Monday 10 December 2018

[Video Tabung Haji langgar dua syarat bayar hibah (dividen) sejak 2014 - Mujahid] Akaun Tabung Haji bermasalah! Kini diawasi Bank Negara..Mana melayu bangkit? Mana melayu 812 iCERD? Manaaa!

Selasa, 11 Disember 2018
Image may contain: 1 person, text
Kah, kah, kah! Tersungkoq PRU14.
Bila dah xda kuasa penyakit mental mula menyerang pemimpin UMNO...inilah generasi UMNO yg menghancurkan parti UMNO.... generasi terakhir UMNO... generasi haprak dan bangsat...!
Otai BERSIH
Image may contain: 2 people, people sitting and outdoor
No automatic alt text available.
Akaun Tabung Haji bermasalah... 
Tabung Haji (TH) melanggar dua syarat pembayaran hibah atau dividen sejak 2014, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa.
Menurut beliau, pembayaran hibah hanya boleh dilakukan jika nilai aset tidak kurang daripada liabiliti dan mempunyai keuntungan yang boleh diagihkan.
“TH telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dan ia tidak mengikut akta (Akta Tabung Haji 1995) kerana asetnya kurang daripada liabiliti,” katanya kepada pemberita selepas laporan kewangan TH dibentangkan di Parlimen hari ini.
Terdahulu, Mujahid mendedahkan akaun TH pada 2017 yang menunjukkan institusi kewangan tersebut mempunyai aset sebanyak RM70.3 bilion dengan jumlah liabiliti berjumlah RM74.4 bilion.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pelan pemulihan TH berdasarkan keadaan semasa bagi mengembalikan semula keyakinan masyarakat terhadap institusi kewangan berkenaan.
“Berdasarkan keadaan semasa TH ketika ini, pelan pemulihan secara menyeluruh perlu dilakukan bagi memulihkan penyata kira-kira TH.
“Inilah perkara sebenar yang dilakukan oleh ahli lembaga pengarah yang baharu,” ujarnya.
Pelan itu, katanya, termasuk cadangan penubuhan Special Purpose Vehicle (SPV) bagi mengambil alih, memulihkan dan memaksimumkan pemulihan aset TH yang kurang menunjukkan prestasi.
“Kabinet telah berbincang tentang pelan pemulihan ini dengan teliti dan memberi sokongan penuh terhadap pelan tersebut supaya kedudukan kewangan TH dapat diperbaharui serta mengembalikan keyakinan rakyat.
“Bagi memastikan pelan jangka masa panjang yang mapan, kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan TH di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia secara pentadbiran bermula 1 Januari 2019,” katanya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena