Thursday 24 January 2019

[Video Muhyiddin Jawab Tuduhan Orang UMNO ''Tiada Siapa Boleh Ubah Perlembagaan Malaysia''] Perompak memeluk ulaq dalam semak? Kami baru 7 bulan, selama ni Najib buat apa? Soal Raja Bahrin.

Jumaat, 25 Januari 2019
'Perompak memeluk ulaq dalam semak?'
Image may contain: 4 people, text
Cermin diri dan tanya diri sendiri dengan penuh kejujuran, wahai Melayu. Jangan kamu menipu diri menjaja hak istimewa Melayu dan Islam yang terancam. Dengan kuasa Allah dan rakyat yg insaf maharaja penyamun dan kabilah super koruptornya ditendang dari Putrajaya.  

Inilah para pemimpin yg bangsatkan Melayu dan memperlecehkan Islam. Memang kita mahu Melayu/Bumiputra bersatu, tapi bukan dininabobo oleh para pemimpin Melayu yang super korup, gila kuasa, lupa daratan, zalim, tidak berpegang pada tali Allah. 

Kalau kamu Melayu berpegang pada tali Allah, insaf, anti korupsi, berjihad di jalan Allah, anti rasuah dan penyalahgunaan kuasa maka jadikan Tun Mahathir Mohamad sebagai obor perjuangan untuk memperkasakan hak dan kepentingan Melayu/Bumiputra dan Islam tanpa menyalahkan bangsa-bangsa lain untuk menutup kelemahan bangsa kamu sendiri. - Yahaya Ismail / TS.

Kami baru 7 bulan, selama ni Najib buat apa? Soal Raja Bahrin

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menempelak bekas perdana menteri, Najib Razak yang mempersoalkan untuk mempersoalkan Pakatan Harapan berhubung isu rumah mampu milik.

Raja Bahrin mengingatkan Najib bahawa BN yang berkuasa selama bertahun-tahun, sementara PH baru memasuki bulan ketujuhnya di pejabat.

Beliau berkata, amat menghairankan masih ramai Orang Asli yang merungut tidak dapat memiliki rumah pertama mereka sejak zaman BN berkuasa.

“Tinjaun saya dua hari ini menunjukan Orang Asli di Cameron Highlands masih diabaikan dan di tahap yang lama. Kemiskinan dan kemudahan asas mereka masih amat menyedihkan.

“Dalam isu perumahan masih ramai yang merungut tidak dapat memiliki rumah pertama mereka sejak zaman BN kerana berlaku pilih kasih.

“Ini amat menghairankan kerana Najib menerajui syarikat perumahan PRIMA di bawah jabatan perdana menteri dan juga SPNB melalui kementerian kewangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raja Bahrin, yang juga Pengerusi Amanah Terengganu Amanah, mengulas mengenai desakan Najib supaya kerajaan PH menangani kekurangan rumah mampu milik. Adalah dipercayai beliau merujuk kepada hantaran Facebook Najib pada Rabu lalu di mana bekas PM itu menggesa kerajaan PH pertimbangkan untuk memberikan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada setiap pemandu teksi.

“Najib pula ada menyoal kenapa kerajaan PH tidak menyediakan lebih banyak skim perumahan mampu milik dalam tempoh hanya tujuh bulan kami memerintah walhal ini di bawah kuasa beliau dan BN berpuluh tahun lamanya,” kata Raja Bahrin.
GDaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena