Thursday, 24 January 2019

[Video Orang Asli-We Dont Want Telom Dam & Menteri PH dah umum batal projek Empangan Telom] Sombongnya Raja Troll: Ini batalkan projek sambil potong bawang ka? Kerajaan batal 4 projek IPP, jimat RM1.26 bilion.

Jumaat, 25 Januari 2019

BATAL PROJEK SAMBIL POTONG BAWANG KE…  – NAJIB

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menempelak usaha Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari DAP, Yeo Bee Yin dalam apa yang dianggap sebagai cubaan gagal menipu rakyat Malaysia berhubung keputusan pembatalan Projek Empangan Telom di Cameron Hinglands.
“Ini batalkan projek sambil potong bawang ka?,” soal beliau secara sinis melalui kenyataan di Facebook rasminya pada Rabu.
Beliau berkata pengumuman pembatalan empangan yang mampu menjana elektrik dengan lebih murah serta membantu mengawal banjir tersebut mendapat sokongan segelintir pengundi di Cameron Highlands.
Terdahulu dalam kempen Pakatan Harapan (PH) di Pos Lanai, Yeo berkata pembatalan Empangan Telom telah dibuat dalam satu mesyuarat pada 3 Oktober tahun lalu.
“…Maksudnya kerajaan tidak akan membina empangan ini (Telom).
“Ini bukan kerana PRK sudah sampai, saya pun tidak tahu empangan ini di Cameron Highlands,” katanya dalam ucapan di hadapan 200 penduduk perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands seperti dipetik media.
Mengulas lanjut, Najib yang juga ahli Parlimen BN Pekan dengan sinis berkata tindakan Yeo yang hanya memaklumkan mengenai pembatalan empangan tersebut di saat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands menunjukkan beliau ‘bercakap benar’.
“Dan lebih “menyakinkan” lagi bahawa Menteri ini bukan menipu ialah beliau bisu mengenai pembatalan projek ini selama 3 bulan sebelum mengumumkan keputusan ini semasa di acara pengundi semasa kempen PRK.
“Kebetulan teramat sangat,” katanya.

By  on 

Kerajaan batal 4 projek IPP, jimat RM1.26 bilion

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena