Tuesday 22 January 2019

[Video SUDAH TIADA ISLAM LAGIKAH DI MALAYSIA?] Bahtera Umno dah bocor, PAS nak gabung payah - Hadi

Rabu, 23 Januari 2019
Image may contain: 1 person, text
Tumpang sekole.

Bahtera Umno dah bocor, PAS nak gabung payah - Hadi

PAS tidak akan bergabung dengan Umno kerana parti itu ibarat bahtera yang telah bocor, kata presidennya Abdul Hadi Awang.
"Umno sekarang mengalami kebocoran bahtera. Kaedah kita orang pergi laut, kalau bahtera bocor kita pergi dekat, bahtera kita pun boleh tenggelam sama.
"Nak gabung dengan parti bocor ini satu benda yang sulit dan payah," kata anggota parlimen Marang itu.
Abdul Hadi berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama warga Malaysia pada program "An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang" di Dublin, Ireland, kelmarin, lapor Harakahdaily.
Bagaimanapun menurut Hadi, Umno tidak boleh dikatakan telah 'berkubur' kerana parti itu masih mempunyai penyokongnya tersendiri.
"Dan Umno ini ada penyakit dan masalah dia. Adapun mengata Umno (berkubur) di alam barzakh, maka tidak mudah. Parti Komunis yang diharamkan pun masih ada. Parti Hitler masih ada pengikut. Syaitan pun ada pengikut.
"Tuhan jadikan tak mati syaitan selagi tak berlaku kiamat. Bukan saya kata dia (Umno) syaitan, tidak. (Tetapi) Kita nak matikan kefahaman ini tidak mudah, akan ada warisan dia," jelas beliau.
Hubungan politik antara PAS dan Umno telah diperkatakan sejak sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lagi.
Hubungan itu diteruskan di bawah presiden Umno yang baru, Ahmad Zahid Hamidi apabila kedua-dua parti itu bekerjasama dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil di DUN Sungai Kandis, DUN Seri Setia dan parlimen Port Dickson.
Mereka kemudian bergabung tenaga dalam menghimpunkan puluhan ribu penyokong bagi membantah Konsyensen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) awal bulan ini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena