Monday 24 December 2018

[Video Yang BERGOLAK Keadilan, Yang JATUH RATING Tun M] Cehhh...tunduk juga akhirnya Bersatu kepada nafsu pemimpin UMNO yang keluar parti baru-baru ini!

Isnin, 24 Disember 2018
Image result for sabah umno jumping frogs
Image may contain: 1 person, text

BERSATU MESTI PEGANG PADA JANJI, TAK PERLU NAK RUNDING APA2 LAGI WARISAN

Cehhh...tunduk juga akhirnya Bersatu kepada nafsu dan kehendak bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang keluar parti baru-baru ini!!

Bukankah sudah ada persetujuan dengan Warisan sebelum PRU14 lagi bahawa Bersatu tidak akan dilebarkan sayapnya ke Sabah?

Tidak cukup itu, tidakkah juga minggu lalu Tun Mahathir Mohamad sendiri ada memberi jaminan sekali lagi tentang hal yang sama?

Kenapa alih-alih hari ini Bersatu mahu mengadakan rundingan pula dengan Warisan tentang kemungkinan parti itu dikembangkan ke Sabah?

Kenyataan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin bahawa pihaknya akan berunding dengan Warisan sama ada parti itu akan melebarkan sayapnya ke Sabah atau tidak, jelas adalah petunjuk pemimpin parti itu mula tunduk kepada kehendak dan tuntutan bekas pemimpin UMNO yang keluar parti baru-baru ini.

Kalau bukan bekas pemimpin-pemimpin UMNO itu yang mahukan Bersatu dikembangkan ke Sabah, siapa lagi?
Dari segi rakyat Sabah, mereka telah pun membuat keputusan menerima Warisan sebagai pemerintah bagi negeri itu, maka Bersatu seharusnya menghormati hakikat tersebut.

Buat apa dilayan kehendak dan nafsu bekas pemimpin UMNO Sabah seperti Salleh Said Keruak, Pandikar Amin Mulia, Hajiji Haji Nor dan lain-lain itu?

Suruh saja mereka yang keluar UMNO itu masuk Warisan atau lain-lain parti sedia ada di Sabah sekarang ini dan tegaskan kepada mereka bahawa Bersatu tidak akan ditubuhkan di Sabah.

Maka, nak berunding dengan Warisan untuk apa lagi?

Bukankah perjanjian dan ketetapan sudah ada?

Dalam hal ini Bersatu sepatutnya ada ketegasan dengan tetap dengan pendirian tidak akan melebarkan sayapnya ke Sabah demi menjaga hati dan demi hubungan baik yang sedia ada dengan Warisan.

Menyatakan ingin berunding dahulu dengan Warisan hanya memperlihatkan Bersatu memang ada hasrat untuk mengembangkan sayapnya ke Sabah dan memenuhi kehendak bekas pemimpin UMNO yang keluar parti baru-baru ini.

Jika tidak, untuk apa diadakan rundingan?

Sepatutnya tidak perlu ada sebarang rundingan lagi dengan Warisan. Titik. Noktah.

Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. (ShahbudinHusin 24/12/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena