Thursday 31 January 2019

[Video Dedah 1MDB: Pembekal maklumat terima hadiah RM8.2 juta] Alat DAP! Sebelum Amanah, PAS lebih lama berbaik dengan DAP.

Jumaat, 1 Januari 2019
Image may contain: text
Image may contain: drawing
TS.

Adly: Sebelum Amanah, PAS lebih lama berbaik dengan DAP

Kerjasama yang dijalinkan PAS bersama DAP suatu ketika dulu tidak menjadikan parti terbabit alat DAP, kata Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.
Katanya keadaan itu berlaku ketika PAS bekerjasama dengan DAP jauh lebih lama berbanding Amanah ketika ini.
"Apakah sepanjang kerjasama PAS-DAP dulu itu menjadikan PAS alat DAP? Jawapannya, tidak, kerana masing-masing saling perlu memerlukan dan bantu-membantu untuk mendapatkan sokongan rakyat," katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.
Adly yang juga pernah menjadi pemimpin PAS berkata demikian sebagai mengulas tuduhan dibuat parti terbabit kepada Amanah yang didakwa kini menjadi alat DAP.
Untuk rekod sebahagian besar pemimpin Amanah ialah bekas orang kuat PAS yang diketepikan kesan daripada krisis dalaman parti itu pada 2015.
Mereka kemudian menubuhkan Amanah dan bekerjasama dengan PKR, DAP serta Bersatu membentuk PH yang kemudian berjaya menawan Putrajaya.
PAS pula kekal sebagai pembangkang dan pengaruh mereka kini lebih tertumpu di Pantai Timur saja.
Bukan terbaik antara terburuk
Menurut Adly PAS giat memberikan persepsi buruk terhadap Amanah dengan menuduh parti berkenaan sebagai alat DAP.
Tujuannya, kata Adun Bukit Katil itu, agar masyarakat membenci Amanah dan menjauhkan diri daripada parti berkenaan.
"Buruk baik Amanah tidak lagi menjadi penilaian kerana persepsi itu telah ditelan bulat-bulat.
"Jika kerjasama Amanah dan DAP dianggap menjadikan Amanah alat DAP, maka kerjasama PAS-DAP jauh lebih lama berlangsung bebanding tempoh kerjasama Amanah-DAP," katanya.
Menurut Adly lagi hubungan kerjasama di antara Amanah dengan parti lain dalam PH berlangsung atas prinsip mahu membebaskan negara daripada amalan rasuah yang diamalkan oleh BN.
"Semoga Malaysia kembali dihormati kerana intergritinya," katanya.
Dalam hantaran kemudian Adly juga mengingatkan untuk menjadi umat yang terbaik, orang Islam perlu berlumba-lumba untuk membuat kebaikan.
"Bukannya berlumba-lumba memburukkan seteru politik.
"Semoga kita menjadi yang terbaik antara banyak kebaikan, dan bukan yang terbaik daripada segala yang buruk," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena