Thursday 24 January 2019

[Video PEMBEKAL 'Pakaian Sekolah' NAK UNTUNG JANGAN MELAMPAU!] Jangan percaya fitnah BN! Rosmah dakwa ada cubaan percepatkan kes rasuahnya..Walaun dengan bmmacai kan banyak kali cepat suruh tangkap. He he hek!

Khamis, 24 Januari 2019
Foto Otai BERSIH.
Fitnah yg di sebarkan...
Otai BERSIH
Walaun dengan bmmacai kan banyak kali cepat suruh tangkap. Hehe


Rosmah dakwa ada cubaan percepatkan kes rasuahnya

Isteri bekas Perdana Menteri Rosmah Mansor memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa terdapat percubaan untuk mempercepatkan kes Projek Tenaga Solar yang dihadapinya.
Perkara itu dinyatakan oleh peguam mewakili Rosmah, Akhberdin Abdul Kader, ketika prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
“Bagaimanapun, anak guam kami merasakan terdapat cubaan untuk mempercepatkan proses pendakwaan terhadapnya,” katanya semasa proses pengurusan kes hari ini.
Beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya perlu mengkaji semula semua 370 halaman dokumen berkaitan tuduhan itu.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram memaklumkan kepada mahkamah bahawa prosiding pada hari ini hanya melibatkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sahaja dan prosiding ini tidak melibatkan permohonan perbicaraan bersama.
“Antara alasan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi adalah kerana pihak pendakwaan mahu kes itu selesai dengan cara yang teratur kerana Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang besar berbanding Mahkamah Sesyen.
“Sekiranya kes dimulakan di Mahkamah Tinggi, ia boleh didengar sehingga Mahkamah Persekutuan," katanya.
Beliau turut menambah bahawa pihak pendakwaan akhirnya akan memohon kes itu untuk dibicarakan secara bersama dengan kes-kes pengubahan wang haram yang melibatkan Rosmah.
Justeru, Mahkamah hari ini menetapkan 15 Mac ini untuk pendengaran permohonan pemindahan kes Rosmah dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Pada 15 Nov tahun lepas, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.
Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena