SPR Mengamuk Isu Kangkung - Ini Video Penyokong BN Main Spender Taknak Mengamuk Sekali Ke SPR?
Angin satu badan pengerusi SPR dengan mereka yang bawa kangkung ke lokasi pengundian di Kajang semalam. Katanya perbuatan tersebut tidak berhemah. Menyindir pemimpin apa semua. Bawa kangkung yang dah layu la.
Salah satu sebab gua benci UMNO/BN kerana SPR berat sebelah. Kesalahan pembangkang nampak, kalau UMNO tak berani ak tegur. Ayuh tanam kakngkung untuk diperagakan dalam PRU14
Sedih-sedih beb... rasa nak MELELEH Air Mata gua bila baca Utusan Meloya EDISI KHAS tu, lu orang tak rasa Sedih ke bila baca Utusan Meloya Edisi Khas tu beb. Ahhhh... lu orang jangan lah KERAS HATI sangat macam SIPOLAN BINI SIPOLAN tu, lembut kan sikit Hati lu orang tu beb. Ikut macam gua ni tak boleh tahan Sedih beb.... hu hu hu hu hu hu... kah kah kah !. Baca lagi--->>>http://inderasipejuang.blogspot.com/2014/03/prk-kajang-utusan-meloya-edisi-khas.html
Kangkung: Najib malukan negara di seantero dunia “Kangkung di tepi paya…”
Segala puji-pujian bagi kerajaan Umno-BN di bawah kepimpinan Najib Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tersohor sekian alam. Walaupun satu dunia sudah heboh memperkatakan perihal kenyataan terdangkal alaf ini dari seorang yang bertaraf ketua kerajaan dan memiliki pula, katanya, ijazah ekonomi perindustrian serta mendakwa membaca ribuan buku, namun rasanya belum terlambat untuk saya turut menumpang semangkuk.
Saya telahpun menulis perihal ini dalam akhbar bercetak Harakah keluaran akan datang tetapi dari perspektif berbeza dan merujuk komoditi dalam kenyataan Najib sebagai ‘ikan’.
Saya akui tidak begitu mendengar atau lebih tepat lagi mengambil endah apa yang dikatakan oleh Najib sebagaimana disiarkan Buletin Utama TV3 malam itu. Ini kerana sejak sekian lama, malah sejak beliau mengetuai Pemuda Umno atau lama sebelum itu lagi, saya tidak pernah mengambil apa yang dikatakan oleh beliau secara serius. Bagi saya, kata-kata Najib ibarat gendang kosong – bunyi kuat, isi tiada.
Secara kebetulan sahaja hidangan maka tengahari saya hari ini adalah kangkung belacan dan ikan selar kecil masak asam pedas. Nak beli asparagus atau ikan tenggiri, itu bukan standard saya dan standard kebanyakan rakyat Malaysia. Kalau pemimpin Umno mungkinlah, tetapi kalau orang Umno yang bekerja biasa-biasa, rasanya sama sahaja.
Memanglah dua tiga hari ini satu dunia sibuk bercakap pasal kangkung, termasuk oleh akhbar arus perdana antarabangsa. Seorang perpustakawan, merupakan kenalan lama saya dari Ontario, Kanada menulis emel dan bertanya ‘What is happening to the Malaysian PM? Is he sure he is okay?” Saya hanya menjawab email tersebut dengan akronim popular ‘LOL’.
'LOL' (ketawa kuat) kini bersifat universal dan saya yakin dia faham dan tidak mentafsirkannya sebagai ‘tolol’.
Sambil menulis artikel ini saya makan nasi dengan kangkung belacan. Memang pedas...
Pepatah Melayu ada menyebut, "kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga" – maknanya, kalau ilmu ekonomi tak sebanyak mana janganlah nak berlagak pandai jadi Menteri Kewangan.
Akhirnya dari wacana Blue Ocean Strategy yang diagung-agungkan, macamlah ia idea asal Najib, terus turun martabat menjadi kangkung yang akarnya terendam dalam parit.
Tidak dapat dinafikan kenyataan Najib cukup mengaibkan rakyat Malaysia. Dunia secara tidak langsung mempersoalkan, "Inikah standard mentaliti Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia?"
Sebagai rakyat Malaysia kita tentu turut merasa malu yang amat sangat.
Najib sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan awam. Berasaskan pengalaman lama dalam kerajaan dia sepatutnya tahu kenyataan awam bukan macam cakap di warung tak berlesen tepi jalan. Jika tidak dapat membuktikan kepandaian sekalipun janganlah sampai pengalaman yang ada pun tak dapat dimanfaatkan. Jangan jadikan standard rakyat Malaysia standard warung sahaja.
Soal kenyataan Najib merendahkan martabat rakyat Malaysia sehingga macam kangkung, atau soal rakyat Malaysia tidak boleh dikangkungkan adalah soal lain. Apa yang penting dalam situasi apa sekalipun, kita tidak mahu seorang Perdana Menteri Kangkung mengetuai negara kita.
Rasanya sudah sampai waktu dan ketikanya Najib berundur atau diundurkan oleh partinya. Jika tidak, siapa tahu apa lagi lawak jenaka dan kepakpandiran yang bakal keluar dari mulut beliau. - SHIRZAD LIFEBOAT
Cara mudah memilih madu yang asli. Ini bukannya cerita madu Ustaz Azhar Idrus yang heboh diperkatakan sekarang. Memilih madu asli agak sukar bagi yang tidak biasa. Di bawah beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk menguji dan memilih madu lebah yang asli.
1. Kental, tidak berbuih dan tentunya manis
Kental atau likat merujuk kepada kadar air dalam madu. Kadar maksimun air dalam madu hanya 20 peratus. Tidak berbuih dan sekiranya berbuih ia terlalu lama dibiar terdedah di tempat terbuka dan rasanya boleh menjadi sedikit masam.
2. Tidak menembusi kertas
Madu yang terbaik mempunyai kekentalan yang tinggi dengan kandungan air yang sedikit. Kalau dititiskan ke atas kertas surat khabar ia tidak akan tembus menitis.
3. Menggelembung apabila dipanaskan.
Buat perbandingan madu dan gula apabila dipanaskan. Gula yang dipanaskan akan berbuih sebaliknya madu asli akan menghasilkan gelembung-gelembung yang lebih besar dan meletus apabila dipanaskan.
4. Sukar larut dalam air
Apabila madu asli dituang ke dalam gelas berisi air, madu asli akan lebih sukar larut berbanding madu bercampur gula.
5. Tidak kering apabila dijemur
Letakkan setitik madu di permukaan panas terik matahari. Madu yang bercampur gula akan mengering dan boleh terbentuk lapisan kerak tetapi sebaliknya jika ia madu asli. Ia tidak mengering.
Semoga ia bermanafaat. Madu asli amat baik untuk kesihatan sekiranya diamalkan meminumnya dalam kehidupan seharian.
Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliaulah penulis catatan ‘kangkung’ di atas yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.
Menyifatkan ia zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan, Ungku Aziz berkata beliau tiada masa untuk melakukan perkara tersebut.
“Itu merupakan satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu…saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.
“Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam tu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim,” katanya dipetik Bernama.
Catatan tersebut tersebar di laman dan media sosial setelah penjelasan Najib berkaitan peningkatan dan penurunan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lalu.
Beliau juga menjelaskan lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi.
Ditanya tentang kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya, beliau berkata tidak berhasrat berbuat demikian.
“Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku.
“Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini,” katanya.
Syukur, berita paling gembira. Akhirnya Najib umum harga turun!!
Tak sia2 buat page ni memberikan tekanan kepada kerajaan. Berbuah juga hasilnya.
Jangan lupa, lepas tonton sampai habis terus share supaya mesej PM kita dapat sampai ke bawah. — with Abrar Sadiq and 3 others.
Para admin telah bersetuju supaya kita fokus pada satu hashtag sahaja untuk memudahkan ia trending. OPS KANGKUNG. Start tweet sebanyak2nya di twiiter dgn hashtag#KANGKUNG. AYUH!!! Harap Share!! — with Faris WhiteShark.
Kenyataan 'kangkung' PM jadi bahan jenaka
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung di Kemaman semalam kini disebar meluas dan menjadi bahan sindiran dan gelak ketawa di Internet.
Selain komen di laman sosial, terdapat pengguna Internet yang secara nakal menujukan lagu rakyat “Lenggang Kangkung” nyanyian penyanyi terkenal Saloma kepada beliau.
Malah, terdapat juga pengguna yang membariskan beberapa gambar yang disunting dengan memasukkan dialog menyindir perdana menteri sebagai memahami kesusahan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar sendiri dalam Twitter beliau tampil menyindir Najib berhubung kenyataannya itu dengan menulis:
“Zaman konfrontasi (dengan Indonesia) kerajaan sindir Soekarno makan jagung; sekarang rakyat Malaysia digalak makan kangkung! LOL (ketawa besar)!”
Najib semalam dilaporkan berkata:
"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.
“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."
Sementara itu, menteri belia dan sukan yang juga ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tampil menyelar tindakan warga maya itu yang menurutnya tidak rasional.
"Tak payah kecoh pasal kangkung. @NajibRazak (Najib) bagi contoh bukan semua benda naik harga.
"Ada yg naik sebab faktor cuaca dan lain-lain. Rasional sikitlah," tulisnya di Twitter.
Video ‘kangkung’ Najib jadi cemuhan di laman sosial
Pengguna laman sosial mencemuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan kenyataannya dalam satu majlis mengenai harga kangkung yang turun di pasaran tetapi rakyat tidak berterima kasih.
Presiden Umno tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik bertarikh 12 Januari 2014 mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.
"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun.
"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.
Video yang tersebar luas tersebut boleh ditonton di sini.
Tinjauan The Malaysian Insider mendapati pengguna laman sosial membidas Najib kerana tidak memahami kesukaran rakyat hadapi ketika harga barang naik mendadak.
"Kangkung belakang umah aku pun banyak. Sapa nak ambil aku bagi free," kata pengguna Facebook Azizi Adzemi.
"Harga kangkung je pun turun, yang lain tak turun pun," kata seorang lagi pengguna Facebook, Muhd Iqbal.
Seorang pengguna Facebook, Farawahida Mohd Fauzi meluahkan rasa sedihnya kerana mempunyai perdana menteri seperti Najib, "Sedih rasa ada PM macam ini."
"Johan Raja Lawak Sedunia," kata Muhammad Nadzmi yang menyindir Najib susulan kenyataan tersebut.
Kenyataan Najib bukan kali pertama mendapat kritikan dan cemuhan daripada pengguna laman sosial dan rakyat, malahan menteri Kabinet beliau juga sebelum ini dikritik hebat kerana kenyataan yang tidak memahami sensitiviti rakyat yang bergelut dengan kenaikan harga barang.
Antara kenyataan menteri Kabinet yang menerima kritikan ialah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek sebelum ini berkata jangan makan ayam sekiranya harga ayam mahal dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif bagi mengelak tol yang dijangka naik.
Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat.
Setelah dikritik kerana tidak berjimat, Putrajaya baru-baru ini mengumumkan mereka akan mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri dan pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat.
Tetapi pembangkang melabelkannya sebagai reaksi spontan dan setelah melihat kesan kepada pengurangan subsidi yang dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 2013. – 13 Januari, 2014/TMI
Kerajaan kita yang paling bagus di dunia kerana berjaya menurunkan harga kangkung. Bersyukurlah harga kangkung kita murah. Bandingkan dengan harga kangkung kat UK, US, Germany, France, negara-negara Arab, Jepun, Korea, baru korang reti bersyukur agaknya?! — with Ieyra Irdina and Deeba Adiba.
Prof Dr Kamaruddin M Said - Majlis Profesor Negara
"BN akan dapat balik kerusi yang jatuh ke tangan pembangkang. BN akan menang besar. BN akan dapat kerusi dua pertiga." Ini analisis peribadi Prof Dr Kamaruddin M Said, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) dalam wawancara khas dengan Bernama.
Kalau Hebat Bubar Parlimen, Ngapa Sampai Expired?: Pro Kong Kang
PRU13:Hari ini dalam sejarah
BN akan menang besar?
Pro Kang Kong
Oleh Melati Mohd Ariff
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Dengan pembubaran Dewan Rakyat tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), persoalan yang berlegar di setiap kepala sama ada ahli politik, pemerhati politik, pelabur, ahli perniagaan atau rakyat biasa, apakah Barisan Nasional (BN) akan kembali dengan mandat yang lebih utuh berbanding pilihan raya umum 2008 ?
Terpulang kepada kira-kira 13 juta pengundi untuk menentukannya, seorang ahli akademik yang menjejaki perkembangan politik di negara ini percaya arus politik semasa memihak kepada BN.
"BN akan dapat balik kerusi yang jatuh ke tangan pembangkang. BN akan menang besar. BN akan dapat kerusi dua pertiga." Ini analisis peribadi Prof Dr Kamaruddin M Said, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) dalam wawancara khas dengan Bernama di sini baru-baru ini.
Kamaruddin mengakui bahawa pandangan beliau mungkin dianggap terlalu optimistik oleh sesetengah pihak tetapi pandangan ini berdasarkan kepada sentimen pengundi dan asas-asas yang memihak kepada BN.
Dengan menyifatkan PRU13 sebagai pilihan raya penyelarasan, beliau berpandangan pengundi 2008 sudah dapat menilai baik buruk, kekuatan dan kelemahan kedua-dua pihak BN dan pakatan pembangkang (PR).
Oleh kerana itu beliau menjangka BN dapat merampas semula semua atau sebahagian besar daripada 30 kerusi parlimen yang jatuh ke tangan PR pada PRU12.
Untuk rekod, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga pada PRU 2008 dengan memperoleh hanya 140 kerusi parlimen sementara PR memenangi 82 kerusi parlimen.
Di peringkat DUN, BN memperoleh 307 kerusi sementara PR 198 kerusi.
LEBIH DINAMIK
Apabila Kamaruddin menyatakan BN akan menang besar, beliau menyandarkan analisis yang optimis ini kepada kepimpinan kerajaan dan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kepimpinan BN sudah jauh berubah berbanding 2008. Dinamik, pemikiran yang lebih terancang dan langkah-langkah pembangunan yang strategik mencirikan kepimpinan Najib.
Beberapa faktor ini difikirkannya akan mempengaruhi pengundi untuk memberi undi mereka kepada BN.
Kepimpinan Najib yang lebih dinamik dengan pelbagai program transformasi serta inisiatif 1Malaysia dilihat sebagai kunci utama yang akan mengembalikan kemenangan besar BN pada PRU13.
Menurut Kamaruddin, Gagasan 1Malaysia yang dianggap sebagai sangat strategik seakan mahu memujuk bukan Melayu dan memberi harapan kepada orang Cina dan India.
Ia juga berjaya kerana diumumkan pada masa orang Melayu tidak takut lagi kepada persaingan.
"Semuanya kerana kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berjaya melahirka
Jika diumumkan pada 1970 ia tidak mungkin diterima kerana Tragedi 13 Mei 1969. Orang Melayu pada masa itu mengharapkan pembasmian kemiskinan dan pembelaan.
"Tetapi apabila diumumkan pada 2009, orang Melayu menerimanya dengan tenang sebab minda orang Melayu terutama Melayu Baharu sudah berani bersaing, sudah berani ke pentas antarabangsa," kata Kamaruddin.
UNTUK SEMUA
Kamaruddin, yang juga pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), berkata terdapat banyak unsur kebijaksanaan dalam dasar-dasar baharu yang dibuat Najib.
Beliau mengambil contoh kepada pemansuhan Akta Darurat serta Akta Keselamatan Dalam Negeri.
"Akta Universiti dan Kolej Universiti 1970 juga sudah dilembutkan dan tidak ada lagi halangan untuk pelajar terlibat dalam politik.
"Promosi program-program 1Malaysia dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan jelas menunjukkan mana-mana rakyat yang memerlukan akan diberi bantuan tanpa mengira kaum.
"Ini dilihat sebagai adil dan saksama terutama bagi pengundi atas pagar, " jelasnya.
BUKAN PENENTU
Jika ada orang beranggapan PRU13, pilihan raya penentu, Kamaruddin berpendapat sebaliknya.
"Mungkin pandangan saya ini berbeza daripada pandangan orang lain. Pilihan raya penentu sebenarnya ialah PRU12 pada 2008.
"Pada PRU12, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sahaja merampas 30 kerusi parlimen yang sebelum itu dikuasai BN tetapi pembangkang menguasai lima buah negeri.
"Kedudukan PKR juga menjadi hebat. Daripada satu kerusi parlimen, PKR menambah 30 lagi kerusi parlimen. Pada saya pengundi yang mengundi PKR ialah pengundi atas pagar," kata Kamaruddin.
Pengundi atas pagar yang disebutkan ini ialah golongan muda dan profesional.
Dua faktor dikaitkan dengan kemenangan besar PR iaitu kepimpinan BN yang lemah serta simpati bagi Anwar Ibrahim yang keluar daripada tahanan dan diangkat sebagai wira.
"Hampir 100 peratus pengundi atas pagar ini menyokong dia (Anwar). Kalau nak menang masa itulah sepatutnya. Bagaimana pihak pembangkang tidak berjaya mendapat undi yang banyak," jelas Kamaruddin.
TIDAK SUSAH
Bukan sedikit yang menjadi taruhan pada PRU13. Pembangunan negara, keamanan dan masa depan yang cerah untuk generasi muda khususnya.
Ini yang perlu dijaga dan keputusan untuk membuat pemilihan yang tepat bagaimanapun bukanlah sukar. Perkara ini turut ditekankan Kamaruddin.
Menurut beliau, pengundi sekarang bukan berada dalam keadaan 'ditelan mati emak, diluah mati bapak' seperti senario 2008.
"Pilihan untuk PRU13 sudah menjadi mudah. Kepimpinan Najib adalah yang terbaik dan saya fikir majoriti akan membuat keputusan seperti itu termasuk kumpulan atas pagar.
"Saya rasa tidak juga sukar untuk pengundi atas pagar meninggalkan Anwar kerana mereka sudah membayar pampasan pada 2008, sudah tak ada rasa bersalah.
"Sekarang pun imej Anwar sebagai wira sudah tercalar banyak. Dia juga tidak boleh mengharmonikan kerjasama tiga parti dalam PR," kata Kamaruddin.
Menurut beliau, sebenarnya tidak ada keserasian politik antara PAS, DAP dan PKR berbanding kerjasama yang agak mantap dalam kalangan parti-parti komponen BN.
"Terkini isu kalimah Allah dan siapa akan jadi perdana menteri jika PR menang," kata Kamaruddin.
Bagaimanapun, beliau berkata penyokong pembangkang tegar parti pembangkang tidak akan mengubah pendirian mereka untuk terus menyokong pembangkang pada PRU13.
ARAB SPRING
Ketika bahang PRU13 semakin terasa, ada juga pihak yang membuat telahan 'Arab Spring' akan berlaku di Malaysia.
Dalam menolak andaian itu, Kamaruddin mengingatkan bahawa 'Arab Spring' itu sebenarnya ditaja kuasa besar terutama Amerika Syarikat.
Menurut beliau, gerakan ini ada kaitannya dengan pandangan Amerika Syarikat bahawa keselamatan negara itu digugat oleh para pemimpin Arab ini yang kemudian dijatuhkan satu persatu.
Ini termasuk Hosni Mubarak yang dikorbankan meskipun ia sekutu Amerika kerana Amerika menganggap Mesir akan menjadi pentas yang boleh menggugat kedudukannya.
Menurut Kamaruddin, Malaysia hanya sebuah negara kecil dan tidak pernah menggugat keselamatan Amerika Syarikat.
"Walaupun kita kecil, perdagangan kita dengan Amerika sangat penting dan besar. Persepsi Amerika terhadap negara kita pun sudah berubah berbanding sebelum ini.
"Maknanya dalam keadaan sekarang, Amerika tak akan membantu untuk melancarkan Arab Spring di Malaysia," tambahnya.
AMAL DEMOKRASI
Malaysia juga satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mengamalkan demokrasi sejak merdeka dengan mengadakan pilihan raya setiap lima tahun sekali.
Parti yang memerintah walaupun tidak sepenuhnya sempurna namun berjaya memainkan peranan membangun negara, menyusun masyarakat, memerangi komunis, mengatasi Peristiwa 13 Mei dan melancarkan DEB.
Menurut Kamaruddin, sejak Merdeka, BN mencatatkan rekod yang baik dalam membangunkan negara.
Ia hasil kerjasama gabungan nasionalis Melayu, Cina, India dan kemudian nasionalis Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata parti yang memerintah bukan sekadar menabur janji dan mengaitkan dengan peribahasa "Siapa Menyemai Angin Dia Menuai Badai." "Maknanya, katakanlah parti memerintah hanya pandai menabur janji, sudah tentu kerajaan itu sudah lama hancur. Ini tidak berlaku kepada BN," tegasnya.
** Apa tunggu lagi. Bubarkan ajalah Parliment kalau BN benar benar berkeyakinan mencapai kemenangan besar.
Posted by Ammar ibn Yasir at 5:48 am /Rojak Pasembor
Mengenali kongkang dan Rozita Che Wan
Posted by life4hire on January 30th, 2009 | tags: babun, beruk, kera, kongkang, monyet, rozita che wan
Korang tahu apa itu kongkang? Kongkang tuh adalah salah satu jenis binatang yang seangkatan dengan monyet, beruk, kera, siamang dan juga babun. Kongkang atau nama saintifiknya Nycticebus Coucang adalah sejenis haiwan yang semakin terancam dan hampir pupus.
Kongkang tak ada kaitan dengan panda walaupun sekali pandang pon tak logik kita leh kata boleh kata kongkang itu macam panda, lebih-lebih lagi kat Malaysia. Untuk sesiapa yang tak pernah tengok kongkang, ni gambar kongkang seperti di bawah.
Aku tak paham betul bila ada orang Malaysia kata tersilap tengok kongkang ni dengan beruang panda. Malaysia ada beruang panda ke?
Apa kaitan dengan Rozita Che Wan dengan kongkang? Hampir tak ada kaitan dengan kongkang sebenarnya. Antara kaitan yang boleh kita gambarkan antara Rozita Che Wan dengan kongkang adalah seperti di bawah:
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.