Tuesday, 25 December 2018

[Video Hukum Mengucapkan Selamat Natal] Walaun, hangpa beli pulau tengkorak dan duduk di situ...

Selasa, 25 Disember 2018
Image result for Gambar Pulau Krakatau
Hangpa beli pulau tengkorak dan duduk di situ...

PAS, hangpa beli pulau dan duduk di situ... 
Gesaan seorang pemimpin PAS supaya orang Islam tidak meraikan Hari Krismas mendapat tempelakan keras daripada pengkritik lantang Islam konservatif, yang berkata, parti Islam itu menderitai sindrom gagal menghargai ajaran Islam dan realiti kepelbagaian budaya. 

“Barangkali telah tiba masanya PAS berfikir sama ada mereka perlu membeli sebuah pulau dan mengisytiharkannya sebagai Negara Islam serta tinggal di situ sesama mereka yang berkongsi pemikiran yang sama,” kata Dr Ahmad Farouk Musa kepada FMT. 

Beliau memberi respons terhadap Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, yang berkata, Hari Krismas, yang merayakan kelahiran Nabi Isa, tokoh utama dalam ajaran Kristian yang turut dipandang tinggi oleh orang Islam, bercanggah dengan ajaran Islam. 

Khalil, yang merupakan anak Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang, berkata, ini kerana penganut Kristian mempercayai Isa merupakan anak Tuhan dan kerana itu terjumlah sebagai perbuatan syirik, atau menyekutukan sesuatu dengan Tuhan. 

Beliau berkata, walaupun orang Islam dibenarkan mengucap selamat kepada jiran tetangga beragama Kristian atas dasar hormat-menghormati, mereka tidak boleh secara “suka-suka” berbuat demikian di media sosial. 

“Ia seolah-olah menunjukkan keredhaan kepada agama mereka,” kata Khalil. 

Beliau juga berkata, hari kebesaran bukan Islam tidak boleh diraikan oleh orang Islam kerana melibatkan pegangan dan kepercayaan agama yang salah, tetapi diizinkan jika hanya melibatkan perbezaan budaya. 

Farouk, yang mengetuai Islamic Renaissance Front berkata, Khalil mempamerkan “jenis pemikiran yang tidak sesuai untuk hidup dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama.” 

“Sejak bila orang Islam yang mengucap selamat sempena Hari Krismas mempercayai konsep tritunggal Tuhan?”, soal beliau. 

“Apa-apa ucapan selamat untuk apa-apa juga perayaan sama ada yang berkaitan budaya atau kepercayaan, adalah tanda persahabatan dan rasa muhibbah. 

“Bukankah Imam Ali berkata bahawa ‘seseorang itu sama ada merupakan saudaramu dalam agama, atau saudaramu dalam kemanusiaan?,” tambah Farouk. - fmt 
Tumpang sekole.

SU Agung PAS: 'Merry Christmas' kepada rakyat Malaysia

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menghantar ucapan perayaan sempena sambutan Hari Krismas.
“Saya ucapkan Merry Christmas kepada semua rakyat Malaysia yang merayakan Hari Krismas, semoga kita sama-sama berada dalam keadaan aman harmoni di negara kita tercinta ini.
“Sebahagian besar dari rakan-rakan sekelas dengan saya di Law FacultyUniversity of Malaya adalah bukan beragama Islam. Kami masih mesra sehingga sekarang sebagai satu keluarga dan saling berhubungan dan bertemu dalam reunion.
“Perbezaan pandangan adalah satu rahmat dalam ajaran Islam,” kata beliau dalam suatu kenyataan hari ini.
mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena