak 3,587 dikerah mengundi BN dalam PRK kali ini.

“Calon PH pula hanya hilang 910 undi sedangkan hampir semua PDM kubu DAP jumlah keluar mengundi kurang 50 peratus,” ujarnya.

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, PH hilang undi disebabkan pengundi-pengundinya hampir separuh tidak pulang mengundi.

“Nampaknya, pengundi Cina mengambil keputusan tidak pulang mengundi kerana sudah mengatur cuti Tahun Baru Cina tahun ini.
“Jadi, tiada yang luar biasa bagi keputusan PRK Cameron Highlands kali ini,” tegas Dr Mazlan lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena