Thursday 31 January 2019

[Video Jika Projek ECRL diteruskan KITA JADI PAPA KEDANA - Tun M] Kemelut ECRL & Malu2 Apa BOSSKU! Berdoalah agar negara tidak muflis, bumi tidak tergadai dan negara tidak dijajah angkara pemimpin KLEPTOKRASI.

Jumaat, 1 Februari 2019
Image may contain: one or more people and text
Masalah ECRL 
Walaupun bukan sekali-kali tujuan kita bermusuh dengan China atau juga mana-mana negara namun kepentingan negara dan rakyat jelata adalah lebih utama. Matlamat kerajaan PH dalam isu ECRL ini adalah untuk meringankan beban hutang negara sebanyak yang mungkin. 

Maka dalam perkiraan kerajaan PH adalah lebih baik menamatkan projek itu dan membayar ganti rugi kepada China atau kalau terpaksa dilaksanakan juga ialah hendaklah dengan kos dan syarat yang lebih ringan. 

Ada sumber berkata, walaupun hutang projek itu sekarang RM55 bilion tetapi apabila diambil kira kos dan tanggungan jangka panjang ia mungkin mencapai RM100 bilion atau lebih. Masalahnya sekarang kita sudah disedut masuk ke dalam geopolitik China. 

Kita dalam dilema ditelan mati emak, diluah mati bapa. Kita memerlukan pasaran China untuk barang-barang dan perkhidmatan kita manakala China pula takut pembatalan ECRL akan berjangkit kepada negara-negara lain yang mempunyai perjanjian yang sama dengannya. 

Rasanya dunia lebih mengambil berat perhubungan dengan kita sejak Dr Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri. 

Selain rundingan di belakang tabir, China baru-baru ini melancarkan apa yang saya istilahkan sebagai “diplomasi opera”. China terkenal dengan opera atau di negara kita disebut  wayang Cina. 

Kedutaan China di Malaysia dilaporkan telah merakam dan mengedarkan sebuah lagu bagi memperingati 45 tahun perhubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara. Saksi video di atas. 

Di dalam dunia di mana diplomasi dan ekonomi tidak dapat dibezakan serta dipisahkan, kita tidak ada pilihan selain mencari jalan keluar terbaik tanpa menjejaskan air muka, menoda kedaulatan dan membebankan kewangan negara. 

Apa pun kesudahan kepada episod ini, pengajaran dan iktibarnya amat jelas, iaitu di tangan sebuah kerajaan, sebuah parti politik dan seorang pemimpin yang korup, negara boleh menjadi muflis, tergadai dan terjajah. 

Maka di bahu siapa pun terpikul tanggung jawab untuk menyelesaikan kemelut ECRL ini, diharapkan bahawa penyudahnya biarlah negara tidak muflis, bumi tidak tergadai dan negara tidak dijajah. - a.kadir jasin 
TS.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena