Tuesday 22 January 2019

[Video Gerakan NGO Bersih beri impak besar kepada negara] Meroyan2 suruh BUBAR Parlimen? Bertaubatlah PAS, henti sebar fitnah.

Selasa, 22 Januari 2019
「Gambar Bersih」的圖片搜尋結果

Parlimen perlu dibubarkan: Hamidah

Pandai pandai plak dia ni..ni mesti kecewa sgt...tunggula PRU 15 baru mengundi...kuasa di tangan rakyat untuk memilih...ok

Bertaubatlah PAS, henti sebar fitnah

Pendirian Pakatan Harapan (PH) selari dengan segala yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan berubah sama sekali. DAP akur dengan pendirian ini 100 peratus. Jika ada mana-mana pihak termasuk sesetengah pemimpin PAS cuba menafikan atau memfitnah kami, tiada lain yang boleh dibuat selain mengharapkan Tuhan sahaja yang akan membalas perbuatan mereka. Saya ulangi pendirian kami seperti berikut:
• Agama Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dimartabatkan, diangkat dan dipertahankan oleh Pakatan Harapan dan DAP.
• Perkara 152 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan terus dipertahankan.
• Perkara 153 berkaitan kedudukan istimewa Bumiputera dan kepentingan sah kaum lain tidak akan dipersoalkan!
Yang berikut sahaja yang saya dapat catat daripada titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah pada istiadat menghadap sembah taat setia penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-62 Duli Tuanku pada 4 November lalu. Titah Tuanku cukup memberi inspirasi serta menyentuh hati dan jiwa. Inilah yang sekian lama menjadi perjuangan saya sendiri, perjuangan Pakatan Harapan, serta perjuangan DAP.
“Rakyat mengimpikan pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender – kesaksamaan kaum – kesaksamaan agama – kesaksamaan wilayah;… dan rakyat mengimpikan sebuah negara yang bebas daripada kekacauan dan persengketaan, agar warganya hidup dalam harmoni – saling menghormati – saling bekerjasama, tanpa dipisahkan oleh tembok prejudis agama dan prasangka kaum. Kerajaan yang menjadi pilihan rakyat dan kerajaan yang akan terus mendapat sokongan rakyat ialah kerajaan yang dapat memenuhi impian dan hasrat majoriti rakyat.”
Kebijaksanaan Tuanku yang mengkagumkan, amat patik sanjungi. Ampun Tuanku, Daulat Tuanku.
PAS menuduh dan memfitnah bahawa Pakatan Harapan dan DAP kononnya mahu “membuang institusi Istana di negara kita”. Bagi saya, ini merupakan tohmahan yang bersifat menderhaka dan menghina kebijaksanaan Duli-duli Tuanku Raja-raja Melayu, serta memperlekehkan dan memperkecilkan keagungan institusi istana secara khusus, serta Perlembagaan Persekutuan secara amnya.
Hujah perkauman, cauvinistik dan fitnah daripada UMNO dan PAS adalah perkara biasa. Akan tetapi, seruan saya kepada Pemuda PAS adalah jangan sekali-kali menakut-nakutkan pengundi dengan menyalahgunakan nama Duli-duli Tuanku dan mencemar kesucian institusi diraja. – Roketkini.com
*Kenyataan Media oleh Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan Howard Lee pada 21 Januari 2019 di Pusat Operasi Pakatan Harapan Felda Sg Koyan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena