Monday 28 January 2019

[Video BN menang di Cameron Highlands Ayuh Goyang Dumang, mang, mang] Najib kena 3 lagi tuduhan ubah wang haram..Malu Apa BOSSKU!

Isnin, 27 Januari 2019
Image may contain: 1 person, text
Image may contain: phone
TS.

Najib kena 3 lagi tuduhan ubah wang haram

Bekas perdana menteri Najib Razak dikenakan tiga lagi pertuduhan tambahan hari ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (Amla) 2001.
Najib dituduh terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) (a) akta itu kerana didakwa menerima sejumlah RM47 juta dalam akaun AmIslamic Bank Bhd di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 8 Julai 2014.
Tuduhan itu dibacakan kepada Najib di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini
Bekas presiden Umno juga didakwa dengan dua tuduhan menerima RM10 juta melalui dua akaun bank lain pada tarikh dan tempat yang sama.
Najib yang kelihatan tenang memberitahu mahkamah beliau faham pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dan minta dibicarakan atas dakwaan tersebut.
Pertuduhan tambahan dibacakan semasa pengurusan kes tuduhan-tuduhan lain terhadap Najib yang membabitkan anak syarikat 1MDB, SRC International yang mana Najib merupakan penasihatnya pada ketika itu.
Mohon hakim tetap tarikh lain
Untuk itu, Shafee Abdullah, peguam yang mewakili Najib memohon hakim supaya menetapkan satu tarikh lain bagi mendengar serahan pihak peguam bela.
Beliau berkata pasukan peguam bela perlu merundingkan anak guamnya dan mengkaji kes itu sebelum mereka boleh menentukan untuk bersetuju dengan pertuduhan baru ini untuk dibicarakan bersama kes-kes lain, atau pun untuk mengemukakan bantahan mereka.
Selepas mendengar hujah Shafee serta pasukan timbalan pendakwa raya yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, Hakim Nazlan menetapkan 7 Februari ini untuk mendengar serahan peguam belas dan juga balasan daripada pihak pendakwaan.
Sementara itu, pada prosiding yang sama, pihak pendakwaan juga mengemukakan pindaan terhadap enam pertuduhan yang berkaitan dengan kesalahan yang didakwa dilakukan Najib atas kapasitinya sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat SRC International.
Bagi tiga pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (jenayah pecah amanah), pihak pendakwaan memfailkan pindaan untuk mengeluarkan "RM4 bilion" daripada setiap tuduhan itu.
Pada mulanya, pertuduhan pertama yang dibacakan terhadap Najib pada 5 Julai tahun lalu menyaksikan Najib didakwa melakukan kesalahan itu ketika beliau sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat SRC International, di mana atas kapasiti itu telah diamanahkan kawalan terhadap wang SRC, telah melakukan pelanggaran jenayah pecah amanah terhadap wang berjumlah RM27 juta, RM5 juta, dan RM10 juta.
Pendakwaan juga mengemukakan pindaan kecil terhadap tiga pertuduhan terdahulu di bawah Seksyen 4 (1) (a) Amla, di mana mereka memasukkan tahun perbuatan itu didakwa dilakukan Najib.
Hakim Nazlan membenarkan pindaan dibuat terhadap pertuduhan itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena