Thursday 24 January 2019

[Video Anwar ulas Najib 'rajin' datang Cameron Highlands] AOK TAHU? Bekalan elektrik di Jelai sering terputus! Polis serbu firma guaman Goldman di KL, cari dokumen 1MDB.

Khamis, 24 Januari 2019
Foto Otai BERSIH.
Walaupun sudah 61 tahun pemerintahan BN, warga Jelai masih dibelenggu dengan pelbagai masalah.

Bekalan elektrik di Jelai sering terputus akibat aktiviti perlombongan berdekatan. Jelas bahawa infrastruktur bekalan elektrik di sini perlu ditambah baik. 

Dalam Belanjawan 2019, Kerajaan telah memperuntukan RM694 juta untuk akses elektrik di luar bandar.
Sudah tentu kita dapat menyelesaikan masalah ini bersama!

Polis serbu firma guaman Goldman di KL, cari dokumen 1MDB

Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) hadir di firma guaman Rahmat Lim & Partners untuk mencari dokumen yang dikaitkan dengan 1MDB.
Perkara itu disahkan oleh Pemangku pengarah JSJK, Saiful Azly Kamaruddin yang berkata pencarian itu dilakukan di firma undang-undang yang bertempat di Mid Valley City, Kuala Lumpur itu.
Terdahulu, The Edge melaporkan polis sedang mencari dokumen berkaitan tiga bon 1MDB yang dikendalikan oleh Goldman Sachs selepas mereka memperoleh perintah mahkamah untuk berbuat demikian.
Rahmat Lim & Partners dilaporkan firma guaman yang mewakili gergasi perbankan pelaburan AS itu semasa terbitan bon 1MDB pada tahun 2012 dan 2013 berjumlah AS $ 6.5 bilion.
"Pasukan polis pergi ke firma itu pada pukul 10 pagi dan kami sedang mencari dokumen-dokumen berkenaan," kata Saiful kepada Malaysiakini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran mengenai dokumen yang dicari oleh pihak polis.
Difahamkan serbuan itu dikendalikan oleh unit jenayah korporat dan kewangan JSJK.
The Edge juga melaporkan polis telah mendapatkan dokumen yang berkaitan daripada sebuah lagi firma guaman, Wong & Partners tetapi perkara itu disangkal oleh Saiful.
"Kami hanya meneliti satu firma guaman (Rahmat & Lim), bukan Wong & Partners," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena