Thursday 31 January 2019

[LIVE: Demonstrasi rakyat tolak Israel masuk M’sia] Malu Apa BOSSKU, penyokong cabut lari. Kikiki! 421 dokumen berkaitan kes 1MDB diserah kepada peguam Najib.

Jumaat, 1 Februari 2019

Hakim juga menetapkan 15 Feb untuk mendengar permohonan Najib bagi menggugurkan Gopal Sri Ram (tengah) daripada mengetuai pasukan pendakwaan.
Malu apa bossku, penyokong cabut lari. Kikiki.
Kami Viral

421 dokumen berkaitan kes 1MDB diserah kepada peguam Najib

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu 421 dokumen berkaitan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa atas 4 pertuduhan rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion, diserahkan kepada pihak pembelaan untuk digunakan bagi tujuan perbicaraan.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan ketika pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Bagaimanapun Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan beberapa dokumen perbankan membabitkan 21 kes pengubahan wang haram berhubung dana 1MDB yang dihadapi Najib.
“Kami memerlukan masa dan akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kesemua dokumen perbankan berkenaan yang masih belum diperoleh daripada pihak bank,” katanya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 26 Feb untuk pengurusan kes selanjutnya.
Ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding, seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib yang turut hadir berkata, pihak pendakwaan sebelum ini menyerahkan 367 dokumen berkaitan kes rasuah dan 23 dokumen membabitkan kes pengubahan wang haram kepada pihak pembelaan.
“Hari ini, pihak kami menyerahkan 54 dokumen lagi membabitkan kes itu (rasuah) dan dokumen yang diserahkan itu sebahagian besar membabitkan minit mesyuarat jemaah menteri,” kata Ahmad Akram.
Sementara itu, Hakim Collin menetapkan 15 Feb untuk mendengar permohonan Najib bagi menggugurkan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes berkenaan.
Hakim itu juga menetapkan 13 Feb untuk pihak terlibat memfailkan hujahan bertulis masing-masing.
Najib, 66, yang hadir dalam prosiding itu diwakili peguam Harvinderjit Singh.
Najib menghadapi 4 pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesemua kesalahan di AmIslamic Bank Berhad, No. 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 2011 dan 2014.
Perbicaraan kes ditetapkan sebelum ini pada 15 April hingga 3 Mei nanti.
FMT

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena