Monday 13 January 2014

Najib & Kangkung...Dah kena gelak...Video ‘kangkung’ Najib jadi cemuhan di laman sosial...

Isnin, 13 Januari 2014
Bantuan SK1M (Sayur Kangkung 1 Malaysia)

Saya Benci Harga Barang Naik!
Projek KeK1M ( Kebun #kangkung 1 Malaysia ) dirasmikan oleh PM Najib. 
Credit to MediaRakyat
Video Kangkung versi berdurasi 11 saat




Syukur, berita paling gembira. Akhirnya Najib umum harga turun!!
Tak sia2 buat page ni memberikan tekanan kepada kerajaan. Berbuah juga hasilnya.
Jangan lupa, lepas tonton sampai habis terus share supaya mesej PM kita dapat sampai ke bawah. — with Abrar Sadiq and 3 others.
Kopi Raja Akar's photo.

Photo: Para admin telah bersetuju supaya kita fokus pada satu hashtag sahaja untuk memudahkan ia trending. 

OPS KANGKUNG. Start tweet sebanyak2nya di twiiter dgn hashtag #KANGKUNG.

AYUH!!! Harap Share!!
Para admin telah bersetuju supaya kita fokus pada satu hashtag sahaja untuk memudahkan ia trending.
OPS KANGKUNG. Start tweet sebanyak2nya di twiiter dgn hashtag#KANGKUNG.
AYUH!!! Harap Share!!
 — with Faris WhiteShark.
Photo: Tunjukkan kuasa rakyat. Trendingkan di twitter #PMkangkung!
Sebarkan! Share!

Kenyataan 'kangkung' PM jadi bahan jenaka
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung di Kemaman semalam kini disebar meluas dan menjadi bahan sindiran dan gelak ketawa di Internet.
Selain komen di laman sosial, terdapat pengguna Internet yang secara nakal menujukan lagu rakyat “Lenggang Kangkung” nyanyian penyanyi terkenal Saloma kepada beliau.
Malah, terdapat juga pengguna yang membariskan beberapa gambar yang disunting dengan memasukkan dialog menyindir perdana menteri sebagai memahami kesusahan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar sendiri dalam Twitter beliau tampil menyindir Najib berhubung kenyataannya itu dengan menulis:
“Zaman konfrontasi (dengan Indonesia) kerajaan sindir Soekarno makan jagung; sekarang rakyat Malaysia digalak makan kangkung! LOL (ketawa besar)!”
Najib semalam dilaporkan berkata:
"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.
“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."
Sementara itu, menteri belia dan sukan yang juga ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tampil menyelar tindakan warga maya itu yang menurutnya tidak rasional.
"Tak payah kecoh pasal kangkung. @NajibRazak (Najib) bagi contoh bukan semua benda naik harga.
"Ada yg naik sebab faktor cuaca dan lain-lain. Rasional sikitlah," tulisnya di Twitter.

فانيسا كارميلا المؤمن
about an hour ago 

p/s..sblm masak kangkung,belah dulu batangny,tkt2 ade lintah.....
Gambar: KENAIKKAN harga barang usah salahkan kerajaan, sedangkan hakikatnya didorong oleh banyak faktor, antaranya iklim, perubahan cuaca ekstrem serta pemanasan global - PM Kangkung Hj Najib 

 Inikah jawapan paling cerdik dari seorang PM Kangkung harga barang naik bukan salah kerajaan walaupun akibat kenaikkan Barang PUNCA UTAMA sebenarnya dari KENAIKKAN HARGA MINYAK dan TARIF ELEKTRIK serta salah urus TAKBIR mereka.....

Rakyat pertikai KENAIKKAN BARANGAN yg berpunca dari KENAIKKAN YG DIBUAT oleh KERAJAAN PM KANGKUNG bukan masalah cuaca.... kenapa spin ke masalah cuaca...?

Video ‘kangkung’ Najib jadi cemuhan di laman sosial

Pengguna laman sosial mencemuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan kenyataannya dalam satu majlis mengenai harga kangkung yang turun di pasaran tetapi rakyat tidak berterima kasih.
Presiden Umno tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik bertarikh 12 Januari 2014 mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.
"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun.
"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.
Video yang tersebar luas tersebut boleh ditonton di sini.
Tinjauan The Malaysian Insider mendapati pengguna laman sosial membidas Najib kerana tidak memahami kesukaran rakyat hadapi ketika harga barang naik mendadak.
"Kangkung belakang umah aku pun banyak. Sapa nak ambil aku bagi free," kata pengguna Facebook Azizi Adzemi.
"Harga kangkung je pun turun, yang lain tak turun pun," kata seorang lagi pengguna Facebook, Muhd Iqbal.
Seorang pengguna Facebook, Farawahida Mohd Fauzi meluahkan rasa sedihnya kerana mempunyai perdana menteri seperti Najib, "Sedih rasa ada PM macam ini."
"Johan Raja Lawak Sedunia," kata Muhammad Nadzmi yang menyindir Najib susulan kenyataan tersebut.
Kenyataan Najib bukan kali pertama mendapat kritikan dan cemuhan daripada pengguna laman sosial dan rakyat, malahan menteri Kabinet beliau juga sebelum ini dikritik hebat kerana kenyataan yang tidak memahami sensitiviti rakyat yang bergelut dengan kenaikan harga barang.
Antara kenyataan menteri Kabinet yang menerima kritikan ialah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek sebelum ini berkata jangan makan ayam sekiranya harga ayam mahal dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif bagi mengelak tol yang dijangka naik.
Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat.
Setelah dikritik kerana tidak berjimat, Putrajaya baru-baru ini mengumumkan mereka akan mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri dan pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat.
Tetapi pembangkang melabelkannya sebagai reaksi spontan dan setelah melihat kesan kepada pengurangan subsidi yang dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 2013. – 13 Januari, 2014/TMI
Photo: Kerajaan kita yang paling bagus di dunia kerana berjaya menurunkan harga kangkung. Bersyukurlah harga kangkung kita murah. Bandingkan dengan harga kangkung kat UK, US, Germany, France, negara-negara Arab, Jepun, Korea, baru korang reti bersyukur agaknya?!
Kerajaan kita yang paling bagus di dunia kerana berjaya menurunkan harga kangkung. Bersyukurlah harga kangkung kita murah. Bandingkan dengan harga kangkung kat UK, US, Germany, France, negara-negara Arab, Jepun, Korea, baru korang reti bersyukur agaknya?! — with Ieyra Irdina and Deeba Adiba.



King Jason


فانيسا كارميلا المؤمن

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Apa syarat jadi macai PR plak? Wajib Bangang le kut...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena